Popular Today

Jumaat, Mac 06, 2009

YANG TERBARU DAN MASIH PANAS.....

Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Kepala Batas, Amizudin Ahmat ketika sidang akhbar di Bukit Mertajam, hari ini, berhubung pendiriannya menggunakan media bagi mendedahkan penyelewengan membabitkan individu tertentu dalam parti itu agar pucuk pimpinan dapat bertindak. - Foto BernamaBUKIT MERTAJAM:

Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Kepala Batas, Amizudin Ahmat, berkata beliau terpaksa menggunakan media bagi mendedahkan penyelewengan membabitkan individu tertentu dalam parti itu supaya pucuk pimpinan dapat bertindak.

"Pendedahan melalui media bertujuan memberi tekanan kepada pucuk pimpinan parti," katanya susulan kenyataan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim, yang menegurnya kerana membangkitkan isu itu di media tanpa memaklumkan perkara itu kepada beliau terlebih dahulu.

Amizudin berkata, beliau dipanggil oleh jawatankuasa khas siasatan parti itu untuk disoal siasat pada Sabtu ini berhubung dakwaannya pada 26 Februari lalu, kononnya beliau mempunyai bukti mengenai pemimpin parti itu yang menerima wang daripada pengusaha kuari.

Katanya, beliau terkilan kerana dituduh mendedahkan perihal dalaman PKR Pulau Pinang kerana jawatannya sebagai Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai, tidak disambung. Amizudin berkata, beliau kecewa kerana tiada tindakan diambil terhadap pemimpin yang berkenaan walaupun beliau sudah menyerahkan dokumen berhubung isu itu kepada presiden parti pada 8 Januari lalu.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Member-member dalam PKR kenalah biasa-biasakan kena benda macam ni..takkanlah baru sikit dah nak melenting macam bang nuar awak-awak tu...takut lepas ni,member-member PKR pun mcm bang nuar pegi Amerika,jumpa Yahudi mintak tolong..biarlah bang nuar yang buat sorang..yang lain tu,insaf-insaflah sikit..dia buat mcm tu sebab geng-geng Amerika ,yahudi tu satu kapal macam dia...cuma dia tak pakai anting-anting aje..ya tak?

Tanpa Nama berkata...

bagusla tu.sekurang2nya PKR ni tengok juga orang die yang tak betul. ni asik nak cari salah orang je. bagus PKR teruskan usaha!

Tai berkata...

Ha, ok tu. Inilah pejuang tulen.

Kongsi Link Anda