Jumaat, April 03, 2009

YB Pakatan rakyat tidak berkualiti !

Seorang Ahli Parlimen dan 6 orang ADUN PKR bermasalah sepanjang 2008-2009 bermula dengan Anwar penyagak gila kuasa di Permatang Pauh kemudian diikuti lompat parti ADUN Changkat Jering, Behrang, kemudian perletakan jawatan Arumugam di Bukit Selambau seterusnya isu ADUN bogel di Bukit Lanjan dan terkini TKM1 Pulau Pinang diarahkan untuk letak jawatan

Semua ini mengambarkan sejauh mana kualiti Yang Berhormat dari Pakatan rakyat khasnya PKR! timbulnya perkara ini pasti menimbulkan banyak persoalan kepada apa yang sebenarnya berlaku dalam parti PKR!

Terbaru pula Ketua Bahagian PKR Bahagian Jerai bersama semua ahlinya meletakkan jawatan kerana tidak mempercayai lagi kepimpinan PKR khasnya Anwar Ibrahim!

itulah akibatnya memilih calon tak berkualiti dan tiada integriti, maka hari ini PKR dan pengundinya telah melihat 'muka sebenar' kebolehan yb mereka.

Ada yang yb india yang bodoh dan tak bermoral, yang cina pula tidak bermoral dan yang melayu pulak suka melompat..

Rakyat kini boleh merumuskan kualiti YB segera PKR yang dikutip di tepi2 jalan.

Kita melihat Speaker Perak yang bodoh, dahlah buat keputusan di luar dewan, tapi malangnya tak boleh dikuat kuasakan selagi tak disahkan di sidang dewan DUN. Itu yang Karpal Singh katakan, arahan yang tidak boleh dikuatkuasakan. Walaupun telah dinasihatkan namun kerana bodoh sombong dan angkuh. Tetap mengeluarkan arahan tersebut.

Kan terserlah kebodohan YB speaker ni, jadi siapa yang pilih? Kemudian ada pula Speaker Negeri lain yang satu tim yang tak kurang bodohnya kerana menyokong kawan speaker. Maklum lah Pas kan pak turut, orang suruh masuk longkang dia pun masuk longkang.

Dua orang YB pulak ada masalah moral, yang sorang dikatakan ada perempuan simpanan dan belasah bini orang, dan yang sorang lagi, tak pasal gambar bogel disebarkan di internet. Katanya pak we dia yang ambil gambar. Kan pelik mangsa berada dalam bilik, maksud nya yang pemangsa pun mestilah berada dalam bilik. Tengok gambar tu, si YB ni pun nyenyak semacam je.. Baik punya nyenyak.. He he he.... Sendiri mau ingat la..

Dan sorang lagi ialah YB TKM alahai Fairus, kata orang rasuah dan salah guna kuasa, dia pulak yang buat macam tu. Kata orang tua " paku dulang paku serpih, kata orang dia pula yang lebih" Ingatkan nak lari tap ditahan di Imegresen Johor.

Sorang lagi YB kata terima peluru buat kali kedua katanya, tapi sampai sekarang tak mati-mati lagi pun. Malah makin celupar mulut. Ini biasalah nak popular je?

Tapi siapa yang lebih bangang? Mestilah yang pilih dan undi mereka.

Ini akibat pilih calon segera tanpa melihat latar belakang, main belasah je pilih calon, ini lah akibatnya. Yang undi pun sama main pangkah je semacam, kira dua kali lima lah... Suka sangat main sentimen, ingat jenama PKR tu bagus sangatlah. Rupanya hancur,

Kita terlupa PKR berjuang untuk Anwar Ibrahim je.. Bukanlah institusi untuk melahirkan pemimpin, cuba namakan tokoh yang dilahirkan PKR.

Jadi kesimpulannya lepas ini, janganlah ditipu lagi oleh pemimpin Pakatan Rakyat dan PKR apatah lagi calon mereka yang entah apa-apa entah tak tahu dari mana?

Dan lepas ni tak payahlah undi mereka langsung. Kan senang hidup....

1 ulasan:

Sedingin Salju berkata...

Alahai encik, mi segera ma.

Kongsi Link Anda