Popular Today

Jumaat, April 03, 2009

PM untuk semua dengan konsep 'Satu Malaysia'

Parti-parti komponen BN - MCA dan MIC - melahirkan keyakinan mereka terhadap kepimpinan Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak dan memuji konsepnya mengenai 'Satu Malaysia - 1Malaysia '.

Najib, 55, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia yang keenam di Istana Negara pagi ini.

Sambil mengucap tahniah kepada Najib, jurucakap MCA, Lee Wei Kiat berkata, konsep 'Satu Malaysia' bertemakan perpaduan rakyat dan mengiktirafkan sumbangan semua kaum.

Menurutnya, Najib membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia menjalin persahabatan berasaskan rasa hormat menghormati dan percaya mempercayai yang dianggap semakin pudar kebelakangan ini.

Dalam satu kenyataan, Lee percayai konsep 'Satu Malaysia' mencerminkan satu model transformasi dan perubahan yang akan mengukuhkan lagi perpaduan nasional dan pembangunan.

Menurutnya lagi, adalah amat penting konsep tersebut menjamin tidak ada masyarakat yang terpinggir daripada apa jua bentuk pembangunan yang harus dinikmati oleh semua kaum.

Untuk perkembangan dan kestabilan negara, Lee berkata, rakyat Malaysia mesti akur kepada perintah undang-undang, kesaksamaan dan menolak diskriminasi dan rasuah.

1 ulasan:

mufid berkata...

yang pasti ada manusia yang menangis berguling-guling. syahdunya ari ni, membayangkan patutnya angkat sumpah tadi orang lain. tapi semuanya impian belaka. kepada pemuja-pemuja PM dalam impian itu sabarlah, tunggu le ... jangan buat tahana. kesian kat hangpa no!!! cek tak boleh nak tolon. hangpa kena tolon diri hangpa sendiri no. nak nangis lagi nih... sob...sob...sob...kesian!!!

Kongsi Link Anda