Sabtu, Disember 27, 2008

Pas: Laksana hudud bukan utama

KOTA BHARU 26 Dis. - Dewan Ulama Pas menyifatkan pelaksanaan hudud dan qisas di negara ini bukan menjadi keutamaan parti tersebut sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan.

Ketuanya, Datuk Mohamed Daud berkata, perkara utama yang harus ditekankan jika pakatan pembangkang memerintah ialah keamanan dan keadilan kepada rakyat di negara ini.

Beliau berkata, hudud dan qisas sukar untuk dilaksanakan secepat mungkin kerana masih ramai yang tidak memahami kebaikan hukum tersebut.

"Apa yang penting kita hendak mencari keamanan dan keadilan dahulu, selepas itu kita akan memberikan penerangan kepada semua pihak agar mereka dapat menerimanya. Ini hukum Allah bukan hukum yang direka oleh Pas.

"Pun begitu ia tidak lari daripada dasar perjuangan Pas sendiri. Apabila pakatan memerintah tidak jadi masalah untuk dilaksanakan cuma perlu sedikit masa saja lagi supaya semua dapat memahaminya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian parti itu dalam melaksanakan hudud dan qisas di negara jika pakatan pembangkang memerintah.

Sebelum ini, ketika Wacana Transformasi Politik Malaysia, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menegaskan Pas akan melaksanakan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang dapat memerintah.

Bagaimanapun pendirian beliau mula goyah apabila mendapat tentangan daripada rakan pakatannya, DAP yang tidak dapat menerima pelaksanaan hukum tersebut.

Mohamed merupakan salah seorang daripada panel yang merangka Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan sewaktu parti itu mengambil alih pemerintahan negeri ini pada tahun 1990.

Bekas Exco Kerajaan Pas Kelantan itu berkata, dasar parti itu tetap diperjuangkan cuma ia memerlukan masa untuk dilaksanakan sepenuhnya.

"Kita pernah memberikan penerangan kepada DAP berhubung isu ini, tetapi yang faham hanya mereka yang datang, yang tidak datang tetap tidak faham.

"Insya-Allah selepas ini Dewan Ulama akan mengadakan kempen besar-besaran untuk memberikan penerangan mengenai hudud dan ia tambah mudah sebab kita menguasai lima negeri," katanya.

Katanya, parti itu akan terus memberikan penerangan tentang kebaikan hukum hudud dan qisas sehingga semua pihak dapat menerimanya walaupun ia terpaksa mengambil sedikit masa.

"Kita akui memang hudud dan qisas tidak dapat dilaksanakan serta merta sekiranya dapat memerintah negara ini," katanya.

11 ulasan:

kifli berkata...

ASSALAMUA,LAIKUM SEDARAKU ASPIRASI AKU CADANGKAN PADA ENGKO CUBA KAU PEGI KE BLOK MAHAGURU58 ENGKO TENGOK VIDEO KLIP TU DAN ENGKO FIKIR DENGAN CARA YANG RASIONAL SEBAGAI HAMBA ALLAH.................SHAH ALAM - Masyarakat bukan Islam tidak seharusnya berasa bimbang jika hukum Hudud dilaksanakan di negara ini kerana pelaksanaannya hanya melibatkan kalangan yang beragama Islam, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata golongan bukan Islam sebaliknya boleh memilih undang-undang yang mereka mahu seperti yang telah tertulis dalam Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu.

"PAS tak perlu terangkan (tentang hukum Hudud) kerana undang-undang ini tiada kena mengena dengan orang bukan Islam. Pada kita, tidak timbul lagi soal Hudud kerana ia telah diluluskan di DUN (Dewan Undangan Negeri) Kelantan sejak tahun 90-an lagi dan di Terengganu pula telah diwartakan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan kempen 'Jom Sertai Pas' di Dataran Shah Alam di sini, Sabtu.

Abdul Hadi berkata demikian ketika ditanya sama ada PAS akan memberi penerangan kepada pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat yang masih kurang senang dengan hasratnya untuk melaksanakan hukum Hudud jika pakatan pembangkang berjaya memerintah negara pada masa akan datang.

Ditanya sama ada PAS akan membawa usul mengenai pelaksanaan hukum Hudud di Parlimen untuk dibahaskan, beliau berkata belum tiba masanya untuk berbuat demikian.

Abdul Hadi dalam pada itu mengakui sukar untuk melaksanakan hukum Hudud di negara ini kerana ia hanya boleh dilakukan jika rakyat negara ini berada dalam keadaan yang stabil.

"Masalah pengangguran masih ada lagi dan untuk laksanakan hukum ini kedudukan rakyat Malaysia mesti stabil contohnya daripada segi pendidikan, kehidupan, dan hubungan keluarga juga kena dijaga," katanya.

kifli berkata...

PAGI tadi saya berkesempatan berjumpa dengan Pensyarah Kuliyyah Undang-undang UIA, Prof Abdul Aziz Bari (foto) di pejabatnya di UIA Gombak. Sudah lama saya ingin berjumpa dan bertukar fikiran dengan Profesor ini yang juga pakar mengenai perlembagaan negara. Mungkin kerana kesibukan masing-masing menyebabkan niat itu tidak menjadi kenyataan hinggalah pagi ini baru kami berkesempatan bertemu.

Hari ini sejarah bagi saya kerana berjumpa dengan beliau. Perjumpaan itu tentulah bertolak daripada wacana Tranformasi Politik Malaysia di Kota Bharu minggu lepas di mana beliau salah seorang panelis bersama Khairy Jamaluddin dan Husam Musa. Saya turut sama hadir untuk mengikuti wacana yang dianggap penting dalam proses membangunkan politik bangsa itu.

Ada beberapa perkara yang saya inginkan penjelasan daripada beliau berkenaan wacana itu. Dalam pengamatan saya ada semacam sesuatu yang tidak memuaskan hatinya. Ada perkara yang tidak sampai atau sempat dilontarkan menerusi wacana itu.

Alhamdulilah, walaupun hari ini hari cuti umum namun profesor berkenaan sedia untuk ke pejabatnya. Khabarnya beliau selalu berada di pejabat tanpa mengira hari termasuk hari cuti umum!

Berbaloi, hampir tiga jam bersembang mencakupi pelbagai topi politik semasa dengan beliau khasnya mengenai hukum hudud yang kini sudah menerawang semula di persada maya dan menjadi polemik menarik antara orang politik. InsyaAllah interviu penuh dengan beliau akan disiarkan dalam Siasah minggu hadapan.

Rumusan mengenai pertemuan tadi, Abdul Aziz minta agak hudud jangan lagi dimomokkan sebagai satu sistem yang kejam dan zalim. Menurutnya masyarakat juga sudah faham mengenai hudud dan hukum hudud ini bukan perkara baru bahlah telah lama diperkatakan.

Dalam hal ini katanya Pas harus berhenti daripada memperkatakan hudud dalam konktes politik dan ia juga perlu dibincang secara terbuka dan lebih rasional lagi mengatasi kerangka politik partisan itu sendiri.

“Hudud bukan hak Pas tetapi hak semua individu yang yakin kepadanya. Jadi janganlah tempelkan hudud itu kepada Pas saja, umpamanya mengatakan hudud ini undang-undang rekaan Pas dan sebagainya,” begitulah tegas Abdul Aziz.

Dalam pada itu perbincangan mengenai hudud perlu dibuat dalam satu flatform khas yang khusus dan spesifik. Ia juga bukan seharusnya dibincang oleh Pas tetapi harus melibat golongan profesional lain, kumpulan agama, golongan akademi atau NGO yang memperjuang Islam seperti Peguam Muslim atau sebagainya.

Dalam pada itu menurut Abdul Aziz, Pas janganlah sesekali menjadikan hukum hudud untuk mengejek dan mengutuk Umno kerana sebagai tabii Umno akan membalas dan mempertahankan dirinya kalau ianya diejek.

"Bila keadaan ini berlaku maka terjadilah polemik tidak berkesudahan antara kedua puak yang tidak mengutungkan Islam," tukasnya.

Secara jujur Abdul Aziz merasakan Pas tidak mampu untuk melaksanakan hudud secara bersendirian kerana ia memerlukan banyak perkara yang perlu dilengkapkan. Misalnya prasarana untuk melaksanakannya masih belum wujud seluruhnya. Justeru menurutnya kalau pun Pas ada kuasa ia tidak semestinya Pas mampu melaksanakannya.

"Pas hanya boleh berkata ia ingin melaksakananya tetapi pelaksananya siapa?" tanya beliau. "Pelaksanaan hukum hudud bukan semudah diucapkan. Perkara paling penting mempersiapkan segala prasarananya terlebih dahulu baru boleh dilaksanakan," tambahnya lagi.

Menarik... itulah yang dapat saya simpulkan mengenai pandangan yang dilontarkan oleh Abdul Aziz mengenai hudud ini. Apa yang penting beliau tidak mahu hudud dijadikan alat atau pun diperkatakan dalam kerangka politik kerana ia akan menjadi polimek yang tidak menguntungkan mana-mana pihak

kifli berkata...

Siapa sebenarnya anti hukum Hudud? UMNO atau DAP?
Apabila kita membicarakan soal hukum hudud, bererti kita akan membicarakan suatu hukum yang diturunkan oleh Allah bukan hukum yang dicipta oleh manusia. Apabila hukum itu diperintahkan oleh Allah, maka sebagai hambanya tidak wajar kita mempermainkan atau mempersendakan hukum tersebut, apatah lagi kita menentang hukum tersebut dengan apa cara sekali pun. Isu berkaitan hudud ini bukan baru bagi Parti PAS, dan bagi PAS hukum ini adalah di antara beberapa hukum yang diperintahkan oleh Allah untuk dilaksanakan, akan terus diperjuangkan oleh PAS sehingga hari kiamat.

Hukum hudud juga bukan asing bagi UMNO mendengarnya. UMNO adalah parti Melayu yang berjuang atas dasar kebangsaan, maka sebab itu UMNO tidak berminat untuk membicarakan soal hukum ini. UMNO lebih suka `mempromosikan’ hukum yang tiada kaitan langsung dengan Islam bahkan ditentang oleh Islam. Akta ISA salah satu contoh di mana UMNO begitu mempertahankannya, malahan sanggup hilang rakan sekutunya demi Akta zalim ini. Apabila pemimpin PAS bersuara tentang hukum hudud ini, UMNO akan mengambil kesempatan ini bukan untuk membantu merealisasikannya, bahkan akan mencari jalan untuk menunjukkan kepada rakyat betapa hukum ini akan ditolak. Maka, UMNO akan mengambil dalil beberapa kenyataan pemimpin yang Non Muslim dari parti-parti yang sekutu dengan UMNO atau pun yang sekutu dengan PAS. Apakah tujuan UMNO ini ? Tujuannya hanya satu, iaitu bagi mempastikan PAS akan menempuh jalan yang getir dan sukar untuk melaksanakan hukum Allah ini. Tetapi benarkah PAS akan menyerah dengan tektik UMNO ini ? Sudah tentu tidak, PAS bukan terdesak untuk menjual maruah dan prinsip Islamnya semata-mata untuk menyenangkan hati perut UMNO.

Apa yang nyata, musuh utama dan penghalang utama bagi PAS untuk melaksanakan hukum hudud ini adalah UMNO. Walaupun DAP, MCA, Gerakan atau MIC secara terang-terangan menentang hukum hudud ini, tetapi PAS tidak pernah menganggap pemimpin-pemimpin yang Non Muslim di dalam parti tersebut sebagai penghalang atau musuh utama bagi PAS. Pas lebih awal kenal siapa musuh Islam yang hakiki. UMNO lebih kuat menentang hudud melalui kuasa yang ada padanya sekarang. DAP contohnya, hanya mengeluarkan pendapat menentang hukum Allah ini, tetapi UMNO lebih rakus dan zalim sehingga menggunakan kuasa dan undang-undang manusia untuk menentang undang-undang Allah. Negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS menjadi mangsa kerakusan tersebut. Negeri Terengganu walau sepenggal diperintah oleh PAS suatu ketika, sedetik pun tidak dibenarkan melaksanakan hukum Islam ini hinggakan ugutan dibuat bahawa pihak Polis, pihak Keselamatan dan pihak Penjara tidak akan memberikan kerjasama kepada Kerajaan Terengganu di bawah PAS waktu itu sekiranya hukum Hudud dilaksanakan. Begitulah hati perut UMNO terhadap hukum ini. Di Negeri Kelantan, usaha dari pemimpin UMNO (kini telah dipecat) membawa kes ini ke Mahkamah untuk menyaman Kerajaan Kelantan yang ingin melaksanakan hukum Islam ini sebagai bukti betapa UMNO terlalu anti dengan hukum hudud ini. Jelas lah pada kita, UMNO lah sebenarnya yang begitu agresif menentang hukum Islam ini bukannya pihak lain.

UMNO tidak perlu menuding jari kepada PAS, DAP atau PKR di atas isu ini. Mereka perlu bertanya kepada diri mereka sendiri secara jujur dan ikhlas. Jika PAS mempunyai cita-cita dan usaha ke arah melaksanakan perintah Allah tersebut, adakah mereka (UMNO) mempunyai cita-cita dan usaha ke arah itu ? Jika jawapannya tidak, mereka sendiri telah menempatkan diri mereka ke dalam golongan atau kumpulan yang sama dengan golongan yang Non Muslim itu. Jika UMNO benar-benar ikhlas untuk mendaulat Islam, mereka yang kini tunjang kepada Kerajaan Pusat sekurang-kurang berani mengusulkan di Parlimen untuk meminda Perlembagaan agar Hukum Islam termasuk hukum syariah, hudud dan Qisas dapat dilaksanakan. Kita yakin seratus peratus, jika usul ini dibawa sudah tentu ianya akan disokong oleh semua MP dari PAS, dan tidak mustahil ada juga MP-MP dari DAP, PKR, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain parti akan turut menyokong. Ini adalah kerana bukan semua pemimpin dari parti tersebut menolak hukum ini. Masalahnya, beranikah UMNO berbuat demikian ? Sudah tentu tidak, kerana di dalam Perhimpunan Agung parti mereka sendiri mereka langsung tidak membicarakan soal ini, masakan mereka berupaya untuk membicarakan soal ini di dalam perhimpunan yang lebih luas.

Justeru itu, apabila UMNO sememangnya tidak berminat untuk membicarakan soal hukum Islam ini, usaha PAS hendaklah diteruskan sehinggalah Hukum Hudud ini dapat dilaksanakan walau pun mengambil masa beribu-ribu tahun lagi. Almarhum Ustaz Fadzil Noor meninggal dunia tanpa dapat melihat hukum ini terlaksana walaupun beliau telah berjuang sepanjang hayatnya. Saya mencadangkan agar pimpinan Pakatan Rakyat agar dapat mengadakan `Seminar’ atau `bengkel’ kepada semua ADUN dan MP dari Pakatan Rakyat bagi memperjelaskan lebih terperinci berkaitan hukum Islam ini. Program ini hendaklah berterusan dan Ulamak-Ulamak dari PAS, ABIM, Persatuan Ulamak Malaysia, Pendakwah Bebas atau sesiapa sahaja yang berpengetahuan di dalam bidang ini untuk menjadi tenaga pengajar atau penceramah. Apabila program ini dapat dilaksanakan, kita akan dapat mengenalpasti mengapa dan kenapa mereka-mereka ini menentang Hukum Hudud tersebut. Apa yang saya sarankan ini adalah sejajar dengan kehendak MB Selangor baru-baru ini yang lebih suka peranan ini dimainkan oleh PAS yang mempunyai aset dan kredibiliti membicarakan isu ini.

Tidak mustahil suatu masa nanti, pemimpin-pemimpin dari DAP, MCA, Gerakan. MIC dan lain-lain yang terdiri dari Non Muslim akan lebih awal menerima hukum hudud daripada pemimpin UMNO. Kita merancang, Allah yang akan menentukan. Akhirnya, UMNO akan terkubur sebagaimana Parti Komunis Malaya juga telah berkubur di dalam lipatan sejarah.

bro berkata...

MASYALLAH!!!
YA ALLAH'Mengapakah begini sekali kezaliman yg di timpakan ke ats golongan mustadaffin ini?apakah kesalahan mereka sehingga di perlakukan begini?

Tentunya manusia2 yg mempunyai hati nurani yg bersih akn tersentuh apabila melihat video ini..

BALASLAH YA ALLAH SEGALA KEZALIMAN INI KPD MEREKA YG MELAKUKANNYA DAN JANGANLAH KAMI JUGA DI BABITKAN/TERJEBAK SEKALI BERSAMA DGN PENZALIM INI..

terima kasih tuan sekh mahaguru58 di ats video yg benar2 merungkai segala rahsia yg sudah sekian lama di sembunyikan..

kifli berkata...

KOMEN NI AKU NAK JAWAB ARTIKEL BUNGARAYAU DLM BLOG BELIAU(chiliriver)......Umno Penghalang Hukum Allah
… Jika PAS berusaha bersungguh-sungguh cuba melaksanakan hukum hudud semasa memerintah Kelantan dan Trengganu, Umno juga tidak ketinggalan bersungguh-sungguh cuba menghalang perlaksanaan hukum Allah tersebut. Tidak cukup pemimpin Nombor 1 UMNO ( pada masa itu ) menulis surat amaran kepada Kerajaan Kelantan agar tidak melaksanakan hukum hudud ada juga pemimpin UMNO yang sanggup mencabar undang-undang hudud tersebut di Mahkamah. Malahan yang lebih teruk sekali pemimpin UMNO sanggup melabelkan hukum Alllah tersebut sebagai hukum hudud PAS.

Jika PAS boleh menyokong Bank Islam, Takaful , Universiti Islam mengapakah Umno amat sukar menerima hudud hanya kerana ianya digubal oleh Kerajaan PAS. Mengapa Umno tidak boleh sama sekali memberi ruang kepada PAS dalam isu hudud ini. Jika Perlembagaan menjadi penghalang sepertimana yang dikatakan oleh Zahid Hamidi mengapa selama ini Umno tidak bersedia memindanya bagi membolehkan PAS melaksanakan hudud di Kelantan.

Paling minima yang Umno lakukan adalah jangan terus mengeluarkan kata-kata bodoh dalam isu hudud ini. Ini kerana kamu bercakap tentang hukum Islam. Dalam perkara yang bukan agama jika kamu salah bercakap, kamu hanya membuat kesilapan dan kesilapan tersebut tidak akan menjejaskan aqidah kamu.

Sebaliknya isu agama lain. Jika salah bercakap sila-silap akan tergelincir aqidah. Atas dasar itu dalam isu hudud diamnya para pemimpin Umno lebih baik daripada mereka bercakap. Ini kerana jika mereka diam kita mungkin rasa mereka jahil dalam isu hudud ini sebaliknya jika mereka bercakap barulah kita sedar memang confirmlah mereka ini memang jahil.

kifli berkata...

Bernama melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda jika PAS mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini

"Kalau hajat mereka begitu, saya doakan supaya hajat mereka itu tercapai tetapi hakikat politik tidak begitu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia dan Pelancaran Kod Etika Pegawai Penguatkuasa Agama di sini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa pada Sabtu lepas bahawa parti itu akan tetap melaksanakan hukum hudud di seluruh negara sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah pada masa depan.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid pula berkata kenyataan Husam itu adalah "satu cerita politik" semata-mata kerana jikna PAS benar benar mahu melaksanakan, ia pasti sudah lama dikuatkuasa di Kelantan.

Saya percaya para pembaca boleh melihat kontradiksi ucapan kedua-dua pemimpim Umno tersebut. Mahadzir Khalid kata hudud boleh dilaksanakan di Kelantan, Zahid Hamidi pula mengatakan hudud tidak boleh dilaksanakan tanpa pindaan Perlembagaan.

Kenyataan kedua-dua pemimpin Umno di atas adalah refleksi wajah sebenar Umno ketika berpolitik. Bagi pemimpin Umno peribadi seorang ahli politik dan peribadi seorang Islam adalah berbeza. Sebagai seorang Islam, ia boleh menerima hudud sebagai hukum Allah tetapi sebagai ahli politik ia sukar atau tidak boleh menerima bahawa hukum hudud wajib dilaksanakan. Bagi Umno perbezaan sikap antara orang Islam dan orang politik tidak menjadi satu masalah.

Atas dasar itulah setiap kali isu hudud timbul, Umno meletakkan beban perlaksanaan hukum Allah tersebut hanya kepada PAS seolah-olah PAS sahaja yang diamanahkan melaksanakan perintah Allah tersebut. Hudud adalah perintah Allah dan yang demikian sesiapa sahaja yang mengaku dirinya sebagai orang Islam ia bukan sahaja wajib beriman dengan perintah Allah tersebut tetapi juga mesti berusaha melaksanakan hukum tersebut . Mana-mana orang Islam sama ada di dalam Umno, PAS , Keadilan, NGO atau apa-apa pertubuhan sekalipun wajib berusaha melaksanakan hukum hudud tersebut . Perlaksanaan hukum hudud bukan milik eksklusif orang-orang PAS sahaja.

Jika Umno tidak benak dan dapat memahami bahawa hudud adalah perintah Allah maka Umno tidak boleh, dalam apa keadaan sekalipun, menuduh PAS cuba mempolitikkan isu hudud ini sepertimana yang dikatakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid tersebut.

Bagi PAS, tiada satu dikotomi ( pemisahan ) antara orang Islam dan orang politik. Apabila pemimpin PAS bercakap tentang politik ia bercakap sebagai seorang pemimpin Islam dan apabila ia bercakap tentang Islam ia juga bercakap sebagai pemimpin politik. Kenapa begitu ? Kerana itulah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w iaitu Rasul bagi seluruh umat manusia termasuklah orang –orang PAS dan orang –orang Umno.

Oleh itu sama ada PAS berjuang bersendirian atau bersama Pakatan Rakyat , PAS tidak akan sama sekali meninggalkan matlamat perjuangannya untuk menegakkkan Islam yang syumul yang merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuk hukum hudud.

Tetapi dalam masa yang sama PAS juga amat maklum di atas kejahilan majoriti rakyat negara ini tentang hukum hudud tersebut dan batasan serta halangan perundangan, perlaksanaan hukum hudud mungkin tidak dapat disegerakan perlaksanaannya meskipun diandaikan Pakatan Rakyat dapat memerintah negara ini. Atas dasar itu hasrat melaksanakan hudud tidak pernah menjadi penghalang kepada Pas untuk berkerjasama dengan mana-mana pihak yang menuntut keadilan dan menentang kezaliman.

PAS maklum DAP masih belum menerima hasrat perlaksanaaan hudud di negara ini. Penentangan DAP bagi PAS bukan perkara yang pelik. Jika Umno yang bermajoritikan orang Islam juga menentang hasrat PAS untuk melaksanakan hudud apalah yang nak dihairankan DAP yang bermajoritikan orang bukan Islam juga menentang hudud. Apabila Kelantan dan Trengganu ( ketika diperintah oleh PAS ) ingin melaksanakan hudud , siapa yang mencabarnya di Mahkamah ? DAP atau Umno ?

Saya optimistik DAP yang mempunyai ramai para intelektual boleh menerima hudud satu hari nanti kerana isu hudud bukan sahaja boleh dipertahankan dari sudut agama malahan juga menurut perspektif intelektual. Melihat sokongan yang makin meningkat ke atas kelab penyokong PAS dari kalangan orang bukan Islam, DAP kini tidak boleh menyatakan hudud ditentang oleh semua orang bukan Islam.

Sepertimana yang saya katakan perlaksanaan hukum hudud bukan milik eksklusif PAS. Ia adalah tanggungjawab bersama baik Umno atau orang-orang Islam yang lain . Meskipun Umno menuduh PAS hanya berpolitik di dalam isu hudud , siapa yang boleh menidakkan kesungguhan PAS untuk cuba melaksanakan hukum Allah tersebut. Bukankah PAS yang telah bersungguh-sungguh menggubal enakmen hudud di Kelantan dan Trengganu ( semasa Pas memerintah ) . Apa yang lebih menarik sebelum Kerajaan PAS Trengganu mengemukakan enakmen hudud di DUN Trengganu , PAS telah mengadakan seminar dan memanggil semua pihak termasukah Umno untuk memberikan pandangan dan kritikan mereka terhadap Enakmen yang ingin dibentangkan tersebut. Setahu saya ini tidak pernah berlaku dalam sejarah perundangan negara. Hal ini juga saya nyatakan kepada salah seorang Ahli Parlimen di London yang bertanyakan saya tentang enakmen tersebut ketika saya melawat Parlimen England bersama Y.B Salahudin Ayub suatu masa dahulu.

Jika PAS berusaha bersungguh-sungguh cuba melaksanakan hukum hudud semasa memerintah Kelantan dan Trengganu, Umno juga tidak ketinggalan bersungguh-sungguh cuba menghalang perlaksanaan hukum Allah tersebut. Tidak cukup pemimpin Nombor 1 UMNO ( pada masa itu ) menulis surat amaran kepada Kerajaan Kelantan agar tidak melaksanakan hukum hudud ada juga pemimpin UMNO yang sanggup mencabar undang-undang hudud tersebut di Mahkamah. Malahan yang lebih teruk sekali pemimpin UMNO sanggup melabelkan hukum Alllah tersebut sebagai hukum hudud PAS.

Jika PAS boleh menyokong Bank Islam, Takaful , Universiti Islam mengapakah Umno amat sukar menerima hudud hanya kerana ianya digubal oleh Kerajaan PAS. Mengapa Umno tidak boleh sama sekali memberi ruang kepada PAS dalam isu hudud ini. Jika Perlembagaan menjadi penghalang sepertimana yang dikatakan oleh Zahid Hamidi mengapa selama ini Umno tidak bersedia memindanya bagi membolehkan PAS melaksanakan hudud di Kelantan.

Paling minima yang Umno lakukan adalah jangan terus mengeluarkan kata-kata bodoh dalam isu hudud ini. Ini kerana kamu bercakap tentang hukum Islam. Dalam perkara yang bukan agama jika kamu salah bercakap, kamu hanya membuat kesilapan dan kesilapan tersebut tidak akan menjejaskan aqidah kamu. Sebaliknya isu agama lain. Jika salah bercakap sila-silap akan tergelincir aqidah. Atas dasar itu dalam isu hudud diamnya para pemimpin Umno lebih baik daripada mereka bercakap. Ini kerana jika mereka diam kita mungkin rasa mereka jahil dalam isu hudud ini sebaliknya jika mereka bercakap barulah kita sedar memang confirmlah mereka ini memang jahil.

kifli berkata...

Kalau baru tiga atau lima tahun memerintah, mungkin boleh kita katakan UMNO sedang merancang dan cuba menarik rambut dalam tepong untuk menerima dan melaksanakan hukum Islam dalam pemerintahannya. UMNO melalui gabungan dahulunya Perikatan dan sekarang Barisan Nasional, masih enggan dan gagal melaksanakan waima 50 peratus daripada hukum Islam dalam pentadbirannya. Ini jelas menggambarkan pemimpin UMNO dengan segaja dan lalai dalam perjuangan menegakkan keagongan dan kemuliaan Agama ALLAH, Islam.

Berita terbaru: Perogol layak tanding Naib Presiden UMNO

51 tahun UMNO memerintah negara dan masih gagal untuk menegakkan dasar pemerintahan ISLAM adalah sesuatu yang amat malu dan mendukacitakan.

Perdana Menteri silih berganti. Sultan, Raja dan Agong yang ditabalkan demi untuk memastikan keagongan dan kesucian Agama ALLAH, Islam diperlihara dan dilaksanakan, juga telah GAGAL untuk menjalankan kewajipan mereka sepertimana yang diamanahkan.

Islam hanya dijadikan sebagai bahan hiasan semasa majlis lantikan para menteri dan pemimpin kerajaan. Islam juga telah dijadikan sebagai hiasan dan bahan pameran semasa majlis pertabalan Sultan-Sultan, Raja-Raja atau yang dipertuan Agong.

UMNO dengan angkuh dan egonya telah memperdagangkan Islam demi survival politik kotor dan jijiknya. Lantaran terpesongnya fahaman mereka terhadap Islam, maka mereka berlumba-lumba mendirikan Masjid untuk dijadikan bahan pameran. Justeru, Masjid yang digahkan tetapi pengisiannya hambar, melencong dan terpesong. Maka itu, kita melihat Masjid telah dijadikan tempat untuk mereka ber’dakwah’ politik perkauman serta kebendaan mereka dan bukan sebagai Rumah ALLAH yang menjadi tempat untuk beribadah, berdakwah, bermasyarakat dan sebagai wadah pentarbiahan menjurus khusus kearah memuliakan Agama Islam dan mengiratkan kehidupan masyarakat berhemah.

Rakyat Malaysia amat rugi kerana mempunyai ramai Imam, Mufti, Penasihat agama, Sultan, Raja dan Agong yang memuliakan manusia bukan berdasarkan kepada ketinggian ilmu dan amalan Agama Islam mereka.

Ketempangan fahaman terhadap Islam semakin melebar. Kecelaruan pendekatan terhadap syumulnya Agama ALLAH semakin menjadi-jadi. Manusia pendusta diangkat menjadi pemimpin. Dakwah Islam telah diputarbelitkan dengan kehadiran ajaran sesat lagi menyesatkan, Islam Hadhari.

Saya pernah melihat isteri kepada seorang Imam Masjid Jamek di Johor memakai ‘hot pants’ dengan ’sleeveless T-shirt’ bermain tennis bersama dengan teman-teman lelaki ‘Tok Imam’ tersebut.

Pemimpin UMNO yang mempelopori Islam Hadhari telah dengan sombong dan bangkaknya mempamerkan kepada seluroh dunia seolah-olah Islam menghalalkan bersentuhan dan berkucupan diantara bukan muhrim. Apakah hukumnya, kita sebagai orang Islam yang mempunyai pilihan untuk menjatuhkan pemimpin munafik seperti ini, tetapi dengan segaja TIDAK MAHU menjatuhkannya?

Jelas ABDULLAH BADAWI adalah pemimpin yang munafik. Penipuan, fitnah, pembohongan, ego, sombong dan meraba tubuh perempuan bukan muhrimnya adalah beberapa sifat dan amalan pemimpin UMNO yang jelas bertentangan dengan sumber hukum ALLAH swt. Apakah ini masih tidak cukup untuk menginsafkan kita untuk menolak UMNO secara total??. Apakah ini masih tidak cukup untuk menjelaskan bahawa UMNO telah dengan segaja menolak ISLAM dan mempersendakan AGAMA ALLAH SWT ?Rakyat juga sudah jemu dan bosan terhadap sikap sesetengah Mufti dan penasihat agama Islam yang hanya membisu apabila kesucian dan keagongan Agama Islam diperlekehkan oleh Raja-Raja, Sultan-Sultan, malahan sesetengah manusia yang dilantik menjadi ketua Agama Islam dan bergelar yang dipertuan agong.

Bagaimana mungkin perjudian dapat dihapuskan di Malaysia ini jika terdapat Raja-Raja Melayu dan pemimpin kerajaan yang turut menjadikan berjudi sebagai amalan mereka. Bila rakyat menegur, maka keluarlah haiwan-haiwan belaan yang akan mempertahankan pemimpin mereka. Maka rakyat akan dituduh sebagai ‘anti-kerajaan’ dan ‘menderhaka kepada raja’.

Rakyat mesti dan WAJIB membuat pilihan. Ingin menderhaka kepada pemimpin atau menderhaka kepada ALLAH swt?. Menuruti kehendak pemimpin dan raja-raja yang jelas bertentangan dengan hukum dan tuntutan Agama ALLAH, Islam, adalah penderhakaan kepada ALLAH swt. Nauzubillahiminzaliq

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, masyarakat Cina dan India seharusnya berjuang untuk membela hak-hak sivil mereka daripada hanya bimbang tentang kemungkinan pelaksanaan undang-undang hudud dan qisas.

“Undang-undang hudud adalah baik untuk masyarakat dan selain melindungi masyarakat umum, ia juga mendidik mereka boleh terdedah kepada aktiviti jenayah dan mereka yang berada dalam dunia jenayah.

“Undang-undang ini mungkin nampak tegas dan keras, tetapi jika seseorang memahami konsepnya, undang-undang seumpama itu menyediakan ketenangan bagi mereka mematuhi undang-undang,” kata beliau pada sidang media di sini.

Sehubungan itu kata Husam, beliau tidak faham sebab masyarakat bukan Islam terlalu bimbang dengan undang-undang hudud.

“Kerajaan Barisan Nasional cuba untuk menutup aspek ini dengan menakut-nakutkan bukan Islam tentang undang-undang hudud,” katanya.

Kata Husam, parti-parti komponen dalam pakatan itu telah menandatangani perjanjian pada Ogos lalu bahawa sebarang perubahan dasar perlu dibuat dengan persetujuan semua parti komponen.

“PAS tidak akan mengambil langkah unilateral. Semua perkara akan diambil secara multilateral,” katanya.

kifli berkata...

Mempersenda, menghina, memperlekeh, memutar-belit malah memperalatkan Islam sbg suatu cara hidup adalah merupakan darah daging Umno-BN demi kepentingan survival politik mereka, Oleh itu masyarakat Islam dan juga bkn Islam jgn mudah terpedaya dgn permainan kotor oleh Umno-BN ini, Hudud ini jika diteliti dgn lebih mendlm byk kebaikannya kpd kita smue bkn shj kpd org2 Islam malah bg yg bkn Islam.

Cuba kita ambil cth pd sistem kewangan Islam yg sblm ini byk menimbulkn keraguan kpd org2 bkn Islam malah segelintir org2 Islam sendiri pon ade yg merasakn sistem ini tidak patut diwujudkn atas alasan ianya kurang membawa keuntungan, namun setelah sekian lama telah terbukti bhw sistem ini telah byk membawa manfaat kpd mrk yg menggunakn sistem kewangan Islam ini termasuk kpd yg bkn Islam, selain itu sistem perlindungan berteraskn Islam iaitu Takaful juga byk memberikn keadilan kpd penyimpan dan pengendali takaful berdasarkn konsep ’sama brlindung sama beruntung’.

Oleh itu persepsi yg negatif trhadap undang2 Hudud perlulah dikikis oleh masy yg bkn Islam krn Islam amat menitikberatkn keadilan dlm sistem perundangannya. Jadi sistem undang2 Hudud mestilah dipandang positif oleh smue pihak krn ianya bertujuan demi kebaikan brsama, malah sy brpendapat ianya amat brsesuaian dgn keadaan skng dgn brlakunya byk kejadian2 jenayah yg dilakukn scr terang-terangan.

“GANYANG UMNO!!!”

ALLAH HU…

imbas kembali….tragedi Memali Baling Kedah…..Siapa yang memerintah yang berkuasa penuh pada masa itu ialah 2/3 milik BN….tetapi kenapa yang memimpin kerajaan Tun Mahathir sebagai PM menghalalkan darah pemimpin-pemimpin agama Islam dimana beliau telah menggunakan kuasa vitonya mengerahkan pasukan bersenjata polis dan tentera supaya mengepung Al Syahid Ust Ibrahim Libya bersama murid-muridnya ketika itu sedang berada dalam satu majlis ilmu agama , mereka ini dibunuh dengan kejam menggunakan senjata m16 milik kerajaan dengan IZIN KERAJAAN.

PRESDEN UMNO Tun Mahathir memberitahu rakyat Al Shahid dan murid-muridnya adalah pengganas yang mesti dihapuskan. Perbuatan ini samalah keadaanya yang berlaku pada hari ini BILA ISRAEL melakukan serangan serentak keatas penduduk Gaza yang telah mengorbankan seramai 200 rakyat Palestin TERDIRI DARIPADA KANAK-KANAK/ORANG AWAM DAN POLIS dan l/k 400 lagi rakyat Palestin yang mengalamni kecederaan ringan dan parah.

KENAPA orang-orang UMNO yang mengaku ISLAM pada hari tidak mengambil iktibar daripada dua tragidi ini sekurang-kurangnya sebab kamu dianugerahkan akal oleh ALLAH SWT…..” Penyokong2 UMNO sepatutnya kembali kepada ISLAM dengan segera jika mahu selamat dunia dan akhirat…..bermulalah segera dan inilah masanya kamu memberi kemenangan kepada PAS dalam pilihan raya kecil di KT …BUKTIKAN jika tidak kamu adalah KAFIR yang nyata.

bungaraya berkata...

Selepas habisnya pemerintahan Khalifah Al-Rasihidin yang empat, timbul pemerintahan Abbasiyah dan Umayiah dan seterusnya, dan sejak Bani Abbasiyyah menerajui pemerintahan islam lagi para ulamak tidak lagi berada ditampuk pemerintahan negara islam. Islam berkembang hingga ke barat dan Asia dan Gebenaornya terdiri dari pejuang-pejuang islam yang bukan ulamak. Namun islam terus berkembang. Ramai ahli ilmuan yang bukan sahaja mahir dalam pentafsiran Al Quran dan Hadith dan Usuluddin dan Syariah dan hukum hakam islam yang bercambah, malah ahli kajibintang, ahli geogharaphy, ahli mathematik dan sebagainya yang dianggap oleh sebilangan ortodok islam sebagai sekular. Negara Turkey juga ramai yang mempertikaikan islamiknya apabila Othman Antartuk menjadi pemerintah negara tersebut. Tapi ramai juga yang menganggap sampai kini itulah sahaja negara terbesar islam dikawasan sebbelah eropah.
Sehingga kini berapa banyak negara islam didunia ini yang mengamalkan / melaksanakan hukum hudud? Kafirkah mereka jika tidak melaksanakan hukum tersebut.
Saya duduk dalam sebuah negera islam seperti Malaysia. Saya kata saya seorang penganut islam sejati. Sembahyang lima waktu sehari, saya juga kadang-kdang bangun waktu malam dan membuat sunat tahajud, kadang terus sampai kepagi membuat kial mulail. Saya melaksanakan arahan puasa bulan ramadahan, saya melaksanakan zakat dan saya seorang haji. Kadang jemahan islam kampong saya memanggil saya untuk membaca doa tahlil. Negara saya tidak mengamalkan hukum hudud. Bagi pihak saya secara ain saya telah membuat suruhan Allah dan meninggalkan larangan nya. Insyallah saya akan diterima sebagai salah seorang yang beriman dan termasuk orang-orang yang salleh. Mungkin kah saya bersalah kerana tidak marah kepada kerajaan?. Aatau mungkin salah berdosa kerana tidak memaki dan menuduh kerajaan munafiq sepertyi Bro dan kifli?

bro berkata...

KESIAN!!! bungarayauU...
kenapa kamu buat kial mulail?? biasanya org2 mukmin menghidupkan malamnya dgn KIAMULAIL, dan mereka tak akan terkial-kial utk mendapatkan petunjuk drp ALLAH SWT..

Marilah kita bersama memohon petunjuk drp ALLAH SWT agar tidaklah kita ni selamanya terus terkial-kial utk membuat keputusan di dalam memilih pemimpim sebagai amir yg benar lagi amanah..

Dan satu lagi sebelum saya terlupa,mungkin en.bungarayaU maksudkan MUSTAFAKAMAL ATARTUK dan OTHMAN ATARTUK takda di dalam sejarah turkey,tapi kat rumah saya adala OTHMAN ATARTUK ni dia ni pun perangainya lebih kurang sama jugak macam en.bungarayaU,Beada entah hapa-hapa entah yg cuba di highligh,kadang2 org pun tak paham apa yg cuba di maksudkan n apa isunya..ermm'maaf takda lagi ke org2 di dlm UMNO ni yg lebih mantob pengetahuannya?? Janganlah pengomen2 yg hanya menyerlahkan siapa/apa tahap penguasaan ilmu di kalangan pendokong/pejuang yg bermati-matian membela pati pengkhianat MELAYU ni,janganlah mendedahkan pekong di khalayak begini..Ini medan anda,MALU ANAK MELAYU TERSUNGKUR DI HALAMAN SENDIRI..

Tanpa Nama berkata...

Kifli, penulis menulis komen mengikut perasaan benci yang tinggi terhadap UMNO. Banyak maklumat berdasarkan andaian yang salah. Pendekatan UMNO mertabatkan Islam tak semacam PAS yang berpolitik guna ugama, beretorik. UMNO adakan masjid, adakan university Islam,bank Islam, kewangan Islam, Jabatan ugama Islam, mahkamah syariah, undang-undang Islam dana banyak lagi mengikut kemampuan. kajian oleh pakar-pakar unversiti membuktikan perlaksanaan Islam diMalaysia mencapai pada tahap 74 peratus.Parti bukan Islam terbukti menolak Hudud.Terrbukti semua tuduhan adalah salah menjadi fitnah, maka beliau adalah orang yang zalim seperti dinyatakan didalam Alquraan.

Kongsi Link Anda