Popular Today

Khamis, Disember 04, 2008

DATUK MUSTAFA ALI TIDAK MENERAJUI JENTERA PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat suka sekiranya PAS memilih tokoh kanannya Mohamad Sabu sebagai calon parti itu untuk bersaing dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Beliau, yang juga mursyidul am PAS, berkata Mohamad seorang pemimpin yang berwibawa dan mampu menjadi wakil rakyat kawasan itu.

Nik Aziz berkata naib presiden PAS itu petah berkata-kata sewaktu berceramah sehingga beliau sendiri tidak mampu lakukan seperti Mohamad.

Mohamad tewas tipis dengan 628 undi di tangan Datuk Razali Ismail dalam pilihanraya umum Mac lepas.

Bercakap di sidang media di Kota Bharu, Nik Aziz berkata Mohamad hanyalah cadangan peribadinya dan terpulang kepada PAS serta Pakatan Rakyat untuk memilih calon pembangkang di kerusi panas tersebut.


DATUK MUSTAFA ALI TIDAK MENERAJUI JENTERA PILIHANRAYA KECIL

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa akan mengetuai jentera pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Beliau akan dibantu oleh pengarah pilihanraya nasional PAS, Datuk Mustafa Ali yang juga pesuruhjaya PAS Terengganu.

Pada kebiasaannya, Mustafa sepatutnya menerajui jentera tersebut, pertukaran itu telah mencetuskan spekulasi yang beliau mungkin antara calon PAS untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Adakah kerana kenyataan beliau mengenai peristiwa 16 September yang mendapat perhatian para pemimpin PAS kerana tidak senada dengan pucuk pimpinan PAS pusat sehingga Nik Aziz terpaksa panggil beliau?

Timbulnya perkara ini juga membayangkan kemungkinan terdapat masalah dalaman atau salah faham antara pihak Kepimpinan Pas Pusat dengan pemimpin tersebut.

Nasharuddin juga enggan mengulas lanjut bila ditanya sama ada nama Mustafa turut tersenarai.

Ditanya mengenai calon pula, Nasharuddin berkata, PAS kawasan Kuala Terengganu yang bermesyuarat hari ini, akan mengemukakan cadangannya kepada PAS negeri dan kemudiannya dibawa kepada pucuk pimpinan pusat untuk diputuskan pada 21 Disember depan.

Antara nama yang disebut ialah calon PAS dalam pilihanraya umum Mac lalu, Mohamad Sabu, bekas MP Kuala Terengganu, Syed Azman syed Ahmad Nawawi dan timbalan pesuruhjaya PAS Terengganu, Wan Mutalib Embong.

1 ulasan:

bungaraya berkata...

PAS nak letak siapapun sebagai calon mereka, letaklah. Pastikan akan jatuh tersungkur ditangan Umeno. Orang Trengganu telah taham bahawasanya UMNO itu ialah pertubuhan orang MELAYU yakni orang ISLAM mengikut perlembagaan negara.

Kongsi Link Anda