Rabu, Julai 15, 2009

Analisis Manik Urai - gerhana bulan dan kejayaan terbesar BN

Apakah dasar kepimpinan Najib dan peranan yang dibantu oleh Muhyidin membantu BN 'hampir' menewaskan PAS di kubunya 'Manik Urai'.. atau sebenarnya memang punca dari perpecahan dalaman PAS yang umpama api dalam seka.

Ada orang yang berseloroh, itu jika Nik Aziz tiada rasanya PAS akan kalah... mereka ni masih ada seikit hormat pada Nik Aziz.. itulah akibat ego yang terlalu kuat dan terlalu angkuh...

Dalam pilihanraya umum tahun lalu, calon PAS Ismail Yaakob mendapat 5,746 undi dan calon BN, Zulkepli Omar mendapat 4,394. Ismail menang dengan majoriti 1,352 undi.Sebelum itu, pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Fatah Harun dengan yakin menyatakan bancian awal jentera pilihanraya kecil tersebut menunjukkan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah "menang dengan majoriti hampir 2,000 undi".

Namun apa yang terjadi sebaliknya, ini bermakna 2000 undi majoriti yang PAS kira sebagai mengundi mereka telah berpaling arah dengan mengundi BN... Akibatnya keadaan itu berubah pada kira-kira jam 7 petang apabila para penyokong BN pula dilihat begitu gembira apabila mendapat tahu calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendahului dengan 30 undi.

PAS menang dengan 65 undi. Apa yang tidak kena dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai?

Walaupun tewas, Umno sudah pastinya akan melaungkan bahawa pengaruh parti itu sudah semakin pulih sejak krisis kepemimpinannya dan prestasi buruk pilihanraya umum 2008. Manakala pengaruh PAS khususnya, dan Pakatan Rakyat amnya, semakin terhakis.

Kehadiran tokoh-tokoh besar Pakatan - Datuk Seri Anwar Ibrahim dari PKR dan Lim Kit Siang dari DAP. Manakala Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat pula mengetuai jentera pilihanraya PAS di Manek Urai nampaknya tidak memberi kesan besar sebagaiman sebelum ini..

Manakala jentera pilihanraya BN, khususnya Umno, diketuai oleh Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama dengan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed. Harapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak untuk menjadikan pilihanraya kecil DUN Manek Urai sebagai petanda berakhirnya kekalahan BN dalam siri pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum 2008, begitu hampir menjadi kenyataan.

Namun, kemampuan BN menghakis majoriti PAS - daripada 1,352 undi kepada hanya 65 undi - boleh dianggap satu kejayaan terbesar kepada BN di Semenanjung dalam enam pilihanraya kecil.Apatah lagi, DUN Manek Urai merupakan kubu kuat PAS selama ini. BN hanya berjaya merampas DUN tersebut pada pilihanraya umum 2004 dengan majoriti tipis 53 undi.

Adakah ia ada kaitan dengan 'ketegangan' dalam kepimpinan PAS berhubung isu cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno? Atau pengaruh Nik Aziz, yang begitu lama memimpin PAS, kini kian merosot?

Apakah kepimpinan PAS sudah dapat menghidu masalah tersebut dan bersungguh-sungguh berusaha untuk memastikan seramai mungkin pengundi Manek Urai yang tinggal di luar Kelantan - termasuk 867 orang di Selangor dan Wilayah Persekutuan - balik mengundi?

Malah, satu majlis mengenainya telah diadakan di sebuah hotel di ibu negara yang dihadiri sendiri oleh Nik Aziz dan juga exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa. Malah, pagi tadi, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar turut mengakui bahawa PAS mampu mengekalkan kerusi DUN Manek Urai tetapi “dengan majoriti yang berkurangan”.

Kalau di Kelantan sendiri, yang sudah 19 tahun ditadbir oleh PAS, ia menang tipis di Manek Urai, bagaimana pula dengan nasib kerajaan Pakatan di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor yang masih setahun jagung?

Jika dilihat trend ini, perkembangan positif untuk BN dan UMNO bagi menghadapi Pilihanraya Umu ke -13... namun ianya bukanlah sesuatu yang selesa dan UMNO perlu kembali bekerja eras dan ikhlas membantu rakyat demi memperjuangkan hak mereka.

1Malaysia, Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan...

5 ulasan:

Adham berkata...

Pada pendapat saya kerajaan Pas pimpinan Nik Aziz semakin tidak diterima oleh rakyat. Dalam blog pembangkang menyiarkan mereka bangga dengan peratusan keluar mengundi yang banyak tetapi kenapa mereka hanya menang tipis.

Ini adalah signal bahawa kerajaan BN adalah semakin diterima rakyat

zulmin berkata...

hehehehahaha...
yg penting dpt merapu...

ajijasin berkata...

salam alaikum...

undi = 10631
pas = 5348 = 50.30%
BN = 5283 = 49.69%
undi rosak = 117 = 1.10%

beza undi pas dan BN
cuma 65 = 0.61%

tak sampai pun 1% pun!!!!!

kalao ikut laporan dalam banyak surat khabar hari ini itulah jumlahnya!!!!!

jumlah yang mengundi = 10631***

pas = 5248
BN = 5283
undi rosak = 117
jumlah sepatutnya = 10748***

mengapa jumlah keluar undi
dengan jumlah sepatutnya berbeza!!!!!!

macam mana dia orang kira?????
tak faham aku?????

allooo bro ngkao tolong fahamkan aku!!!!!

5348 + 5283 + 117 = 10748!!!

yang mengundi = 10631!!!

Media Siber berkata...

ya betul tu adham .. dah tua kerepot makin lama makin melalut... sape nak terima si tua yang hanya pandai nak memburukkan orang lain?

UMNO BAHAGIAN LIPIS berkata...

Bukti sudah jelas kemerosotan sokongan rakyat kepada kerajaan PAS pimpinan Tok Guru Sesat lagi menyesatkan.

Kongsi Link Anda