Popular Today

Khamis, Jun 04, 2009

JKKK Pakatan Rakyat terbukti bersalah kerana cuba menipu...



1. Sah...Berlaku salah guna kuasa dan cubaan memalsukan dokumen surat rasmi kerajaan. Lanjutan dari surat yang telah saya dan para peniaga lain terima seperti yang telah saya nyatakan dalam artikel sebelum ini (Klik sini) beberapa wakil peniaga dan wakil pemimpin masyarakat dari kerajaan terdahulu serta JKKP telah bertemu dengan Penolong Pegawai Daerah bagi mendapatkan kepastian berkenaan dengan status surat yang telah kami terima.

2. Seperti yang dijangkakan, pihak Pejabat Daerah mengaku tidak pernah mengeluarkan sebarang hitam putih berkenaan dengan isu pengambil alihan kuasa memungut sewa bulanan. Pihak Pejabat Daerah juga telah mengesahkan wujud kesangsian berkenaan ketulenan surat berkenaan dan mereka menolak sebarang perkaitan dengan pengedaran surat berkenaan.

3. Sehubungan itu, Penolong Pegawai Daerah telah membuat pengesahan rasmi dan menurunkan tandatangannya bahawa surat yang diedarkan oleh pihak JKKK Kerajaan Pakatan Rakyat kepada para peniaga merupakan surat palsu dan wujudnya unsur cubaan menggunakan nama dan mencemarkan nama baik Pejabat Daerah.

4. Pemilik premis hanya menantikan masa yang paling sesuai untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkenaan. Segala bukti-bukti yang boleh mensabitkan dan mengukuhkan sabitan sedang dikumpul sebelum laporan polis dibuat.

5. Pihak peniaga dan pemilik premis yang disewa yang selama ini telah menyelia tadbir semua premis perniagaan dengan baik berasa amat kesal dan kecewa dengan tindakan yang cuba diambil oleh Pihak JKKK Negeri. Pihak JKKK Negeri juga telah bertindak kasar dengan mengugut dan cuba menakut-nakutkan para peniaga untuk mengambil tindakan drastik termasuk merobohkan premis perniagaan jika pihak peniaga engkar membayar sewa kepada mereka.

6. Tindakan mereka ini boleh dikatakan saling tak tumpah seperti tindakan yang dikenakan oleh Along kepada peminjam. Adakah ini ciri-ciri kepimpinan masyarakat yang perlu kita ikuti dan hormati???

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda