Popular Today

Isnin, Mac 30, 2009

Terima Kasih Pak Lah

Ni aku pinjam ipohmalay punya...

Pak Lah
Kami bangga teramat sangat
Dirimu berundur dengan martabat
Demi kehendak mereka rakyat
Yang sudah pandai menulis riwayat
Dengan fitnah seumur hayat

Janganlah ini menjadi sebab
Akan bermula singkapan hijab
Naik turun menjadi kerap
Tukar PM andai tersilap
Kekuatan bangsa menjadi malap

Chedet tidak memegang tangan
Namun dirimu dibuang jangan
Khairy meragut darimu ketenangan
Dirimu tetap berhati ringan
Ambil langkah mencuci tangan

Cekalkan hati kuatkan sabar
Politik begini memang mencabar
Jalannya sempit bukanlah lebar
2004 tidur 2008 sedar
Ketentuan itu bersukat kadar

Kini dirimu telah bebas
Besarlah hati bergema syabas
Terpasang layar di laut lepas
Tanpa gelora datang menghempas
Lupakan politik usah diimbas

Ipoh Malay
Kg. Malay Reserve,
Tambun, Ipoh.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sama2lah kita tengok samada betul Dollah jujur, ikhlas dan amanah. Time will tell.

bungaraya berkata...

Pak Lah yang terbaik dan Nizar yang terburuk. Pak Lah yang berakhlak Pak Hadi yang tak senonoh.

Kongsi Link Anda