Popular Today

Selasa, Jun 02, 2009

Utusan berjiwa besar!

Ramai yang menghentam utusan suatu masa dahulu apabila Utusan mengeluarkan artikel bertajuk 'Melayu Bersatulah!'. Kali ini Utusan sekali lagi dihentam khasnya oleh akhbar Cina apabila utusan mengeluarkan artikel 'Melayu diikhianati'.

Terkini utusan ditegur oleh TPM atas artikel tersebut. Harap utusan jangan berkecil hati, Tiada yang bersalah, Utusan menjalankan tugasnya sebagai wadah perjuangan orang Melayu sejak dahulu lagi dan Muhyidin dengan tugasnya pemimpin kepada semua kaum...

Apa yang utusan dan Muhyidin kata semuanya betul dalam konteks masing-masing. Di harap utusan selepas ini terus memberi kefahaman yang utuh kepada kaum Melayu mengenai suasana politik sekarang. Apa yang ditulis Utusan adalah betul, Melayu sebenarnya berhadapan dengan ancaman survival Melayu. 

Orang bukan Melayu dihasut oleh parti politik tertentu yang sengaja menjadikan Melayu sebagai alat untuk dihentam dan dijadikan sebagi perkauman walaupun Melayu hanya mahukan hak mereka di kekalkan. Adakah ini perkauman. 

Persoalan : Adakah pengkhianatan kaum bukan Melayu ini benar-benar berlaku ataupun tidak?. Memang benar pengkhianatan ini memang pengkhianatan yang 'real'.  Apa yang awang Selamat katakan :  

  • Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.
  • ''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara.
  • Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.
  • Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:                                                                                                                                                     ''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?
  • "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''. Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.'
  • Hal ini tidak lagi menjadi peringatan kepada kaum lain. Semua mengaanggapnya sebagai satu sejarah.. bahkan mereka kini mula mengkhianati dan memijak kaum Melayu. 
  • Namun peranan dalangnya lah seperti DAP, PKR, PAS dan Gerakan yang membuat  kaum lain ini terus membenci Melayu. Mereka sendiri yang mahu menikam kaum Melayu, melemahan kaum Melayu sehingga Melayu sendiri terpaksa mengemis untuk mempertahankan hak mereka.
  • Politik durjana pembangkang telah menyebabkan Melayu dikhianati... Pembangkang amat membenci Melayu!.. mereka mahu hak Melayu di hapuskan termasuklah PAS. Mereka kata Melayu Perakauman kerana mereka mahu mempertahankan hak mereka. Nik Aziz pernah mengatakan mereka sedia mengatakan PAS sedia menerima MB dari yang bukan Melayu selagi ianya orang Islam... Namun jika MB bukan Islam adakah PAS akan menerima... Adakah ini semua kaum bukan Islam boleh menerima cara PAS ini sebagai diskriminasi agama!
  • Sudah cukup pembohongan yang dibuat oleh parti pembangkang.. mereka menipu rakyat dengan berkata di depan lain dan dibelakang lain.. BN sahaja yang berani  bercakap benar kepada pengundi mereka kerana mereka jujur atas perjuangan mereka!
Orang Melayu perlulah ambil aktibar dengan apa yang dikatakan oleh Awang Selamat. Tujuannya ialah untuk orang Melayu perlu faham dan sedar serta bersatu dalam menangani cabaran politik durjana pihak tertentu yang mahu menjual Melayu!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ok now lets talk a bit about history. In the first place the Chinese and Indians were forcefully brought from their country of origin to work on the tine mines and the rubber estates.They didnt come on their own free will. And as ZI said, when the time came for independence--the British had insisted that the non-malays should be accorded citizenship if they were to grant independence.
So now the existence of the non Malays in Malaysia was the work of the colonial masters--hence why are their children and grandchildren--who are rightful citizens of this country be discriminated and accused of making extreme demands, when they only asked for their rightful share in the Malaysian context.The Umno leaders have been robbing the country of billions in the name of NEP. I dare say not many Malays benefitted from the NEP--only the well connected Umnoputras.
You said the Malays are an accomodationg race and if the non malays dont disturb than they wont disturb. So the NEP give you all the right to sapu everything, 95% civil servants,90% in unversities,business rights like AP monopoly, in short you want to be the Ketuanan Melayu and the non Malays should just shutup and let you all do all the nonsense.
Keputusan pilihanraya kecil yang diadakan di beberapa tempat telah membuktikan Melayu sendiri telah bosan dengan Umno yang berasuah dan berskandal--yang paling baru--PKFZ--RM12 billion telah dicuri oleh UMNO dan MCA. Umno cuba mainkan sentimen perkauman untuk memperkayakan pemimpin pemimpin korup Umno.

Anti Umno

Kongsi Link Anda