Popular Today

Sabtu, Oktober 24, 2009

EGM PAS - MASA SESUAI UNTUK ERDOGAN HAPUSKAN ULAMA

EGM atau mesyuarat agung khas bukan sahaja melanda MCA bahkan akan melanda PAS. Nampaknya angin ribut taufan sedang melanda PAS apatah lagi angin ini dibawa oleh Nik Aziz iaitu presiden PAS Erdogan.

Banyak blogger PAS yang suka... tetapi dalam suka mereka risau dan bimbang dengan perpecahan yang bakal berlaku dalam PAS. Hakikatnya apbila Nik Ajis keluarkan kenyataan ini PAS kini telah berpecah dua dan kali ini adalah lebih parah.

Sebagaimana kata blog PAS (di sini) PAS, Jika ia menjadi kenyataan, ia akan mencatat satu sejarah, kerana biasanya peringkat akar umbi atau AJK Pusat yang tidak berpuashati dengan pimpinan yang mendesak diadakan Muktamar Khas Luar Biasa mengikut lunas-lunas perlembagaan parti, tetapi kali ini idea tersebut dilontar sendiri oleh Mursyidul Am PAS.

Apabila idea itu dilontar sendiri oleh Mursyidul Am, maka 'orang-orang' kuat PAS pun dengan tiba-tiba memberi wala' kepada Mursyidul Am. Ramai 'orang-orang' kuat telah pergi terlampau 'jauh' sehingga ada yang berani mengatakan, jika Presiden dan Timbalan Presiden PAS serta beberapa orang kuat Presiden di Terengganu dinyahkan maka Pakatan Rakyat akan belayar dengan licin.

Sekarang seolah-olah menjadi satu trend dalam PAS, kalau nak jadi pemimpin yang disayangi oleh 'orang-orang' kuat PAS, yang tak sabar-sabar nak perintah Malaysia, yang tak sabar-sabar nak memenangi setiap kali PRK dan PRU, mereka mesti berani beratib dengan perkataan yang 'lembut-lembut' seperti 'pergi jahanamlah UMNO', 'pergi mampuslah UMNO', 'UMNO - - - - -', ah terlalu banyak, tak termampu saya nak nyatakan disini. Tak tergamak untuk membongkar semuanya di sini kerana takut meludah kelangit, terpercik kemuka sendiri.

Nampaknya usaha pihak erdogan sudah tidak sabar jatuhkan pihak ulama dalam PAS dan keadaan ini tidak berkesudahan... dan ini adalah masa sesuai untuk puak erdogan membalas dendam kerana masa amat bersesuaian.

Kerana apa masa bersesuaian?... iaitu masa ahli PAS menyalahkan kepimpinan PAS apabila kalah di Bagan Pinang. Ianya masa untuk dijadikan kambing hitam oleh puak erdogan ini untuk menjatuhkan ulama kerana sentimen kebencian kepada puak ulama yang dikatakan pro muzakarah telah menyebabkan kekalahan di Bagan Pinang dan yang lebih parah adalah PAS kini telah ditolak oleh pengundi bukan Islam.

Punca kekalahan PAS di Bagan Pinang sering dikaitkan dengan isu Hassan Ali dan ramai lagi tokoh yang Pro Muzakarah sehingga menyebabkan Nik Aziz melenting dan terus menyarankan EGM dengan menggunakan sentimen kebencian kepada Hj Hadi atau puak ulama.

Nampaknya jika ini berlaku, Terengganu akan kekal di tangan UMNO pada pilihanraya umum ke-13 kerana ini bermakna menyisihkan kepimpinan PAS terengganu yang seterusnya menyebabkan PAS terengganu lemah.. tetapi apa salahnya PAS kalah hanya di Terengganu tetapi di negeri lain PAS menang dengan bantuan Pakatan Rakyat..

Inilah masanya puak erdogan untuk jatuh puak ulama... tiada masa lain yang lebih sesuai dari sekarang!

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda