Selasa, Oktober 20, 2009

Krisis PKR Sabah Bukan Baru

KOTA KINABALU, 20 Okt (Bernama) -- Krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah bukan sesuatu yang baru, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman Selasa.

"Dari dulu lagi PKR tiada haluan. Mereka tidak mampu menjadi pemimpin dan tidak layak untuk mewakili rakyat," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas laporan mengenai tindakan 18 daripada 23 ketua bahagian PKR Sabah membantah pelantikan Naib Presiden Azmin Ali sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Negeri.

Pada 17 Okt lepas, seorang lagi Naib Presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kitingan dilaporkan berkata perpecahan dan kemelut dalaman PKR semakin kritikal berhubung bantahan terhadap pelantikan Azmin.

Musa berkata permasalahan yang dihadapi PKR bukan sesuatu yang di luar jangkaan.

"Rakyat tahu menjadi hakim," katanya.



-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda