Popular Today

Sabtu, Oktober 31, 2009

Rahsi PAS terdedah : IKRAR LAFAZ TAKLIK UNTUK ELAK YB PAS LOMPAT PARTI


The Unspinners telah dedahkan perkara ini seawal September 9hb, 2009. Kemudian kami ulangi sekali lagi pada September 28hb, 2009 sebelum PRK Bagan Pinang.

Kini Mahaguru 58 - seorang blogger yang berkecuali dalam politik dan tidak malu kepada publisiti dan perhatian - mengulang perkara sama. Beliau baru saja mengatur pertemuan antara blogger-blogger dengan Dato Dr Hasan Ali dan Nasharuddin Md Isa.

Pertemuan itu telah menimbulkan kontroversi disebabkan ada blogger yang tidak datang tidak beretika pula. Kalau tuan punya badan minta jangan dihebohkan perkara sensitif tertentu, usahlah dihebohkan. Hormatilah permintaan. Kalau dalam kewartawanan, dia dipanggil maklumat off the record.
Tulisan blog beliau berkenaan Ikrar Lafaz Taklik adalah dipetik berikut:

Hanya benda ini saya nak kongsi dengan anda pembaca budiman.

Ini pun setelah saya menelefon meminta pengesahan akan perkara ini dari salah seorang pemimpin tertinggi PAS yang merupakan sahabat saya.

Saya juga telah mendapat izin pemimpin PAS Pusat ini untuk menceritakan perkara ini didalam blog saya ini.

Ianya adalah tentang kebenaran bahawa barangsiapa sahaja calon pilihanraya PAS yang dipilih untuk bertanding didalam Pilihanraya Kecil atau Pilihanraya Umum samada untuk jawatan ADUN atau Ahli Parlimen dibawah tiket PAS, maka mereka terlebih dahulu diwajibkan menandatangani ikrar lafaz taklik akan menceraikan isteri jatuh talak tiga SEANDAINYA mereka setelah menang pilihanraya tersebut mengelat mengkhianati PAS dan lompat ke parti lawan!

Ini adalah diantara perkara yang didedahkan oleh pimpinan PAS dimajlis dailog itu.

Memang saya tidak menyangka sama sekali bahawa adanya peraturan seperti itu diwajibkan oleh PAS!

Memang brutal tetapi ternyata amat berkesan sekali!!!
Harap tuan-tuan dan puan-puan pembaca dan blogger tolong sebarkan perkara ini.

Sesiapa yang wartawan tolong tanya perkara ini kepada pemimpin-pemimpin PAS. Gembar gemburkan perkara ini supaya rakyat tahu perakra sebenar. Betapa jijik sekali politik PAS hingga mengguna ugama untuk kuasa politik.

Ini menunjukkan ulama dalam PAS bukan ulama tetapi orang yang menggunakan ugama sebagai alat saja untuk berkausa. Ini adalah perkara yang keji dilakukan oleh PAS demi kuasa hingga sanggup memperalatkan kesucian rumahtangga sebagai bahan cengkeram atau ugutan.

Memang layak PAS dipanggil sebagai Parti Ajaran Sesat.

sUMBER : Selalu ada yang baru

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Agaknya sebab itulah DAP berani kata macam-macam terhadap Hassan Ali.

sasha2020 berkata...

Betul jugak...mungkin kot. Tentu Hassan Ali tak akan keluar PAS..

Tapi bukan PAS aje yg buat perjanjian macam tu. Ingat tak kat Perak, semua ADUN Pakatan Rakyat pun ada sign borang tak bertarikh.

Kalau mereka join parti lain, maka terlucutlah jawatan ADUN mereka. Sebab tu, 2 ADUN PKR dan 1 DAP, keluar parti jadi bebas dan bukan join Parti lain.

Mereka ni munafik. konon cakap pasal demokrasi dan kebebasan bersuara. Yg merka buat ni apa ceritaaa????

Kongsi Link Anda