Popular Today

Sabtu, Disember 13, 2008

Penyingkiran "kumpulan Erdogan", Setiausaha Hadi dituduh subversif

Kalau dah busuk itu, baunya akan tetap dihidu juga walaupun cuba ditutup sekalipun..

Sedang sibuk rakyat mengatakan hal dalaman UMNO yang tentunya berkaitan Pemilihan parti tersebut, rupa-rupanya PAS juga sedang mengalami masalah dalaman yang serius juga.

Perkembangan terkini, setiausaha presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berdepan dengan tuduhan liar di internet apabila didakwa memainkan "peranan subversif" untuk menyingkirkan "kumpulan Erdogan" di Selangor.

Ini beikutan tuduhan serius itu di Malaysia Waves, penulis blog tersebut telah mendedahkan pergeseran dalam parti itu.

Berbeza dengan Anti Husam yang menentang "kumpulan Erdogan", blog yang ditulis aktivis muda parti - yang dikenali Tulang Besi - membela kumpulan tersebut dan menjadikan kumpulan promuzakarah dengan Umno sebagai sasarannya.

"Saya tidak mahu memanjangkan isu ini, biarkan kepada Tulang Besi.

"Saya dinasihatkan oleh Datuk Seri Hadi agar tidak memberi respons (dakwaan di blog itu)," kata Roslan hari ini.

Tulang Besi dalam beberapa tulisannya mencabar Roslan menafikan terlibat berkempen untuk menyingkirkan "kumpulan Erdogan", antaranya Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, khususnya selepas mendapat jawatan barunya itu.

"... kumpulan Erdogan wajib dibersihkan daripada PAS secepat mungkin dan tidak perlu menunggu muktamar yang akan datang," tulis penulis blog 3 November lalu.

laporan penuh : Setiausaha Hadi dituduh subversif

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda