Popular Today

Sabtu, Januari 09, 2010

Fitnah Besar sedang melanda Umat Islam

Dalam tempoh beberapa hari yang lalu, umat Islam negara ini sedang melanda dugaan dan cabaran yang amat hebat, satu fitnah yang besar dan dahsyat sedang melanda untuk menguji sejauh mana umat Islam terus berdiri teguh di atas perjuangan suci.

Pada 31 Disember yang lalu, umat Islam telah di cabar kesabaran mengenai kebenaran Mahkamah Tinggi untuk Herald Weekly menggunakan kalimah Allah.. iaitu kalimah suci umat Islam yang merujuk Allah. tuhan yang satu..

Selama hampir seminggu ini, polemik isu sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dari segenap masyarakat. Bagi Umat Islam yang benar-benar memahami perjuangan tulen umat Islam dan apatah lagi tindakan yang selari dengan Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan bahawa Kalimah Allah pada Muzakarah kali ke-82 bertarikh 7 Mei 2008 ialah khas untuk umat Islam:

2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yhwh.

3. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.

4. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.

5. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.

6. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.


Namun terdapat juga umat Islam yang hanya mengeluarkan 'fatwa sesuka hati' kerana tujuan politik semata-mata dengan membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada bukan Islam.

Namun dalam masa yang sama, ianya membuktikan bahawa dakwaan mahkamah di arah oleh tangan ajaib adalh pembohongan belaka. Dengan ini jelas Mahkamah ada kuasa eksekutif tersendiri di mana kerajaan tidak campur tangan.

Keadaan ini telah mencetuskan ketegangan khasnya kepada umat Islam dari peringkat rakyat hingga ke pemimpin negara dan diikuti dengan pelbagai program yang mendesak agar kalimah ini ditarik balik kegunaannya oleh bukan Islam termasuklah demonstrasi, solat hajat, ceramah, serahan memorandum dan sebagainya.

Namun semalam telah berlaku fitnah yang lebih besar kepada umat Islam iaitu kejadian membakar gereja yang seterusnya mencalar imej umat islam.

Dalam keadaan umat Islam tersepit dengan tekanan orang bukan Islam yang sengaja mahu mencakar umat Islam dengan imej negatif dan juga umat Islam yang berperangai umpama bukan Islam serta terdapat juga pihak yang menangguk di air yang keruh..

Semuanya ini menuntut kesabaran yang heabat dari umat Islam untuk berhadapan dengan Fitnah Besar ini.. biarkan tindakan umat Islam tidak diikuti emosi tetapi berfikir secara rasional.

Marilah kita bersama berdoa untuk keselamatan, kesejahteraa dan keamanan umat Islam dan rakyat Malaysia.. mohon dijauhkan Fitnah Besar ini.. dan seterusnya biarlah Islam manjadi agama yang disegani dan dihormati...

2 ulasan:

lagenda berkata...

Salam Ziarah.....

Kita sebagai umat islam tanpa mengira fahaman politik harus bersatu untuk menentang kalimah ALLAH yang digunakan oleh agama lain.Sekarang ialah masanya untuk semua kita bersatu

Tanpa Nama berkata...

Wahai Syikin,

Tak ada angin masakan pokok bergoyang....

Kongsi Link Anda