Isnin, Julai 13, 2009

Tiada kebebasan bersuara - Speaker Selangor arah Khir keluar

Mereka ini selalu melaungkan isu kebebasan bersuara... rupanya hanya suara mereka sahaja yang bebas bercakap... tetapi bukanlah suara orang lain... inilah hipokrasi dan penipuan pekatan rakyat terhadap rakyat malaysia....

Hari ini di Shah Alam, Khir diarah keluar dewan, Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini hangat apabila Ketua Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo diarahkan keluar daripada dewan.

Arahan yang buat boleh Speaker, Teng Chang Khim yang dibuat kira-kira pukul 11.55 pagi itu dikeluarkan setelah Mohd. Khir enggan menarik balik perkataan 'Speaker bias' serta memohon maaf mengenai perkara itu.

Mohamad Khir mengeluarkan perkataan itu apabila mempertahankan tindakan beliau menerusi penguamnya yang mengemukakan surat saman kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng suee Lim di kawasan letak kereta bangunan DUN, Khamis lalu.

Rakyat perlu menilai tindakan Pakatan Rakyat yang hanya pandai bercakap bohong dan tidak berani menerima kritikan...

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda