Jumaat, Januari 22, 2010

Hj Hadi bersetuju : Guna kalimah Allah sebagai terjemahan “God” tidak tepat

Menarik, Muzakarah yang disertai tujuh ilmuwan Islam termasuk Hj hadi Awang, Presiden PAS anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) hari ini bersetuju bahawa penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan atau ganti nama kepada “God” adalah tidak tepat. (baca di sini)

Pengerusi IKIM, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, muzakarah itu merumuskan bahawa terjemahan kalimah Allah sebagai “God” juga menyalahi hakikat sebenar kerana bercanggah dengan konsep Tuhan yang dianjurkan oleh agama Islam di Malaysia.

"Dalam perbincangan ini, kita semua setuju bahawasanya kita perlu menghormati dan menjunjung Perlembagaan Malaysia yang memberikan kebebasan beragama diteruskan dalam suasana aman dan harmoni,” katanya pada sidang akhbar selepas muzakarah itu.

Tujuh pakar itu ialah Prof. Madya Dr. Kamar Oniah Kamaruzzaman dari Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md Zin; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; anggota Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Mohd. Nur Manuty; bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin; Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan IKIM, Dr. Mohd. Sani Badron; dan Felo Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik IKIM, Md. Asham Ahmad. - (Baca di sini)

Kita mengetahui penggunaan kalimah Allah ini adalah tujuan politik semata-mata untuk menarim perhatian domestik dan antarabangsa. Perhatian domestik ialah tertumpu di dalam negara yang mehu menyentuh sentimen kaum bukan Islam serta dan Islam bagi menimbulkan keresahan di kalangan rakyat seterusnya menimbulkan rasa tidak puas hati dan lebih malang lagi apabila rakyat bertindak lebih kasar iaitu dengan serangan terhadap rumjah ibadat Islam dan bukan Islam.

Bagi sasaran antarabangsa ialah bagi merosakkan nama baik Malaysia di peringkat antara bangsa, seterusnya menggangu kestabilan ekonomi kerana menakutkan pelabur untuk melabur di negara ini.

Namun kita melihat langkah pro aktif kerajaan untuk menangani isu tersebut dengan mengadakan lawatan PM dan TPM di luar negara yang dilihat sebagai strategik seperti arab saudi, UAE, India, London dan sebagainya secara langsung memang dilihat dari sudut ekonomi tetapi dari sudut politik juga memberi kesan positif bagi menaik pelabur.

Kalimah Allah ini hanyalah permainan Pakatan Rakyat, namun apa yang peliknya ialah yang mahu menjadi juara Isu ini adalah orang Melayu iaitu Khalid samat, Pandangan beliau telah melampau arahan Sultan Selangor iaitu supaya Kalimah Allah hanya digunakan untuk umat Islam.. persoalannya kenapa?.. adakah khalid telah masuk kristian? sehingga dia sanggup mempertahankan pandangan beliau dan terkini beliau mahu enakmen mengenai kalimah Allah diubah..

Sedangkan DAP hanya berdiam diri melihat melayu bergaduh sesama sendiri... HJerald hanyalah alat Politik Pakatan Rakyat untuk membakar sentimen umat Islam dan meraih simpati undi bukan Islam.

Rakyat kena jelas ini bukanlah berkaitan agama pun tetapi ianya bertujuan untuk politik sempit Pakatan yang sanggup melacurkan 'Kalimah Allah' demi mendapatkan undi semata-mata walupun terpaksa jual agama!! Nauzubillah min zalik..

1 ulasan:

Jeffry berkata...

BARU NAK BUKAK MATE KE SI MANUTY TU KEHKEHKEH

Kongsi Link Anda