Khamis, Disember 31, 2009

LAGI PUSAT HIBURAN BARU DIBUKA DI BANDARAYA "ISLAM" ALOR SETAR ...


Setelah dua minggu aku berehat menulis blog ini kerana terlalu banyak kerja-kerja yang menimbun untuk disiapkan, hari ini tangan dan jejari jemari sudah tidak tertahan lagi untuk kembali menghangatkan suasana KEDAH SEJAHTERA di bawah naungan PAS yang berpanjikan bendera hijau lusuh bulan purnama gerhana ...

NAH ! Hari ini AloQStaQBlog dengan bangga dan sukacitanya mendedahkan satu lagi PUSAT HIBURAN KARAOKE YANG BARU DIBUKA di Bandaraya "ISLAM" Alor Setar beroperasi sejak seminggu yang lepas ... TAHNIAH !! Hari tu Pusat Hiburan PUB & KARAOKE dibuka, Hari ni pula ada lagi KARAOKE baru, esok lusa apa pulak yer yang nak wujud ??? ...

MASIHKAH ANDA INGAT LAGI PENDEDAHAN ALOQSTAQBLOG (06hb DIS 09) ? ... Mengenai kewujudan satu PUB & KARAOKE (BLACK PUB) yang baru dibuka di Pekan Simpang Kuala pada awal bulan Disember 2009 tempohari ? ... Kalau anda terlupa atau belum tahu, bolehlah baca mengenainya di pautan ini .

Kali ini, Jom baca pendedahan mengenai STAR KARAOKE pula!


Pusat Hiburan yang di beri nama STAR KARAOKE yang terletak di tingkat atas bangunan kedai kasut Bata di Jalan Teluk Wanjah dikatakan dibuka secara rasmi pada 21 Disember 2009 (Selepas 3 Hari Umat Islam Menyambut Maal Hijrah 1431 Hijrah!!) dan dari sumber-sumber aku, ada yang mengatakan bahawa kehadiran dan sambutan pelanggan terdiri dari remaja dan anak-anak muda agak memberangsangkan !


Seronoklah orang Alor Setar ! Hanya dalam 1 Bulan sahaja dah dapat 2 Pusat Hiburan !!! ... Dari pengamatan aku sendiri, telah banyak Pusat Hiburan Karaoke yang telah tumbuh dan wujud di Bandaraya Alor Setar sejak Kedah dipimpin oleh Kerajaan PAS. Ini amat menggusarkan rakyat.


Adakah inikah cara pendekatan Parti Islam SeMalaysia PAS Kedah untuk mendekatkan para remajanya kepada budaya Islam ? ... Pusat Hiburan yang tumbuh macam cendawan lepas hujan di Bandaraya "ISLAM" Alor Setar ini, sedikit sebanyak boleh mendekatkan para remaja dan generasi muda untuk menghampiri perbuatan-perbuatan maksiat (mungkin!) ...


Nampaknya pendirian PAS Kedah dahulu, amat-amat berbeza (macam langit dengan bumi) berbanding PAS Kedah sekarang (pasca Mac 2008) ... Dahulu, PAS Kedah adalah juara menghentam Kerajaan UMNO BN Kedah kerana membenarkan Konsert SURE HEBOH di perkarangan Stadium Darul Aman dan Taman Tasek Bandar Darulaman di Jitra.


Bahkan, PAS Kedah jugalah yang beriya-iya menjadi juara rakyat untuk membanteras maksiat remaja dan dewasa khususnya di Pulau Langkawi. Sepanjang ceramah PAS berdentum dentam memaki hamun Kerajaan UMNO BN Kedah yang disifatkan tidak Islamik dalam pentadbiran negeri.


Setahu aku, PAS Kelantan pimpinan Tuan Haji Nik Aziz tidak pula sebegini caranya ... begitu juga PAS Terengganu pimpinan Tuan Haji Hadi Awang pada 1999-2004 dulu ... Setahu aku, Pusat Hiburan di dua negeri Pantai Timur tersebut yang telah sediaada, mereka cuba kurangkan, tiada pertambahan, tiada kompromi (dalam hal Pusat Hiburan macam ni).


Nampaknya, Gaya Kepimpinan ISLAM PAS PANTAI TIMUR (Versi Kelantan & Terengganu) adalah amat jauh berbeza dengan Kepimpinan ISLAM PAS KEDAH (Mungkinkah ini ISLAM PAS VERSI UTARA?). Menjadi persoalan, yang mana satu cara kepimpinan "ISLAM" yang patut diaplikasikan oleh PAS jika memerintah Malaysia ? Islam Sekadar Alat Politik ... (Na'u zubillahi Min Zaa lik) ...

GAMBAR : Banner yang banyak disimpang-simpang jalan dan di tiang-tiang lampu seluruh Alor Setar mempromosikan pembukaan STAR Karaoke pada 21-12-2009 baru-baru ini. Nampaknya, tiang lampu di jalan besar sekitar Masjid Zahir juga terpasang banner sebegini.


Nampaknya, para penduduk KEDAH SEJAHTERA dipersekitaran Bandaraya "ISLAM" Alor Setar, bolehlah menyambut kedatangan Tahun Baru 2010 dengan begitu meriah dengan pertambahan begitu banyak PUSAT HIBURAN PUB & KARAOKE di sekitar bandaraya, selaras dengan kemajuan hebat yang dicapai oleh kepimpinan PAS Kedah dalam mengurus tadbir negeri ini setelah dirampas dari Parti BN (yang dulunya PAS tuduh tidak ISLAMIK).


Kata Dulang Paku Serpih. PAS FOR ALL DUNGU ...







Berita ini disiasat sendiri,

ditulis sendiri, gambar diambil sendiri,
diterbitkan sendiri oleh ...


AloQStaQ
29/Disember/2009
11:10 Pagi

4 ulasan:

Jeffry berkata...

KEDAH DARUL KARAOKE KEHKEHKEH

lagenda berkata...

Salam Ziarah........

Hadiah tahun baru untuk rakyat negeri Kedah

Rahman,Ahchong,Muniandy berkata...

PETALING JAYA, Dis 31 — Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan Azmi Ismail kini ditahan polis kerana dipercayai terlibat dengan pengedaran dadah.

Dia ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 yang boleh membawa kepada penahanan maksimum 60 hari.

Penahanan itu disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan Superitendan Md Azmi Othman yang dihubungi Awani hari ini.

Azmi yang juga Ketua Keadilan Bahagian Pengekalan Chepa ditahan pada 23 Dis lalu di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Kota Baru.

Polis turut menyita sebuah kereta Mercedes milik Azmi.

Dalam pada itu, Ketua AMK Kelantan Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan pihaknya dimaklumkan tentang penahanan Azmi.

BangsaMalaysia berkata...

Salam saudara penulis blog..

bagi saya,tidak ada masalah jika pusat hiburan seperti karoke ini dibuka..

kerana mereka hanylah berkaoke berbanding cyber cafe yg penggunaan internet tidak dapat dikawal..

hentiknlah berpolitik..

PAS dgn UMNO saya lihat sama sahaja,bukan nk kurangkan unsur tak shat tapi saling tuduh menuduh untuk menjustifikasikan tndakan masing2..


pas kata umno tak tutup pusat hiburan,kemudian umno kata pas pun sama,sampai bila pun tk hbs..

marilah sama2 hentikn polemik politik dan kembali kepada ajaran sebenar..

salam hormat..

Kongsi Link Anda