Popular Today

Jumaat, Julai 10, 2009

MU - Us Nasharudin dikuarintin H1N1

Us Nasharudin dikuarintin H1N1 (hadi 1, n.ajiz 1).... ini mungkin menjawab persoalan kenapa beliau tidak dibenarkan datang ke MU.

Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengajak Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin untuk turut sama berkempen di Manik Urai kerana isu itu sudah menjadi isu besar di kalangan pengundi parti itu di sini.

Nik Aziz terpaksa menarik balik larangan awal kepada Nasharuddin setelah wujud tekanan dari sebilangan besar pengundi parti itu di sini yang marah melihat kemelut dalaman Pas yang tiada kesudahan.

"Walaupun Nasharuddin nak datang berkempen tapi asasnya dia dilarang dari awal untuk datang kempen….jadi bila benda ni dah jadi isu dan sebilangan besar penyokong Pas di Manik Urai marah barulah Nik Aziz kata Nasahrauddin kena datang.

"Tapi yang kita tahu pada awalnya memang ada larangan yang dikeluarkan bahawa Nasharuddin tak boleh berkempen di sini", katanya.

Larangan untuk Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin Mat Isa untuk berkempen serta ketiadaan poster Presiden dan Timbalan Presiden Pas yang digantung di Manik Urai tegas beliau lagi menunjukkan kemelut dalaman Pas belum lagi selesai.

"Perpecahan Pas memang ketara dan serius sebab itu penyokong Pas nak tolak calon mereka kali ini sebab mereka nak tunjuk protes mereka tentang apa yang sedang berlaku dalam Pas", ujarnya.

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda