Ahad, Ogos 02, 2009

Pakatan Rakyat mesti bertanggungjawab atas kerugian peniaga

YB Ahmad Maslan mncdgkn agar peniaga2 trmasuk SOGO yg mgalami krugian akibat demonstrasi jalanan semalam mghantar tuntutn ganti rugi kpd PKR,DAP,PAS & GMI.

Cadangan ini sangat tepat kerana demonstrasi ini yang menyebabkan peniaga ini kerugian, mengganggu aktiviti ekonomi negara dan mengganggu ketenteraman awam. Rasanya mereka yang berasa ketenteraman awam mereka terganggu patut saman Pakatan Rakyat.

Tindakan polis juga harus dipuji, tiada tolak ansur bagi mereka yang mencemarkan perlembagaan negara. Negara ini bukan negara untuk berdemonstrasi. Hakikatnya polis hanya menjalankan tanggungjawab jawab mereka untuk menjaga keselamatan orang ramai.. Maksudnya jika hanya 20,000 yang membuat demonstrasi, maka polis menjaga ketenteraman 25 juta penduduk Malaysia. 20,000 bukanlah suara rakyat tetapi suara mereka yang diperkudakan dan dibodohkan Anwar Ibrahim dan proksinya...

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau setakat peniaga rugi RM 100-200j, tak de masalahlah nak bayar pampasan, Kerajaan PR P.Pinang, Selangor & Kedah dengar kata dulu, dah pikat pelabur asing nak melabur berbilion RM kat negeri mereka, tentu dah banyak untung! Belum kira yang US salurkan dana, gangsters bagi komisen, PAS kutip derma lagi, duit curi pasir/balak, cukai premis maksiat. Mungkin mereka yang terkandas dalam ambulans, kenderaan rosak sangkut dalam kesesakan jalanraya, penumpang terlepas flight,pemandu teksi, pengusaha hotel, orang nak kahwin & ada functions, DBKL, Masjid Negara, Syarikat LRT, Hospital & Bukit Aman patut claim gantirugi. SBD.

eXception berkata...

Ha ha ha ha, aku rasa antara jumlah terbesar tuntutan tsb ialah Alam Flora dan DBKL... Alam Flora terpaksa bersihkan sampah sarap yang ditinggalkan beruk-2 ni... DBKL pula terpaksa menanggung rugi akibat prasarana awam rosak...

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

orang kebanyakan berkata...

betul.. betul.. betul.. tapi sapa pulak nak tanggung.. penderitaan anak, bini dan famili tahanan isa? berapa banyak kasih sayang, nafkah yang anak bini diorang tak dapat.. Kena tahan tanpa bicara.. tak dihadapkan dimahkamah.. tak dibuktikan di mahkamah terus kena kurung.. dan yang paling dahsyat tak tau bila boleh dibebaskan.. Tak giler ke? kalau korang kena macam tu macam mana? kena kurung tapi tak tau dibebaskan bila.. Kalau jatuh hukum boleh gak menghitung hari bila nak bebas..

Kenapa tak dibicarakan kalau betul diorang bersalah.. keluar la bukti..bawa saksi.. kalu betul salah hukum.. habis cerita.. Kenapa xbuat macam tu.. takut ke? atau ada agenda tersembunyi? Lu orang fikir la sendiri.. assalamualaikum..

Aspirasi berkata...

Lain kali kalau tak mahu penderitaan anak, bini dan famili... jangan ganggu ketenteraman awam jangan ganggu keselamatan negara, jangan gugat perpaduan kaum...

yang hang jolok sarang tabuan apa pasal... bukan salah kerajaan tahan ISA.. hang sendiri yang buat anak, bini dan famili susah....

fikir lah beb...

Kongsi Link Anda