Popular Today

Khamis, Mac 26, 2009

MB lanjutkan cuti eli - membazir wang rakyat!

Kerajaan PKR negeri Selangor memutuskan untuk terus melanjutkan cuti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong sehingga 15 April ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri juga memberi jaminan keputusan mengenai status Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar itu akan diputuskan sebaik sahaja tempoh lanjutan cuti itu berakhir.

''Keputusan ini diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang hari ini.

''Keputusan ini wajar memandangkan siasatan polis masih belum selesai dan ia juga telah mengambil kira perbincangan antara antara beliau dan Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar itu pada minggu lalu...

Adalah sesuatu yang tidak munasabah untuk melanjutkan cuti isu Elizabeth bogel ini. Isu penyebaran gambar bogel dan tindakan yang tidak bermoral adalah isu yang bertentangan...
Isu moral di sini sangat jelas, dan tidak perlu untuk siasatan polis lagipun Eli telah mengaku bahawa gambar bogel ini adalah diri beliau.

Tindakan melanjutkan cuti ini hanya membazir wang rakyat, yang sepatutnya boleh digunakan untuk kebajikan rakyat yang lain apatah lagi jika cuti ini ditaja oleh kerajaan negeri.

4 ulasan:

Z-MAY berkata...

sekadar helah yg penuh berhelah... untuk menutup kelemahan para pemimpin...

Tai berkata...

Hai yaa, ini nyonya, kasi buanglah.

mat_terab berkata...

mana menbazir bila Khair Toyo beli jam tangan guna duit Syarikat GLC kerajaan Negeri satu sampai, beratus ribu satu, Komisyen kapal salam, dan shukoi beratus juta menbazir wang rakyat, penbatalan jambatan bengkok pampasan beratus juta dan banyak lagi pembaziran yang dilakukan peminpim umno....

Tanpa Nama berkata...

Bazir tetap bazir,

Kongsi Link Anda