Popular Today

Ahad, November 01, 2009

1PAS "DAP didahulukan, Islam ditinggalkan" : PAS tidak nafi gadai Islam?

Se Malaysia sudah tahu PAS menggadaikan Islam... Apatah lagi sekarang PAS sudah bertoleransi dengan si DAP kafir komunis yang sentiasa mengikut kata-kata parti sekular tersebut.

Hadi Awang tiba-tiba sekali lagi menafikan PAS gadai perjuangan (klik di sini).. memanglah perjuangan parti politik untuk berkuasa yang itu PAS tidak gadaikan...

Yang Pas hanya gadaikan ialah Islam.... dan ini Hadi tidak nafi dalam ucapannya... dijadikan barangan murahan yang boleh dijual beli.... jadi dasar kata PAS akan tubuh negara Islam, Hudud dan sebagainya... itulah yang digadai oleh PAS..

"Kita berkawan dengan DAP dalam Pakatan Rakyat bagi sama-sama menentang kezaliman yang berlaku dalam negara dan sama-sama berusaha menegakkan keadilan untuk rakyat," kata Abdul Hadi.

Bila pula dasar PAS bertukar apabila berkawan dengan DAP... bukankah sepatutnya ucapan hj Hadi seperti ini "kita berkwan dengan DAP untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam, kita akan melaksanakan hukum Islam.. dalam negara dan sama-sama berusaha menegakkan keadilan untuk rakyat,"

Tapi bunyi perjuangan PAS telah berubah... bukan ini sahaja, kita teringat dengan amanat haji Hadi...

Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

Sekarang siapa berkawan dengan orang kafir... bukan setakat kafir biasa kafir harbi lagi... kafir yang jelas menolak Islam sebagaimana kata karpal Singh "langkah mayat, jika mahu tubuhkan negara Islam".. dan menyuruh PAS "gugurkan Negara Islam"

Selain itu Lim Guan Eng jelas mengatakan dasar DAP ialah negara Sekular... Jadi dari sudut manakah PAS berhujah bahawa mereka tidak gadai perjuangan.. sedangkan mereka jelas mempermainkan dan menjual agama Islam.

Dan kesesatan PAS ini dikukuhkan dengan kenyataan Nizar dalam sidang Dewan Negeri Perak..



Tidak cukupkah hujah ini... yang mengatakan PAS semakin sesat dan jauh terlajak dari landasan Islam... ini akibat PAS dipimpin oleh ulama Us-Su'... atau ulama mee segera...

2 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Salam bro, begitulah kalau cerdik pandai agama menggunakannya untuk kepentingan politik....... Hadi jadi lupa dan takbur dengan amanat sendiri bila menghampiri jawatan dan kuasa...... itulah ulama PAS sekarang.....

Tai berkata...

Ha, betul sekali.

Kongsi Link Anda