Ahad, Oktober 18, 2009

Apalah sangat pemberian air percuma pakatan rakyat

Rakyat jangan terlalu terpesona dengan pemberian kecil pembangkang. DS Najib mengingatkan rakyat agar tidak terpesona dengan pemberian tidak seberapa pembangkang sehingga lupa jumlah RM22 bilion yang diperuntuk kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membiayai pelbagai subsidi dan insentif tahun ini.

"Dari itu, janganlah kita mudah terpesona dan terpukau dengan pihak pembangkang semata-mata kerana air percuma dan sedikit kenaikan elaun. Setidak-tidaknya ingatlah sedikit akan jasa-jasa kerajaan pimpinan Umno yang telah berbudi selama puluhan tahun. "Kata orang janganlah kerana kemarau sehari, rezeki hujan yang setahun sudah dilupakan,”

Sedar atau tidak, kata beliau, sudah banyak yang kerajaan lakukan demi kesejahteraan rakyat.

-Sektor pengangkutan dan tenaga:

  • RM9 bilion untuk petrol, LPG dan diesel;
  • RM2 bilion untuk program rebat tunai;
  • RM600 juta untuk pampasan tol;
  • RM150 juta untuk kadar elektrik; dan
  • RM45 juta lagi untuk pengangkutan udara luar bandar serta rel pantai timur.


-Sektor pertanian dan makanan:

  • RM600 juta untuk subsidi padi;
  • RM400 juta (beras);
  • RM275 juta (baja);
  • RM210 juta untuk tepung gandum; dan
  • RM89 juta untuk roti.


-Sektor pendidikan:

  • RM2 bilion telah diagih dalam bentuk bantuan kepada pelajar sekolah khususnya di bawah projek pelajar miskin;
  • M411 juta untuk bantuan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA); dan
  • RM374 juta untuk guru dan penyelia kelas agama dan fardu ain (Kafa), elaun guru takmir termasuk elaun imam serta ketua-ketua kampung.


Jadi apalah sangat dengan pemberian air percuma Pakatan Rakyat tu jika hendak dibandingkan apa yang diberi kerajaan BN sepanjang 52 tahun lalu.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

HIDUP UMNO! UMNOHUAKBAR!

Tanpa Nama berkata...

ye la tu bukan duit UMNO tp duit rakyat.subsidi yg UMNO bg tu semuanya dri duit rakyat.PR bg air free pun ko nk bising.tu pun dpt jgk dri x dpt langsung.di ulangi SUBSIDI YG KERAJAAN BAGI ADALAH DARIPADA DUIT RAKYAT.ade paham!!!!

Tanpa Nama berkata...

Mana ada air free di Selangor?? Jangan lah jadi bahlol !!!

Kalau air free bermakna kita tidak perlu bayar satu sen pun !!!

Kalau bil air kita RM 50 sebulan, kita cuma hanya dapat potongan RM 10 sahaja. RM 40 tetap kita bayar kepada SYABAS.. mana ada air free..??

Bodoh.. bahlol... bangang..stupid..moron..pigs..goblok..

My Longest Yard berkata...

Anon 605,

Mmg benar itu duit rakyat. Tapi kerajaan telah menyalurkan duit tersebut kepada kita semula. Cuma bentuknya berbeza iaitu melalui pembangunan infrustruktur atau lain-lain.

Mungkin kita tak dapat kemudahan tu sepenuhnya sbb tumpuan kerajaan kepada golongan yang lebih memerlukan.

Nak tanya..air free PR tu ada lagi ke skrg?

Aspirasi berkata...

ooooo.. kalau macam tu kira pakatan rakyat bohong la.. mana ada air free..

Aspirasi berkata...

kalau tak de air free... apa yang sengal sangat penceramah Pakatan Rakyat melalak.. kata bagi air free kat rakyat selangor..

Kongsi Link Anda