PKR mempertahankan kerusi DUN Kajang dengan majoriti merosot dari 6,824 (PRU13) kepada 5,379 (2014). Dengan pengumuman resmi tersebut maka kita semua bertanya:
1. Mana dia keangkuhan Lim Kit Siang yang mahu mempastikan BN hilang deposit?.
2. Apakah hasrat PKR yang ingin menjadikan PRK Kajang sebagai referendum rakyat terhadap kerajaan persekutuan tercapai walaupun sokongan PKR sedikit meningkat 1.54% berbanding BN yang walaupun kalah tetapi sokongannya meningkat sebanyak 2.7%.
3. Mengapa ramai pengundi yang tidak keluar mengundi hanya 72% berbanding 88% pada PRU 13, walaupun PKR memulakan kempen dan serangan terhadap UMNO lama sebelum BN mengumumkan calonnya. Adakah kerana pengundi tidak mahu MB Selangor bertukar tangan? atau rakyat bosan dengan politik wayang yang tidak mengubah apa-apa keadaan.
4. Apakah makna PKR dengan tokoh besarnya Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR dengan politik simpatinya menang dengan majoriti kurang 1,445 sedangkan tujuan asal PKR untuk meningkatkan majoriti 10 hingga 11 ribu?
5. Apakah Perdana Menteri Malaysia bertukar tangan hanya dengan PRK Kajang? sedangkan ini bukan PRK Parlimen untuk memilih kerajaan persekutuan dan MB Selangor masih dalam gengaman Khalid Ibrahim.
6. Apa hebatnya sangat pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli yang mengaku mencetuskan idea PRK Kajang bagi mendapatkan sokongan yang semakin kurang?
7. Apakah UMNO masih dilebalkan sebagai parti rasis sedangkan BN meletakkan calon Cina di kawasan majoriti Melayu berbanding dengan PKR yang meletakkan ramai calon Melayu di kebanyakan kawasan majoriti Melayu. Siapa yang beramalan rasis?.
Oleh yang demikian terbuktilah bahawa PRK Kajang tidak megubah apa-apa corak dan keputusan kerajaan negeri dan Persekutuan.
Benarlah bahawa PRK ini suatu pengkhianatan terhadap mandat pengundi PRU 13 terhadap PKR, suatu pembaziran masa dan waktu, serta tidak dapat mengalihkan perhatian rakyat terhadap konflik kepimpinan Selangor mahupun keputusan mahkamah mengenai kes Liwat 2 Anwar Ibrahim.
Sesungguhnya rakyat lebih menumpukan perhatian kepada misi pencarian #prayforMH370 dari jalan cerita politik yang disusun untuk menyelamatkan maruah sebuah keluarga dan nafsu besar seorang pemimpin untuk menjadi Perdana Menteri.
Antara fakta keputusan Prk Kajang
20.10 mlm - Didapati 4 PDM majoriti PKR meningkat iaitu PDM Saujana Impian, Taman Mesra, Kantan Permai dan Bandar Kajang yang berjumlah hampir 500 peningkatan majoriti. Ini mungkin kerana pengundi BERJASA pada PRU-13 yang berjumlah hampir 400 undi mengundi Wan Azizah atas dasar kaum Melayu/Islam.
Peratusan keluar mengundi yg rendah juga antara strategi yg dimainkn. Boleh djadikn kayu ukur yg ramai tidak bersetuju/ boikot kpd prk ini atas alasan prk yg diadakn utk selesaikn masalah dalaman parti.
Kajang move gagal krn tidak mampu move pengundi keluar mengundi pkr dan memberikn kemenangan moral dgn majority meningkat kpd pkr
5 pdm majority terbesar pkr iaitu sg chua 1 - 5 merosot sbyk 1500 undi. Samada mereka tidak keluar atau undi bn tidak penting krn 1500 itu sudahpun boleh menggambarkan perasaan tidak puas hati pengundi kpd pkr.
Fuad Hassan
8 ulasan:
YA ALLAH! Pemimpin UMNO harus sedaq JANGAN lagi BODEK pengundi Cina! Kalau tidak, bakal hancoq Tanah Melayu ISLAM, pusaka nenek moyang berzaman kita ini dikuasai PENDATANG KAPIR! Tak guna kita, BUMIPUTERA ISLAM/Melayu terus TUNDUK-mcm-KULI pd. bangsa PENDATANG-yg- tak-sedaq diri!
Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).
Yg pelik nya di kubu kuat UMNO sendiri seperti Tmn Delima dan Sg Sekamat pun kalah, saluran orang muda di semua tempat habis kantoi, kita cuma harapkan saluran pengundi awal dan saluran orang tua saje.
Umno xtegas dlm mencari pengundi muda lepasan sekolah. Apa salahnya mat rempit yg ramai tu ditahan dan dipaksa daftar mengundi. INGAT pesan Tun M , melayu mudah lupa(cuai).
Setelah melihat kekalahan BN di Kajang... bagaimana orang-orang UMNO bertungkus lumus cuba memenangkan rakan mereka dari MCA, Wak terasa sedih. Sedih apabila merenung ke hadapan - ke mana arah survival UMNO? Apa akan jadi kepada bangsa Melayu? Kenapa orang Melayu tidak bersatu memberi sokongan padu kepada UMNO? Walau pun Wak bukan ahli UMNO (Wak dari Malaysia Timur); Wak memandang UMNO sebagai wadah yang baik untuk perjuangan orang Melayu bersama-sama 'komradnya' dari kaum Cina, India dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Walaupun PKR dan PAS diterajui Melayu - terasa, idealismanya berbeda dari UMNO. UMNO lebih mantap Melayunya, lebih menyuburkan semangat dan mengghairahkan perjuangan - perjuangan Nasional (1 Malaysia) dalam semangat perkongsian antara kaum yang sihat.
Oleh itu, Wak ingin berkongsi sedikit fikiran Wak tentang hal tersebut. Masalah Melayu bukan masalah kepimpinan atau ketandusan pemimpin. Ada ramai yang boleh memimpin dalam UMNO. Masalah Melayu adalah masalah individu-individu Melayu itu sendiri - pengikut-pengikut... lebih 70% anak-anak bangsa Melayu sudah terlalu bijak, berfikiran 'moden', berpandangan terbuka, mendaulatkan kesaksamaan mutlak - mahu manjadi anak Negara, bahkan anak Dunia sejagat! Tetapi, sebenarnya, mereka telah 'durhaka' kepada 'Ibu Kandung' mereka sendiri, UMNO. Ibu yang melahirkan mereka pada tahun 1957 di Hari Merdeka... Di hari merdekanya Tanah Melayu.
Anak-anak merdeka ini dibesar dan dididik dengan secukupnya, termasuk diri Wak... dengan ilmu Dunia-Akhirat. Tetapi sekarang, majoriti anak-anak Melayu merdeka ini memandang sepi akan perjuangan kemerdekaan itu sendiri. Perjuangan suku-sakan ibu mereka sendiri. Tergamak mereka kata, "UMNO dah nyanyuk". Mereka perlikan pula dengan cemuhan, " UMNO jumud". Dan, dengan tanpa rasa kesal mereka kata, "UMNO dah tak berguna".
"Pergi mampus UMNO!!!"
Mereka tak mengerti atau tidak mahu dimengertikan... Yang mereka perlukan untuk survival di Dunia ini ialah pengelaman, strategi dan semangat juang UMNO!!! Semangat yang telah dipintal dan disepuh dengan ruh Islam - dalam konteks bangsa Melayu. Walaupun kebanyakan orang UMNO tidak begitu fasih hendak berhujjah atas nas dan dalil al-Quran serta Hadis, mereka rela mati daripada dimurtadkan. Mereka tidak rela agama dan bangsa mereka diperkotak-katikkan. Agama jadi pegangan mereka. Agama jadi kubu bangsa mereka.
Inilah masalahnya sekarang. Nilai bangsa dan agama bagi majoriti anak-anak Melayu sekarang - sama ada tinggal hanya sebagai satu bayangan hantu-hantu atau idealisma yang memuncak tinggi sehingga tidak dapat dikecapi pemikiran anak-anak bangsa Melayu sendiri. Dengan itu, tidak lama lagi Melayu akan terpinggir, tercicir dan... pupus dari persada politik tanah air sendiri.
Tok Hang Tuah telah berkata, "Takkan Melayu hilang di Dunia (?)"...; bukan, "Tidak Melayu hilang di Dunia (!)". Ada beza maknanya. Fikirlah!
Salam sdr Fuad, saya setuju dgn pendapat Satu Kapai agar UMNO tak lupa orang muda. Sebagai contoh, MKT termasuk Presiden & semua ahlinya hendaklah berjumpa dgn semua petugas pemilihan parti yg lepas. Ramai anak muda yg membantu. Pasti seroonok mereka dapat jumpa pemimpin apatah lagi PM atau TPM. Ini pasti dapat menarik mereka utk bersama UMNO. Mohon sampaikan hal ini kepada yg berkenaan. Mungkin mereka terlepas pandang. Ini pendapat ikhlas saya.
Anak muda ada yg bersama kita, tapi kebanyakan nya mat rempit yg masa PRK asik berkonvoi saja, ini stategi yg silap. Orang Kajang melihat dgn sinis, inikah pemimpin UMNO masa depan?
Sblm jwb smua soalan di atas, nk tnya admin, apaka manifesto PRU13 sdah di laksanakn?
MCA dilihat semakin mendapat momentum dan mula mendapat kembali sokongan masyarakat Cina. Ekonomi masyarakat Cina adalah lebih baik di bawah pemerintahan BN.
Catat Ulasan