Jumaat, November 13, 2009

Isu kepala lembu: ADUN Pakatan selar MB S'gor

Wakil DAP Kota Alam Shah, M Manoharan berkata menteri besar tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan tersebut kerana "mengetahui Umno memang terlibat dalam perarakan tersebut".

"Saya tak setuju bila menteri besar kata Umno tidak terlibat, saya tahu Umno terlibat dalam perarakan kepala lembu," katanya ketika membahaskan bajet 2010 di DUN Selangor hari ini.

Manoharan yang tidak membuktikan bagaimana beliau mengetahui perkara itu, juga berkata, Khalid tidak sepatutnya membebaskan pihak terbabit daripada tuduhan berkenaan kerana kes tersebut masih dibicarakan di mahkamah.

"Kes masih ada di mahkamah. Ini subjudis, macam mana beliau boleh 'clear' (lepaskan) mereka daripada tuduhan?" soal Manoharan.

Dalam ucapan sulungnya di dewan tersebut selepas dibebaskan awal Mei lalu daripada tahananan ISA, Manoharan juga mencadangkan penubuhan jabatan hal ehwal orang India dalam pentadbiran negeri berkenaan.


Minta tambah exco

"Saya cadangkan ini supaya kita tidak hilang sokongan kaum India yang ada di Selangor sebab Hindraf telah menyebabkan orang India berjaya menentang Umno, tapi penghargaan sewajarnya tidak diberikan," katanya.

Jelasnya, kerajaan juga sepatutnya memberi penghargaan kepada orang India di Selangor dengan memberikan dua jawatan exco kepada wakil kaum berkenaan.

"Tapi yang diberi hanya satu. Yang diberi (pun) adalah portfolio ladang, jaga ladang dan kesihatan, satu portfolio paling teruk," katanya yang merujuk kepada portfolio wakil Pandamaran, Dr Xavier Jayakumar.

"Saya tak tahu sama ada exco atau menteri besar ada kumpulan pemikir, kerana kumpulan pemikir Hindraf telah berjaya mengumpul orang India dan berarak.

"Jika MB ada kumpulan pemikir, saya harap kumpulan pemikir itu bekerja keras untuk pastikan tidak hilang sokongan orang India di Selangor," katanya.

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda