Terima kasih daun keladi, kerajaan menurunkan lagi harga petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini bagi membolehkan rakyat menikmati penurunan harga bahan api dunia yang turun secara ketara akhir-akhir ini.
Harga baru tersebut adalah seperti berikut:
- Petrol RON97 diturunkan daripada RM2 kepada RM1.90 seliter
- Petrol RON92 dan diesel masing-masing daripada RM1.90 kepada RM1.80 seliter.
Ini merupakan penurunan harga minyak kali keenam sejak Ogos lalu sejajar dengan penurunan harga bahan api itu di pasaran dunia.
Penurunan harga petrol dan diesel itu dibuat ketika harga minyak mentah di pasaran dunia hari ini berlegar pada kadar AS$47.64 (RM172.93) setong.
3 ulasan:
Mana suara TAHNIAH dari DSAI maupun ahli PKR? Ubahkan kebiasaan main politik lapok. Kononnya nak ikut Obama dan style US berpolitik.
Aku malasl nk comment ngan bungaraya ni..tp xpalah,aku cuma nk tau berapakan sebenarnya harga minyak di pasaran global'isyu ni mmg UMNO canamg msa dia naikkan hrga hr tu'kalo hrga minyak dh smpai bwh usd50,maknanya hrga minyak kt malaysia ni sekitar 1.60sen la pandai!!!
Ops' lupa2,org UMNO x baca benda lain selain BERITA HAIRAN N UTUSAN MELOYA..sbb tu diaorg mmg pandai!!!....
Dalam isu minyak turun ini, kita ucapkan terima kasih atas keprihatinan kerajaan. Namun, harus diingat bahawa inilah jasa Pakatan Rakyat terutamanya Anwar kepada rakyat. Kekuatan pembangkang di parlimen ditambang lagi dengan perlantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang jelas sekali membuka mata kerajaan agar melihat masalah dan menjaga kebajikan rakyat. Kini terbukti, Anwar pemenang dalam debatnya dengan Shabery Cheek. Maka seharusnya Menteri Penerangan itu "meletakkan jawatannya" sekarang. Jelas sekali apa yang dipertahankan itu kini tidak menjadi kenyataan. Malahan, 110% apa yang dihujahkan oleh Anwar kini sudah terbukti, terutamanya perihal turunkan minyak sehingga RM2.00 jika Pakatan Rakyat memerintah. Harus dingat juga, minyak mula diturunkan tatkala menjelang pilihanraya kecil Permatang Pauh lalu. Rakyat harus sedar bahawa, penangan Anwar dalam isu minyak ini tampak nyata sekarang. Akhirnya rakyat terbela biarpun Pakatan Rakyat belum membentuk kerajaan lagi. Jika ini senarionya, apatah lagi kelak jika kerajaan Pakatan Rakyat ditubuhkan. Nescaya rakyat akan menikmati berbagai lagi insentin dan keistimewaan yang ditawarkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat sekiranya berjaya memerintah negara nanti..............woi,bunga rayau engko ni mamun ke lalok tapi yang pastinya engko ni lah spesis melayu mudah lupa,jangan jangan engko pun dah join group bogel kat selangor tu......bogellah sampai togel
Catat Ulasan