Sabtu, Mac 07, 2009

Pakatan Rakyat akan 'kerandakan' Sultan Melayu, Bangsa Melayu dan Agama Islam'

* Sultan Sharafuddin Idris Shah menyifatkan orang Melayu yang terus mempersoalkan kedudukan raja-raja dan bangsanya sendiri sebagai biadap.

* Golongan ini juga disifatkan baginda sebagai tidak berbudi bahasa dan tidak ada perasaan malu kerana mempertikaikan perkara berkaitan kedudukan raja-raja dan hak orang Melayu secara terbuka.

* Kemajuan dan pembangunan yang dicapai boleh hancur jika orang Melayu terus bercakaran, disebabkan terlalu ghairah merebut kuasa.

* Tidak ada gunanya bangsa Melayu kekal di dunia tetapi tidak bertamadun, tidak dihormati dan boleh dipermainkan serta diperalatkan.

* Orang Melayu perlu bersatu apabila timbul isu-isu yang melibatkan kepentingan mereka dan Islam.

Tidak cukupkah kita dengan kebiadapan ini:

1. PAS dan PKR tidak mempertahankan Raja-Raja dan bangsa Melayu apabila dipersenda dan dicabar dan hanya menyalahkan UMNO. Menyalahkan UMNO bukan bermakna Pakatan Rakyat mempertahankan Raja-Raja.

2. Karpal mencabar Sultan Perak - siapa yang sokong Karpal Singh!!!

3. Speaker kerajaan Negeri Perak mencabar titah Sultan Perak - siapa yang sokong

4. Penyokong PAS baring ditengah jalan, mengepung dan mengetuk cermin kereta Raja Muda Nazrin..

5. Nik Aziz, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim mempertikaikan Hak Keistimewaan Orang Melayu dan DEB.

6. PAS lebih mementingkan poilitik dari kesucian Islam kerana menyokong penggunaan Kalimah Allah kepada bukan Islam yang menghina kesucian Islam.

7. PAS mendesak Ibrahim Ali meletakkan jawatan kerana mempertahanan Raja-Raja Melayu.

8. Hindraf menuduh BN/UMNO membuat 'ethnic cleansing' terhadap kaum India

9. YB Pakatan Rakyat memalukan Sultan Perak, Melayu Perak, Melayu Malaysia kerana mengadakan sidang DUN di bawah pokok.
Bukankah Pakatan Rakyat akan 'kerandakan' Sultan Melayu, Bangsa Melayu dan Agama Islam' dengan tindakan yang mereka lakukan ini...

Tidak cukupkah kebiadapan mereka ini..... tidakkah ini semuanya penghinaan kepada Raja-Raja, Bangsa Melayu dan Agama Islam..

8 ulasan:

kamal berkata...

Apa kata seluruh rakyat berpakat pada tiga prk nanti kita kuburkan pakatan rakyat sebelum pakatan rakyat mengkerandakan intitusi raja raja dan bangsa melayu dan agama islam

Aspirasi Bangsa berkata...

Kita kerandakan Pakatan Rakyat dahulu pada pilihanraya Kecil ini dan seterusnya Pilihanraya ke-13 nanti..

Buatlah sesuatu sebelum terlambat... sedarkanlah bangsa Melayu... biarkan mereka kenal siapa itu Pakatan Rakyat - merekalah Malayan Union alaf baru..

anon 00 berkata...

Segala apa yang berlaku di Malaysia dewasa ini menggambarkan kepincangan dalam emosi dan harga diri ahli-ahli politik.

Segala isu hendak dipolitikkan. Segala yang ada, dipandang sebagai sesuatu yang boleh menguntungkan mileage politik mereka. Ahli-ahli politik seboleh-boleh mungkin ingin mencipta satu CHAOS yang mereka fikir dapat kawal dan kemudian menonjolkan diri sebagai hero.

Perhatikanlah dari atas pagar, anda akan melihat bagaimana seronoknya ahli-ahli politik tersebut bermain-main dengan pelbagai isu sensitif, baik di hadapan awam mahupun di parlimen. Apabila kita mengikuti perdebatan, perbahasan dan usul di Dewan Rakyat, terasa seperti hendak meloncat masuk dan menampar muka setiap orang ahli-ahli parlimen berkenaan. Bukan kerana dendam atau bukan kerana suka-suka, sebaliknya tercabar melihat bagaimana mereka memperbodoh-bodohkan orang awam.

Perlantikan mereka ke jawatan tersebut, membuatkan mereka berasa mereka berada dalam satu kelompok eksklusif yang tidak boleh disentuh mahupun ditegur. Apa yang mereka lakukan, katakan, atau pun bertindak, mereka anggap untuk rakyat, biarpun perlakuan mereka tidak ubah seperti badut yang kehilangan seluar dalamnya.

Amat malang bagi kita apabila menjadikan mereka ini sebagai idola dan kemudian mendengar sahaja apa cakap-cakap mereka tanpa perlu kita menganalisa mahupun berpandangan kritis. Natijahnya kita yang terima dan mereka akan berlepas tangan seolah-olah bukan mereka yang melakukannya.

Akar umbi di negara ini sebenarnya hidup saling bersyak wasangka antara satu sama lain. Itu kita tak boleh tolak memandangkan itulah lumrah bagi sifat makhluk yang bernama manusia. Kita kemudiannya menjadikan agama sebagai landasan untuk bersatu. Pun begitu, dalam satu agama pun, terdapat mazhab-mazhab hasil daripada perpecahan pendapat dan sokongan. Lebih teruk lagi apabila kepala-kepala mazhab tersebut mula mengeluarkan pelbagai pendapat atau pandangan mahupun fatwa aneh yang membenarkan perlakuan mereka.

Zionis atau sebaliknya, memang wujud kepincangan dalam sistem demokrasi. Kita tidak mahu isu perkauman dijadikan isu tetapi perkauman juga yang menjadi darah daging kita. Kita tidak boleh lari daripada perkauman kerana perkauman itu bukan sahaja tentang bangsa, sebaliknya tentang pegangan akidah dan persekitaran kita.

Sewajarnya, kita menukar pandangan. Politik tidak diletakkan di tempat teratas dan terpenting. Kita sangat suka berpolitik sehingga kita membiarkan bahagian-bahagian lain dicuri orang. Apa yang kita ada sekarang, selain daripada berpolitik dan berebut kuasa? Sedangkan pada masa yang sama, kerajaan telah mencipta pelbagai peluang untuk kita rebutkan? Sebaliknya kita lebih seronok bermain politik, menikam belakang dan dalam mencari rezeki mahupun kekayaan, kita lebih senang jalan mudah dengan menjolok bagi mendapatkan habuan.

Sesuatu yang perlu kita akui baik sebagai penyokong pemerintah mahupun sebagai penyokong pembangkang. Jolok habuan ini berlaku di mana-mana dan dalam semua badan dan ia sedang membarah dalam masyarakat kita, sama ada kita hendak mengakui dan mengubatinya, mahupun kita terus menepis dan menghentamnya....

Jalan Syed Hamid Sagaff Haji Manan...

Sedingin Salju berkata...

Wahai orang melayu, ini nasihat dari saya yang bukan melayu. Jika anda tidak berhati-hati, percayalah, anda, orang melayu, akan dikuburkan oleh PR.

kifli berkata...

MELAYU PERLU BANGUN DARI MIMPI -



MELAYU PERLU BANGUN DARI MIMPI –


Semua bangsa ada jiwanya yang tersendiri. Ada satu semangat yang tak dapat diungkap sepenuhnya dengan hanya susunan kata-kata. Ada perasaan yang unik. Ada rasa tanggungjawab. Ada daya membela. Ada desakan halus untuk memelihara maruah. Ada cetusan fikir tentang darjat dan martabat. Mungkin ada seribu lagi nyawa bagi jiwa bangsa itu.

Bangsa Melayu juga begitu jiwanya.

Kalau terdengar ada perkelahian antara orang Melayu dengan orang bangsa lain, jiwa kita cepat berasa mahu membela. Banyak insiden Melayu membela Melayu tanpa lebih dulu usul periksa pun. Kalau kebetulan terserempak dengan peristiwa kemalangan jalanraya, kebanyakan kita akan bertanya “Melayu ke?”. Kita lebih bersungguh-sungguh membantu jika mangsa kemalangan itu sebangsa dengan kita. Hati kita amat terusik kalau terjumpa orang Melayu yang merempat dan melarat. Simpati pasti membuak-buak. Kalau yang kedana itu bangsa lain, ada juga rasa simpati tetapi tidaklah setaraf rasa pada bangsa sendiri. Itulah realiti jiwa bangsa.

Di sebalik realiti itu, semua bangsa termasuk bangsa Melayu berbalah juga sesama sendiri. Bangsa Arab yang lebih kuat ikatan bangsanya itu pun, berkelahi juga sesama mereka. Melayu pun begitu. Sepanjang sejarah yang ada catatannya, kehidupan bangsa Melayu diwarnai pelbagai krisis antara individu, kelompok atau institusi yang lebih besar seperti daerah dan negeri.

Melayu moden tak pernah ‘satu’ sejak belum merdeka lagi. Ada kelompok kanan dan ada kelompok kiri. Ada yang menentang penjajah dan ada yang bekerja sebagai penjawat awam kerajaan penjajah. Ada Kaum Muda dan ada Kaum Tua. Ada nasionalis, ada islamis, ada liberalis, ada sosialis bahkan ada yang komunis. Orang Melayu tetap satu bangsanya iaitu bangsa Melayu tetapi pemikiran dan hala tuju sentiasa berbeza antara sebahagian dengan yang lain.

Apa yang ada pada bangsa Melayu? Apakah Melayu itu satu sistem hidup atau satu fahaman atau satu idealisme yang boleh dijunjung dan diperjuangkan?

Melayu cuma salah satu bangsa daripada beribu-ribu bangsa yang wujud di dunia. Secara akademik, bangsa Melayu itu cuma satu kumpulan manusia yang susur galur keturunannya berpunca dari nenek moyang yang sama. Ikatan bangsa Melayu adalah ikatan kekeluargaan yang besar.

Apa yang ada pada bangsa Melayu? Asal usulnya, setiap keluarga ada corak kehidupannya yang tersendiri dan berbeza (sedikit atau banyak) dengan amalan kehidupan keluarga lain. Corak dan amalan itu berkembang bersama pembesaran rantaian keluarga itu. Sebahagian daripadanya menjadi amalan bersama. Maka terbentuklah budaya. Budaya sebuah keluarga besar bernama bangsa Melayu. Ada bahasa, upacara, pakaian, makanan, keramaian, permainan, hiburan dan adat istiadat. Di celah-celah corak dan amalan itu, muncullah semangat dan jiwa yang dipupuk sehingga lahir istilah cinta kepada bangsa.

Apa yang ada pada bangsa Melayu? Keris, cokmar, tengkolok, selepang, capal, keronsang dan kebaya hanyalah pakaian. Zapin, gamelan, dondang sayang, dikir barat, kuda kepang dan mak yong hanyalah tari dan nyanyi yang dipersembahkan semasa upacara keramaian. Silat gayong, silat lincah, silat pulut dan silat sendeng hanyalah seni mempertahankan diri. Semua itu hanya sejarah bangsa Melayu. Walau pun masih dipakai, ditari, dinyanyi dan dipencak sehingga hari ini namun sifat kewujudannya kini cuma sebagai kenangan yang dipertahankan. Ia bukan harta yang boleh berkembang dan bukan perkakas yang boleh menjulang martabat bangsa. Cuma janganlah warisan itu hilang begitu saja.

Apa yang ada pada bangsa Melayu? Apakah bangsa Melayu ada kelebihan khas yang meletakkan ia setingkat atau beberapa tingkat lebih tinggi daripada bangsa lain? Bangsa Quraish berbangga dengan kelebihan mereka sebagai keluarga Rasulullah SAW. Bangsa Yahudi berbangga dengan dakwaan memiliki kelebihan IQ dan kecerdasan minda. Bangsa Eropah berbangga dengan kelebihan mendominasi ilmu dan politik dunia moden. Bangsa Melayu ada apa?

Tun Mahathir dalam bukunya Malay Dilemma menyifatkan Melayu sebagai bangsa yang lemah dan lembap. Disebabkan keyakinannya itu juga, dia mengungkapkan kata-kata “Melayu mudah lupa” 40 tahun selepas menulis kitab Malay Dilemma. Apakah Tun Mahathir betul?

Kalau Melayu memang lemah, lembap dan mudah lupa, bagaimana boleh lahir puluhan ribu profesional Melayu yang hebat termasuk Tun sendiri? Maka logiknya Melayu bukan lemah dan lembap kerana faktor bangsa atau keturunannya. Melayu ketinggalan kerana sikap yang terhasil daripada budaya kehidupannya. Melayu lemah kerana memilih untuk lemah. Melayu lembap kerana cuai dan lalai.

Apa yang ada pada bangsa Melayu? UMNO melaungkan perjuangan bangsa Melayu sejak lebih 50 tahun. UMNO mahu mendaulatkan apa? Mendaulatkan bangsa Melayu? Bagaimana bentuk sebenar kedaulatan bangsa Melayu yang UMNO perjuangkan?

Kalau maksud kedaulatan Melayu itu pada ketuanannya di tanahair ini, memang Melayu sudah mengepalai pemerintahan negara sejak dulu lagi. 5 Perdana Menteri negara ini sejak merdeka hingga kini adalah orang Melayu. Melayu UMNO.

Kalau maksud kedaulatan Melayu itu pada bersinggahsana Raja-Rajanya, memang sampai saat ini baginda semua masih bertakhta di istana. Cuma kuasa Raja-Raja Melayu telah berkurang sedikit setelah dua kali UMNO mengecilkan peranan Raja melalui pindaan Perlembagaan Malaysia.

Ada satu perkara sahaja yang masih ada ruang untuk diperjuangkan iaitu kalau maksud kedaulatan Melayu itu ialah perihal menguasai khazanah tanahair. Bangsa Melayu masih tertinggal jauh berbanding bangsa lain hampir dalam semua bidang. Bangsa lain terus membeli tanah daripada bangsa Melayu yang pandai menjual tanah. Bangsa lain membesarkan perniagaan ketika bangsa Melayu berbondong-bondong gulung tikar. Bangsa Melayu masih tak dapat mengejar bilangan profesional bangsa lain walau pun universiti bertambah banyak. Bangsa Melayu masih ke hulu ke hilir memohon untuk jadi kuli di firma dan syarikat milik bangsa lain.

Apa yang ada pada bangsa Melayu untuk mencapai matlamat perjuangan menguasai khazanah tanahair ini? Bangsa Melayu ada UMNO! Kebanyakan orang Melayu pun memang berada dalam UMNO. Sudah 50 tahun orang Melayu memberikan kepercayaan kepada UMNO untuk memperjuangkan nasib bangsa. UMNO ada kuasa politik. Kuasa itu cukup besar untuk membolehkan bangsa Melayu mendapat kemudahan, peluang dan bimbingan. Kebetulan pula tanahair ini kaya dengan pelbagai sumber. Hasil negara amat besar. Tetapi bangsa Melayu terus tertinggal. Apa masalahnya?

Masalah utamanya ialah UMNO. Parti yang kononnya memperjuangkan nasib bangsa Melayu itu sebenarnya tidak pernah betul-betul peduli tentang bangsa. Rangkai kata ‘bangsa Melayu’ hanya alat untuk mendapatkan kuasa. Masalah yang lebih besar ialah mereka sendiri tidak menyedari hakikat perilaku mereka. UMNO kecil dan UMNO besar itu kebanyakannya masih percaya bahawa mereka telah dan sedang mempertahankan hak bangsa Melayu. Apabila sudah begitu keadaannya maka sukarlah untuk menghentikan keterlanjuran. Payahlah nak memperbaiki keadaan.

Tanyalah pada pemimpin-pemimpin UMNO cawangan dan bahagian, nescaya ternyata survival bangsa bukanlah agenda penglibatan mereka dalam politik. Agenda mereka ialah habuan untuk diri dan keluarga. Sambil mengumpul seberapa yang dapat, terpaksa jugalah berkongsi habuan itu dengan rakan-rakan tertentu iaitu sesiapa yang boleh memudahkan misi peribadi yang asal.

Demi kedudukan dalam parti dan habuan untuk diri, Melayu UMNO tak pernah peduli hak atau masa depan bangsa. Hampir 2 juta hektar Tanah Rizab Melayu telah bertukar statusnya dan menjadi milik bangsa lain. Siapa punya angkara? Semua itu adalah hasil perbuatan Melayu UMNO. Bercambah tumbuh premis kediaman dan perniagaan bangsa lain di merata bandar dan pekan bahkan sampai ke kampung-kampung, siapa yang berkuasa memberi laluan? Undang-undang, polisi dan kelulusan adalah ditangan pihak berkuasa. Siapa yang berkuasa? UMNO!

Bangsa Melayu terus tercicir. Orang Melayu masih ramai yang miskin bahkan fakir. Pendapatan isi rumah keluarga Melayu adalah yang paling rendah berbanding bangsa lain. Hampir 40% hutang TEKUN, hutang MARA, hutang Micro Credit, hutang Amanah Ikhtiar dan hutang Ah Long tertunggak tak dapat dibayar oleh peminjam bangsa Melayu. Kebanyakannya ahli UMNO. Sebab apa? Sebab pendapatan terhad! Projek tak berdaya maju. Ruang peluang yang kecil. Bimbingan sekadar melepas batuk ditangga. Siapa yang paling mampu menyelesaikan masalah-masalah ini? Satu-satunya pihak yang boleh menyelesaikannya ialah kerajaan. Siapa yang menguasai kerajaan? UMNO!

Tanyalah pada wakil-wakil rakyat UMNO tentang agenda meningkatkan taraf hidup orang Melayu di kawasan mereka, nescaya terkebil-kebil Yang Berhormat itu nak menjawabnya. Kalau kebetulan teringat, Yang Berhormat akan jawab dengan cerita dana IKS, kemudahan pinjaman, program latihan kemahiran dan satu dua lagi program pembangunan yang dilaksanakan oleh beberapa kementerian. Program Yang Berhormat sendiri? illek poochik!

Masalah kedua tetapi lebih utama ialah pemikiran orang Melayu UMNO yang kebanyakan. Ahli biasa dan AJK UMNO cawangan. Jiwa UMNO kelompok ini lebih kental daripada pemimpin-pemimpin UMNO. Mati hidup balik pun tetap UMNO.

Pemimpin-pemimpin UMNO tahu bahawa pembelaan nasib bangsa bukan agenda UMNO. Pemimpin-pemimpin UMNO tahu pengkhianatan yang dilakukan oleh parti itu terhadap bangsa Melayu. Mereka sendiri pun sebahagian daripada pelaksana pengkhianatan itu. Tetapi perkara itu tak bolehlah diakui apatah lagi diberitahu kepada ahli-ahli biasa yang akan mengundi lagi dalam pilihanraya seterusnya. Perjuangan hak dan kedaulatan bangsa mesti terus dilagukan semerdu mungkin supaya pemimpin boleh terus berkuasa. Ahli biasa cukuplah dengan peruntukan seribu dua sekali sekala.

Bangsa Melayu perlu belajar sifir politik dan kehidupan. Melayu UMNO di kampung-kampung perlu menguasai ilmu hisab atau matematik. Melayu perlu belajar ilmu pentadbiran, ekonomi, undang-undang dan sejarah. Turun naik indeks komposit dan pergerakan nilai tukaran Ringgit-USD serta kaitannya dengan kehidupan kita, juga mesti diambil tahu. Bangsa Melayu perlu ambil tahu bagaimana dan ke mana leburnya berbilion wang rakyat di KWSP dan Tabung Haji. Bangsa Melayu perlu ambil tahu mengapa kediaman resmi Perdana Menteri dan Timbalannya disewa dengan nilai ratusan juta ringgit setahun. Melayu UMNO perlu ambil tahu kekayaan luar biasa anak menantu wakil-wakil rakyat mereka. Selagi ahli biasa UMNO tidak tahu semua perkara ini, maka selagi itulah nasib bangsa Melayu tak terbela dan malang sentiasa.

kifli berkata...

Pernah satu ketika dahulu, Persatuan Melayu Johor bangkit pada tahun 1946, mendesak Sultan Ibrahim Johor di gugurkan dari takhta. Pernah juga pada waktu yang serupa – Datuk Onn bin Jaafar diaporkan berkata– perbuatan raja-raja Melayu yang berhubung kait dengan isu Malayan Union adalah seperti mengusung jenazah Bangsa Melayu. Ada pula yang mengatakan bahawa sewaktu Malayan Union, kumpulan kepimpinan Melayu pernah mengatakan kepada Raja-Raja Melayu bahawa orang Melayu akan bangkit menentang Tuanku sekiranya Raja-Raja Melayu terus memperakui Malayan Union. Tindakan mentalkinkan Melayu seakan semakin hampir sekiranya Melayu masih bertelagah dan situasi pembunuhan bangsa seakan semakin dekat dengan apa yang sedang berlaku pada kita hari ini.

Politik bergolak dan pergolakan ini memecahbelahkan Melayu kepada tahap yang amat kritikal. Masing-masing tanpa disedari mengambil jalan untuk bertindak menyerang – menggunakan apa sahaja yang ada untuk menewaskan parti lawan yang lebih khusus terdiri dari orang Melayu. Tanpa mereka sedari tindakan inilah yang dikatakan mengusung jenazah Melayu itu sendiri.


Hari ini Institusi Raja-Raja terheret dalam kancah politik negara ini. Laungan Daulat Tuanku dan jeritan derhaka dan sembah derhaka timbul tidak semena-mena. Semua ini berlaku adalah kerana kedua-dua kumpulan Melayu dalam parti masing-masing sedang mempertahankan kedudukan politik mereka. Sadis bukan? Apa bentuk hala tuju politik orang Melayu hari ini? Kenapa ini harus terjadi? Adakah semuanya kerana kuasa – semuanya atas nama perjuangan hak dan kebajikan orang Melayu tetapi akhirnya menjadi senjata yang membunuh Melayu itu sendiri.


Masing-masing mendabik dada memperjuangkan orang Melayu. Semuanya mahu membela namun pembelaan itu lebih kepada melunaskan kehendak politik dan nafsu mahu memperoleh kuasa dalam negara ini. Ini semua akan memburukkan keadaan orang Melayu yang sudah sedia buruk sewaktu ini. Kedudukan Melayu yang semakin terhakis seakan tidak dipedulikan kerana perjuangan politik adalah perjuangan unggul dan perebutan kuasa seakan tidak mengambil kira kedudukan hubungan antara orang Melayu dengan Melayu sendiri. Keadaan semakin kritikal. Pertentangan seperti yang selalu di ungkapkan menguntungkan kaum lain. Tanah Melayu yang tergadai menjadi Malaysia bakal tergadai lagi dengan sikap dan keadaan politik yang semakin membimbangkan. Perlembagaan terus menjadi satu pegangan kontradiksi yang dipersoalkan. Akhirnya pergelutan semakin besar yang akhirnya akan menyaksikan negara ini terumbang ambing dan semakin meleset dari sudut sosiopolitik dan ekonomi.


Akhir-akhir ini kedengaran pula Institusi Raja-Raja mahu kekebalan raja-raja di laksanakan semula. Ini bagi Raja-Raja Melayu dapat menyelamatkan Institusi Raja-Raja dari terus di hina dan terus di heret ke kancah politik. Ini dikatakan perlu untuk menghalang tindakan-tindakan yang cenderung kepada derhaka kepada Kesultanan Melayu. Namun ini sebenarnya tidak akan menyelesaikan masalah pokok perpecahan di kalangan orang Melayu. Perpecahan di kalangan orang Melayu bukan kerana daulat dan derhaka tetapi lebih kepada politik Melayu itu sendiri. Melayu mempersoalkan kuasa politik orang Melayu dan lebih buruk menjual nilai dan martabat untuk mendapatkan kuasa demokratik. Pemegang kuasa politik Melayu hari ini juga tempang – sumbang dan tidak menampakkan nilai-nilai kesedaran mengenai persediaan mengapankan bangsa itu sendiri. Maka mahu tidak mahu kita akan mengusung kerana bangsa kita sendiri untuk di talkin dan terus dikebumikan. Lebih malang lagi jika yang mengebumikan bangsa kita – di tanah air kita dilakukan oleh orang lain – bangsa lain yang masih utuh pegangan persaudaraan dalam ikatan kaum mereka sendiri.


Maka Melayu perlu sedar bahawa bukan sahaja zaman gelap mereka akan muncul malah kedudukan mereka di tanah air ini juga akan terlucut dengan persengketaan yang sedang berlaku. Melayu harus terus diikat dan ikatan sesuai yang perlu ada adalah kesedaran kepentingan untuk sama-sama memperjuangkan hakikat dan kehadiran bangsa. Tidak ada siapa yang akan menangis dan meratap kehancuran bangsa melainkan kita sendiri.


Apa yang perlu bukan kekebalan raja – apa yang perlu bukan laungan slogan Hidup Melayu – apa yang perlu bukan jeritan derhaka, Daulat Tuanku dan Ketuanan Rakyat. Apa yang perlu adalah satu bentuk ikatan dan mungkin ini perlu dilakukan oleh penaung bangsa Melayu itu sendiri. Mungkin peranan DYMM Seri Paduka Baginda dalam mengikat kembali Melayu kepada satu ikatan perlu. Mungkin sudah sampai masanya kepimpinan Melayu diajak duduk bersama - Institusi Raja-Raja Melayu untuk berbincang dan ini tidak terhad kepada kepimpinan politik yang memegang kerajaan negara ini. Semua kepimpinan politik Melayu – NGO yang diiktiraf dan berdaftar – Ulama duduk pada persidangan Melayu untuk sama-sama membincangkan dan mengeluarkan ketetapan bagi memulakan langkah menyatukan orang Melayu pada kekuatan yang perlu ada bagi membela bangsa. Permasalahan Melayu dibincangkan dengan lebih jelas agar Raja – Raja Melayu dapat memainkan peranan yang lebih khusus dalam menyelamatkan Melayu dari terus lupus di tanah air sendiri.


Apa pun – jangan biarkan kita mengusung jenazah bangsa Melayu untuk dikebumikan.

kifli berkata...

Kenyataan Dr Mohd Asri Berhubung Isu Nama Allah


oleh Dr Mohd Asri

Saya bukan jawatankuasa PAS, atau orang Kelantan, namun bagi saya sesiapa yang menempelak kenyataan YAB MB Kelantan tentang isu nama Allah adalah mereka yang kurang jelas tentang akidah Islam, atau mempertahankan apa yang mereka tidak faham.

Saya telah tulis isu ini lebih setahun yang lalu dalam artikel saya yang disiarkan dalam MM bertajuk BEZA ANTARA MEREBUT NAMA ALLAH DAN MEMPERTAHANKAN AKIDAH. Saya telah kemukakan hujah dan alasan bahawa mereka boleh memanggil Tuhan dengan ‘Allah’. Al-Quran dan Sunnah membenarkannya. Akidah bukan diukur dengan panggilan, tetapi dengan membezakan antara tauhid dan syirik.

Majlis Fatwa Perlis semasa saya menjadi mufti membuat keputusan sebulat suara keharusan bukan muslim memanggil Tuhan dengan panggilan Allah. Jangan kita nak divert isu politik, kita bangkit isu agama, nanti agama menjadi mangsa permainan manusia.

Saya nasihat kepada yang bising isu ini, jika nak berjihad, biarlah kena pada tempatnya.. Ini bukan isu yang patut kita bertarung kerananya. Jika ingin melarang bukan muslim guna nama Allah jangan sebut Islam melarang tetapi beritahu mereka peraturan Kerajaan Malaysia melarangnya atas sebab-sebab tertentu.

Jangan jadikan isu agama nanti mereka hairan lain al-Quran cakap, lain pihak yang memakai jenama agama cakap. Apa yang patut JAKIM fikirkan adalah bagaimana cara agar bukan muslim dalam negara kita lebih faham dan suka dengan Islam”

-Dr. Mohd Asri,
Lampeter, UK.

bungaraya berkata...

Kita sebenarnya selalu melihat bahawa UMNO itu buruk dan terpengaruh dengan ucapan pemidato pembangkang dan terbaca dalam penulisan propagganda atau kerana sikap kita yang tidak pernah mengiyakan kebaikan orang lain. Banyak drp cawangan dalam otak kita yang digunakan ialah bahagian yang hanya bijak dalam mengkritik orang lain termasuk mengkritik UMNO.Bahawa kebijaksanaan kita dituju kearah kedurjanaan dan kearah sikap-sikap jelik dan membosankan. Tidak membawa kemajuan dan malah membawa kpd kehancuran bangsa. Dalam suasana kini, sikap itu sangat tidak bersesuaian sekali.
Benarkah UMNO hanya memberikan peluang kepada sanak saudara semata?
Benarkah selama ini golongan bijakpandai melayu yang mengaji tinggi-tinggi hanya keluarga Tun Mahathir, Tengku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Abdul Razak atau sebilangan besar pemimpin dalam UMNO? Benarkah usahawan IKS yang berjaya hasil perjuangan UMNO adalah keluarga pemimpin UMNO sahaja?
Tentunya jawabnya tidak.
Mereka berjaya kerana mereka berusaha. Kerana mereka rajin dan tekun serta memiliki ilmu pengetahuan yang mencukupi sebagai syarat kejayaan. Bukan kerana mereka berkeluarga dengan Najib misalnya seperti tuduhan Kifli. Jika adalah keluarga pemimpin yang mengecap nikmat hasil perjuangan UMNO, SALAHKAH?. Mereka juga berusaha dan tekun bekerja. Di Kawasan saya, tidak ada seorang pun yang bergelar Menteri maupun sekadar Timbalan Menteri. Namun ramai kaum melayu yang berjaya dalam bidang pendidikan dan perniagaan. Juga ramai yang meneruskan pengajian ke Universiti Azhar atas bantuan kewangan dari Kerajaan. Bukan salah pemimpin UMNO jika ada melayu yang masih merempat dan tidak memperolehi peluang dan ruang untuk berjaya. Salah individu melayu itu sendiri. Berbagai bantuan dan ruang telah kerajaan sediakan untuk melayu. Tapi melayu sendiri yang tidak mencarinya atau jika memperolehinya diAli Babakan? Kerajaan salahkah? Kerajaan juga tidak menggalakkkan Ali Baba.
Atau Kilfi sendiri masih terkongkong dengan sifat dan mentaliti subsidi. Semuanya adalah tanggungjawab kerajaan. Hatta menyuapkan nasi kemulut kita?.
Tambah menyedihkan dimana setiap hari kita dok asyik mengkritik kerajaan, tapi jika tang rezeki kita minta kerajaan bantu kita. Adilkah namanya tu.?

Kongsi Link Anda