Memanglah ini cara pakatan rakyat, hendak melihat peminpin dan penyokong BN melatah sehingga merayu-rayu kepada PAS untuk kerajaan Perpaduan.
Mujurlan BN tidak terbawa-bawa, kalau dilihat sebenarnya tak ramai pemimpin BN yang bercakap tentang kerajaan perpaduan. Itupun dah memadai DS Najib dan TS Muhyidin cucuk isu kerajaan perpaduan sehingga tidak senang penyokong PAS apatah lagi PAS Erdogan yang menyokong kuat ANwar Ibrahim.
Kalau dilihat seriusnya isu kerajaan perpaduan ini sehingga 'three stooges' ini (Hadi, Anwar dan Kit Siang) terpaksa tandatangan MoU untuk menjawab isu kerajaan perpaduan ini kerana hakikatnya PAS memang berpecah tetapi isu kerajaan perpaduan ialah isu kecil, tetapi isu Erdogan dan Ulama sehingga Husam tersingkir.
Saya dari dahulu berpendapat isu kerajaan perpduan ini adalah helah untuk kurangkan isu antara Erdogan dan Ulama dalam PAS. Kerana dengan isu kerajaan Perpaduan ini mereka boleh mengaitkan UMNO dan dituduh sebagai boneka UMNo walaupun isu ini bukanlah UMNO yang timbulkan.
Walaubagaimana pun kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO ianya adalah hati nurani ramai orang Melayu khasnya mereka yang atas pagar dan tidak berparti. Kini mereka boleh melihat sejauh mana keikhlasan PAS terhadap perpaduan Melayu dan Islam di negara ini.. mungkin ini sedikit sebanyak boleh memberi kesedaran mengenai politik sempit PAS ini.
Walau apapun UMNO perlu terus memperjuangkan hak Melayu dan Islam walaupun bersendirian dan terus melakukan reformasi dalaman dan luaran dengan lebih drastik lagi. Tugas dakwah UMNO belum terhenti, dakwah kepada kesatuan dan perpaduan, dakwah berpegang kepada tali Allah, dakwah membangunkan umat Melayu dan Islam, Dakwah menjadikan negara ini 'baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur' dan 'khairun nas' serta khaira ummah'. Islam ialah agama yang universal yang UMNO boleh bersama menjadi alat bagi menyebarkan dakwah Islam. Islam yang sebenar dan bukan Islam yang bertopengkan politik sempit dan berkepentingan.
UMNO ialah reformis kepada Melayu dan Islam di negara ini sehingga Malaysia menjadi sebuah negara Islam contoh dan merubah sosio ekonomi orang Melayu pada hari ini.. berapa ramai orang Melayu yang berjaya pada hari ini kerana dasar kepentingan orang Melayu, walaupun sebenarnya mereka tidaklah layak dari segi merit namun disebabkan kouta iaitu hak istimewa mereka, maka mereka berpeluang untuk melanjutkan pelajaran dan berjaya pada hari ini sebagai doktor, guru, jurutera dan sebagainya. kerana inilah tujuan utama perjuangan UMNO..
1 ulasan:
Perkara ini sudah menjadi kebiasaan dalam permainan pemimpin pas..sejak dahulu lagi mereka bercakap tak serupa bikin dan kemudiannya akan menyalahkan puak umno sedangkan isu dimulakan oleh mereka..sebab itu lah orang tua dahulu tidak mempercayai parti pas untuk memerintah ..tetapi sekarang ini penyokong pas terlalu taksub dengan pemimpin mereka ..walaupun dihati terasa berdetik akan kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin mereka ..tetapi disebabkan rasa ego dan malu ..mereka terpaksa menerima semua perkara yang dilakukan oleh pemimpin mereka dengan merelakan diri dipergunakan.
Catat Ulasan