Angin perpaduan dalam UMNO dan BN kini mula menjadi ribut bagi pihak pembangkang. Pembangkang mula risau dan takut kalah. Maka mulalah pakatan pembangkang menggunakan pelbagai cara keji untuk memenangi pilihanraya kecil Bukit Gantang ini.
Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin kesal dengan tindakan parti pembangkang yang menggunakan taktik kotor termasuk menyebarkan fitnah semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang. Perbuatan jahat parti pembangkang itu menunjukkan mereka semakin terdesak dan sanggup melakukan apa sahaja.
Beliau berkata 'Saya agak dukacita kerana parti lawan telah main kotor menabur fitnah dengan membuat pelbagai surat layang serta risalah yang kononnya datang daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Namun ianya bukan sesuatu yang perlu dikejutkan kerana tindakan menabur fitnah dan adu domba memanglah kepakaran pihak pembangkang.
Modus operandi mereka ialah menaburkan surat-surat layang yang kononya di tandatangani oleh S/U Bahagian UMNO kepada semua ketua cawangan UMNO untuk menimbulkan rasa tidak puas hati antara cawangan.
Nampaknya taktik keji pembangkang kini tidak lagi berhasil, UMNO kini lebih pentingkan perpaduan dan kerjasama berbanding untk berbalah sesama sendiri!
Masa sudah tiba untuk pembangkang ditumbangkan!
1 ulasan:
ya betul tu. Takut kalah tu encik.
Catat Ulasan