Popular Today

Selasa, Mac 31, 2009

Pembangkang dikecewakan - 3 April...Najib Perdana Menteri baru

Pembangkang dikecewakan sekali lagi, usaha mereka untuk mengadu domba antara Pak Lah dan najib tidak percaya.

3April 2009, telah dijadikan sejarah untuk Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-6

Semasa mengulong perbahasan di di Perhimpunan Agong UMNO Sabtu,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secara jelas memberitahu seluruh para perwakilan UMNO di Dewan Merdeka PWTC beliau akan mengadap Yang Dipertuan Agong pada Khamis 2 April ini bagi mendapatkan perkenaan melaksanakan peralihan kuasa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Namun dalam sidang akhbar selepas perhimpunan itu berakhir masih ada wartawan yang nak pancing tarikh beliau akan serah kuasa kepada Najib.

Malah selepas Majlis Pelancaran Puncak Baru Sempena Pembangunan Semula Tapak Pasar Minggu Kampung Bharu ,Kuala Lumpur Isnin beliau terus diajukan dengan soalan yang hampir sama.

''Tunggu ajelah. Jangan minta saya cakap apa-apa. Semua ini akan berlaku bila tiba masanya kerana peralihan kuasa akan berlaku," kata Abdullah menjawab soalan berkenaan.

Difahamkan Perdana Menteri tidak dapat menyatakan tarikhnya kerana secara rasmi beliau perlu mendapat perkenaan tarikhnya dari Yang Dipertuan Agong terlebih dahulu.Atas sebab itu beliau hanya dapat menyatakan tarikh mengadap Seri Paduka sahaja.

Apapun sumber-sumber yang layak dipercayai memberitahu Agendadaily Isnin jika tidak ada aral melintang majlis angkat sumpah Najib sebagai Perdana Menteri baru akan berlangsung di Istana Negara pada jam 9 pagi Jumaat 3 April ini.

Sumber : AgendaDaily

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda