Berita gembira demi berita gembira diterima dipihak BN dan UMNO, terkini Datuk Mukhriz mengesahkan Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menyertai semula UMNO dalam tempoh sehari dua ini dan akan turut berkempen untuk calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
"Paling penting kepada saya, Tun Dr. Mahathir pulang ke pangkuan UMNO dan itu akan menjadi kenyataan dalam sehari dua ini," katanya kepada pemberita ketika melawat homestay Taman Joget di sini hari ini.
Dr. Mahathir, yang keluar UMNO pada Mei tahun lepas kerana kecewa dengan pucuk pimpinan parti, telah pun mengesahkan hasratnya untuk kembali menyertai UMNO minggu lepas semasa beliau hadir pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO.
Mukhriz, yang juga Anggota Parlimen Jerlun, berkata beliau tidak rasa kecewa atau sedih dengan kekalahannya merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti itu.
Katanya, beliau sedia menerima sebarang jawatan dalam kerajaan ataupun dalam parti jika diminta oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijadual mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang baru esok.
"Sekiranya Datuk Seri Najib melihat saya boleh menyumbang kepada kerajaan BN ini, maka saya tetap bersedia untuk menerima tanggungjawab itu," katanya.
Hidupm UMNO, Hidup Melayu Hidup Islam....
1 ulasan:
Ya encik, aku melompat kegirangan bila mendengar berita tu kat tv hari tu.
Catat Ulasan