Khamis, Oktober 16, 2008

BPR : Penganjuran Piala Monsun tiada unsur rasuah

Pakatan pembangkang sekali lagi kecewa apabila BPR mengesahkan tiada rasuah dalam piala monsun sebagaiman yang didakwanya. Ini bermakna dakwaan rasuah pembangkang hanyalah mitos semata-mata sebagaimana yang saya telah tulis sebelum ini.

Badan Pencegah Rasuah (BPR) berkata siasatannya mendapati tiada berlaku unsur-unsur rasuah dalam penganjuran kejohanan kapal layar bertaraf dunia Piala Monsun di Terengganu.

"Saya ingin menjelaskan bahawa tidak ada unsur rasuah dalam kejohanan ini," kata Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Said Hamdan.

Beliau menegaskan demikian ketika ditemui selepas majlis sambutan hari raya BPR di Pusat Konvensyen Putrajaya hari ini.

"Ini kejohanan bertaraf dunia, (jika berlaku rasuah) ia bukan sahaja menjejaskan Terengganu, tetapi juga Malaysia," tambahnya.

Pemuda PAS dan PKR telah membuat laporan kepada BPR mengenai penganjuran sukan berprestij itu pada 29 Julai lalu.

Mereka membuat laporan tersebut susulan kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said yang meminta badan itu menyiasat dua projek mega - Piala Monson dan Masjid Kristal.

Piala Monsun mula diadakan pada 2006 semasa kerajaan negeri ditadbir menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh, anjuran syarikat T-Best Sdn Bhd.

Sebanyak 42.9 peratus saham T-Best dimiliki oleh TDM Bhd, sebuah syarikat milik kerajaan negeri Terengganu, manakala 57.1 peratus lagi milik syarikat swasta, Prestasi Wangi Sdn. Bhd.

T-Best mempunyai hak penganjuran Piala Monsun selama lapan tahun bermula 2006.

Kejohanan Piala Monsun bagi tahun ini akan diadakan pada 4 hingga 7 Disember depan.

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda