Popular Today

Rabu, November 04, 2009

PKR "Parti Kroni dan Rasuah" : Kes rasuah : Pendakwaan bermula

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lagi bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor berhubung siasatan kes rasuah.

Bekas ADUN itu dijangka dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Difahamkan bekas ADUN Teratai itu sedang memberi kenyataan kepada SPRM.

Pagi ini, lima orang dijadual dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, termasuk ahli parlimen BN, Abdul Rahman Bakri, atas tuduhan rasuah.

SPRM sedang menyiasat beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat dan tindakan itu telah mendorong beberapa pihak mendakwa ia adalah sebahagian daripada plot untuk menumbang kerajaan negeri Selangor.

Selain itu, Wong Chuan How, pembantu khas kepada anggota exco kerajaan Selangor Ronnie Liu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan mengemukakan invois palsu kepada Majlis Daerah Sepang tahun lepas.

Invois itu adalah bagi pembekalan 2,500 bendera kereta bernilai RM2,500 sempena program Hari Kemerdekaan tetapi pembekalan itu tidak dilakukan.

Chuan How, 51, juga mengaku tidak bersalah melakukan pecah amanah berhubung sekeping cek bernilai RM5,000

Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Rahman Bakri, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lapan tuduhan menggunakan surat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk membuat tuntutan palsu membabitkan nilai RM80,000.

Hakim Syafeera Mohd Said menetapkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin.

1 ulasan:

Tai berkata...

Siapa yang tak adil? SPRM atau PR? Cerminlah sendiri.

Kongsi Link Anda