Popular Today

Jumaat, September 05, 2008

WAHAI MELAYU JANGAN UNDUR LAGI KE BELAKANG

Isu kenyataan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail terhadap kaum Cina semakin hangat dibangkitkan di media massa.

UMNO kini dituduh khasnya oleh kaum Cina dan India (bukan semualah) sebagai parti perkauman iaitu selepas 51 tahun merdeka, dan 62 tahun UMNO ditubuhkan. Persoalannya kenapa?

UMNO sebagai parti tonggak yang memperjuangkan kemerdekaan dan telah berusaha sedaya upaya bersama dengan parti komponen untuk memajukan negara serta meningkatkan martabat bangsa kini telah diserang sebagai perkauman dan segala toleransi sepanjang 51 tahun antara kaum Melayu dan bukan Melayu kini telah dilupakan.

Sebagai mana kata TDM "Sebenarnya orang Melayu sekarang amat takut jika mereka diberi label "racist". Mereka menulis dalam akhbar yang orang Melayu bukan racist. Demikianlah ketakutan mereka sehingga apabila hak mereka di buruk-burukan dan diserang, mereka tidak berani mempertahankan diri mereka"

Satu lagi peristiwa yang memalukan ialah apabila Kerajaan hantar seorang Menteri untuk minta maaf daripada Kerajaan Cina kerana kononnya wanita rakyat negara Cina telah ditelanjang oleh polis dan ini direkod dalam video. Kemudian didapati wanita itu bukan rakyat negara Cina dan bukan pun Cina Malaysia. Dia adalah seorang perempuan Melayu.

Sebaliknya, apabila orang yang bukan Melayu mengeluar perkataan atau catitan yang boleh ditafsir sebagai racist, orang Melayu tidak pernah tuntut supaya pihak berkuasa memohon maaf.

Dalam Memo Hindraf ke Perdana Menteri UK banyak perkataan yang terlampau dan racist terdapat didalamnya. Contoh: Kerajaan dikatakan dibantu oleh "Islamic Extremist violent armed terrorists" (orang Melayu).Mereka berkata Kerajaan Malaysia melakukan "Ethnic Cleansing" iaitu Kerajaan sedang membunuh dan menghapuskan orang Tamil. 100 orang keturunan India "ditetak dan dibunuh oleh Kerajaan yang dikuasai oleh UMNO." Perbuatan ini kononnya adalah "mini genocide" (pembunuhan beramai-ramai mini), Tiap tiga minggu kuil Hindu diroboh.

Kerajaan yang kononnya dikuasai oleh UMNO telah lancar serangan bersenjata dengan 600 anggota polis, polis simpanan, pelampau Islam dan pengganas (terrorist) bersenjata (orang Melayu). Pegawai Bandaraya dan Polis dikatakan membaling batu dan menyerang orang Hindu dengan pisau, kayu dan batang besi. Kononya 20 orang Hindu mengalami cedera parah. Tulisan dalam memo Hindraf ini bukan sahaja racist tetapi juga "seditious"(hasutan).

Seorang penuntut universiti Wee Meng Chee telah perlekehkan Negaraku dengan mengguna lagu Negaraku tetapi dengan lirik yang mempermainkan sembahyang dan azan orang Melayu (Islam). Azan dijadikan duet lagu cinta.

Apakah mereka dikehendaki memohon maaf? Apakah pemimpin mereka dikehendaki memohon maaf? Jauh sekali. Sebenarnya Wee dipertahan oleh pemimpin-pemimpin parti Cina dan anggota Hindraf dibebaskan daripada tahanan dan ada yang dengan bebasnya bertanding dalam pilihanraya dan menang menjadi wakil rakyat.

Mereka menuntut supaya tidak ada diskriminasi oleh Kerajaan. Tetapi nampaknya mereka bukan sahaja bebas malah mendapat kehormatan dengan dipanggil "Yang Berhormat" setelah berkata perkataan yang amat keterlaluan bahkan merupa hasutan.

Adakah Kerajaan berat sebelah, menyembunyi kata-kata racist Hindraf tetapi melapur dengan meluas apa yang dikatakan oleh pemimpin Melayu. Kenapakah Menteri keturunan India atau ketua-ketua kaum India tidak dikehendaki memohon maaf?

Bagi kebanyakan orang Melayu pendirian Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail tetap berpegang teguh dengan pendiriannya tidak akan meminta maaf walaupun diminta pelbagai pihak berbuat demikian termasuk oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini sebenarnya sangat tepat ini berikutan tindakan ultra perkauman seperti HINDRAF yang tidak pernah minta maafpun terhadap kaum Melayu.

'Saya hormati Pak Lah sebagai pemimpin besar negara dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN), tetapi saya juga menerima terlalu banyak khidmat pesanan ringkas (SMS) dari pelbagai pihak termasuk kawan- kawan yang meminta saya tetap dengan pendirian saya ini.

'Saya yakin saya tidak bersalah, buat apa saya perlu meminta maaf. Saya tetap berpegang teguh tidak akan meminta maaf walaupun diminta berbuat demikian oleh sesiapapun," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Ahmad mengulas seruan Perdana Menteri supaya beliau meminta maaf dalam masa seminggu ini berhubung kenyataannya yang didakwa bersifat hasutan terhadap masyarakat Cina.

Apabila setiap kali kaum melayu meminta maaf maka setiap kalilah orang Melayu telah mengundur ke belakang dan menjauhkan diri dari mempertahankan hak mereka.

Adakah orang Melayu akan terus mengundur setapak lagi ke belakang untuk mempertahankan hak mereka sedangkan kaum lain tidak berbuat sedemikian!

Kerana sejarah membuktikan Orang Melayu tidak 'Racist', kaum bukan Melayu hidup dengan aman dan damai sepanjang 51 tahun UMNO/BN memerintah. Semua hak diberikan kepada mereka, hak beragama, hak pendidikan, hak sosial, hak ekonomi dan banyak lagi.

Bagi kaum Cina dan India mempunyai sekolah khas untuk mereka dan ini berlaku apabila UMNO memerintah tapi tidak berlaku dinegara seperti Indonesia, Thailand sehingga nama mereka pun perlu diubah.

UMNO tidak pernah menghalau kaum Cina dan India, sebagaimana berlaku di Indonesia dan UMNO sentiasa cuba berlaku adil pada semua kaum sebab itu Dato' Seri Najib terpaksa meminta maaf walaupun ianya bukan perkara yang perlu.

Peristiwa pada 13 Mei 1969 membuktikan bahawa kaum yang 'Racist' adalah kaum bukan Melayu.

4 ulasan:

Pemuda Malaysia berkata...

mai pakat ramai2 orang cina dengan india halau depa balik negara masing2..

baru depa tahu langit tue tinggi atau rendah...

cina dan india memang kurang ajar!!!(tak semua)...

Aspirasi berkata...

Kita mahukan rakuat negara ino hidup aman dan damai dan kita tidak mahukan segelintir kaum Cina dan India yang menuang setitik cuka, rosak susu sebelanga...

sumandak bayu berkata...

Sebenarnya kaum CINA dan INDIA tak la seteruk macam korang cakap cuma dorang dah termakan 'gula-gula' daripada PAKATAN RAKYAT yang suka sangat nak jadikan isu perkauman sebagai isu hangat di pasaran. TAKUT je tragedi 13 Mei berulang, orang MELAYU amat terkenal dengan darah PAHLAWAN (berani mati demi mempertahankan maruah bangsa dan agama). Nauzubillah

Tinta Biru berkata...

Salam Saudara
Ini yang saya takutkan. Kenyataan yang berbaur perkauman kan merosakkan perpaduan kita. Macam mana ni?

Kongsi Link Anda