Jumaat, Disember 05, 2008

ELAUN AHLI PAKATAN RAKYAT DALAM PBT NEGERI SELANGOR BERLIPAT KALIGANDA

Masakan pokok bergoyang jika angin tidak bertiup....

Pihak-pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor bawah Pakatan Rakyat tidak mempunyai masalah kewangan untuk membayar elaun berlipat-lipat kali ganda kepada ahli majlis demi melancarkan tugas mereka bagi pengetahuan rakyat...

Exco kerajaan tempatan Ronnie Liu bagaimanapun menafikan PBT di negeri itu meningkatkan bayaran elaun secara mendadak untuk kegunaan peribadi ahli majlis sehingga beberapa ratus kali ganda.

"Isu kenaikan elaun ahli majlis PBT, kerajaan negeri ingin menyatakan ia tidak berlaku, kerajaan negeri hanya memberi bantuan tidak lebih RM2,500 kepada ahli-ahli majlis yang tidak mempunyai pejabat lengkap untuk menjalankan tugas mereka," katanya dalam satu kenyataan.

Rakyat mahu mengetahui ke mana duit mereka pergi khasnya cukai yang dibayar kepada PBT. Oleh itu Kerajaan negeri Selangor perlu mendedahkan secara terperinci mengenai perbelanjaan elaun ahli majlis ini.

Rakyat juga perlu mengetahui setiap inci duit yang dibelanjakan jika mereka mendakwa untuk melancarkan tugas mereka. Peningkatan elaun yang berkali ganda banyaknya dalam elaun Ahli Majlis ini pastinya menimbulkan banyak persoalan sedangkan banyak isu rakyat di negeri Selangor masih tidak dapat diselesaikan. Jadi bagaimana mereka boleh jelaskan penggunaan elaun yang yang berlipat kali ganda ini. BPR perlu masuk campur dan menyiasat perkara ini kerana ianya menimbulkan keraguan di kalangan rakyat.

3 ulasan:

Panglima Perang Cyber berkata...

bagus...ramai tak tahu akan terkena dengan kencing mereka ...

yang nampak warak lebih dari orang PAS yang berketayap sendiri..

Politik macam macam berlaku...

Teruskan saudara membongkar lagi.. info begini ramai tak tahu jika saudara tidak siarkan.

Hidup BPN !!

kifli berkata...

Ipoh, 3 Dis : Majlis Penyampaian Cek Pinjaman Pelajaran Pengajian Tinggi kepada pelajar-pelajar anak negeri Perak Darul Ridzuan bagi sessi 2008/2009 telah berlangsung pagi ini di Dewan Banquet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.



Cek pinjaman tersebut telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato Seri Mohammad Nizar Jamaludin.

Pinjaman tersebut sangat bermakna kepada para pelajar dan mereka sangat gembira dan berterima kasih kepada kerajaan Pakatan Rakyat , Perak Darul Ridzuan diatas pinjaman yang tidak dikenakan apa-apa faedah.

Ahmad Lutfi, pelajar jurusan Engineering di UIA dan berasal dari Kemunting Taiping menyatakan rasa gembiranya kerana tidak dikenakan sebarang faedah apabila membayar balik pinjaman tersebut.

Bagi pelajar bidang Bio Perubatan di Management & Science University (MSU) , Norhawani Binti Haji Ahmad , pinjaman tersebut amat melegakan keluarganya dan berkata bahawa kerajaan yang ada ini amat perihatin terhadap keperluan rakyat dan terbukti ianya sebuah kerajaan yang melaksanakan kebajikan untuk rakyat kerana sanggup memberikan pinjaman tanpa mengenakan sebarang bayaran faedah.



Majlis Penyerahan Cek Pinjaman-satu langkah yang amat bernas


“Saya harap rakyat Perak akan terus memberikan sokongan kepada kerajaan Pakatan Rakyat ini,” katanya.

YB Su Keong Siong, Pengerusi Jawatankuasa Pengajian Tinggi, Sain, Teknologi dan Komunikasi menjelaskan bahawa 200 pelajar Melayu dan 31 pelajar bukan-Melayu telah mendapat pinjaman tanpa faedah itu dan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak berhasrat untuk menambah lagi bilangan penerima pinjaman tersebut dimasa akan datang sekiranya ada cukup dana untuk berbuat demikian.

“Semua permohonan diproses melalui satu jawatan kuasa penapis sebelum keputusan dibuat oleh pihak Lembaga Amanah,” jelasnya lagi.

Beliau berharap agar para pelajar akan membayar kembali pinjaman tersebut apabila mereka bekerja nanti supaya pelajar-pelajar lain akan dapat menikmatinya sama kelak.
ini bukan kerajaan bawah pimpinan united munafiq national organisation tau!!!!!!!!

Parti Khianat Rakyat@PKR berkata...

Isu ini nampaknya lebih kepada kepentingan politik kumpulan pemuda Pakatan Rakyat (PR) yang kononnya memperjuangkan hak anak Selangor sebaliknya cuba menyembunyikan impian sebenar.
Sejak kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil alih pentadbiran Unisel pelbagai peristiwa berlaku yang menyebabkan pegawai dan kakitangan Unisel berada dalam keadaan kebingungan dan terpinga-pinga.Kami berharap pemuda PR bertindak rasional dan tidak berlagak bodoh sombong yang boleh merugikan anak negeri Selangor sendiri. Jangan bermegah kerana kerajaan negeri sekarang dipimpin PR yang Menteri Besarnya seorang bekas tokoh korporat yang digilap sendiri kerajaan BN.

Perlu diingat bahawa Tan Sri Abdul Khalid sekarang jaga Selangor State dan bukan lagi jaga Guthrie Estate. Skop pemimkirannya sebagai Menteri Besar mesti luas kerana ia membabitkan ramai manusia yang berada di luar PR, termasuk golongan bijak pandai di Unisel.

Sebenarnya kerajaan PR mengambil alih Unisel dalam keadaan baik, sudah terbina indah dan tidak lagi memerlukan suntikan kewangan daripada kerajaan negeri. Kini Unisel pula terpaksa membayar elaun Ahli Lembaga Pengarah beribu ringgit setiap kali mesyuarat hasil daripada kutipan yuran anak orang kampung yang miskin.

Sepatutnya kerajaan PR sediakan peruntukan khas dalam belanjawan tahunan kerajaan negeri Selangor untuk Unisel tetapi ia tidak berlaku. Sehingga kini Unisel diterajui seorang pemangku Naib Canselor yang juga seorang Profesor bersara daripada UiTM.

Kongsi Link Anda