Popular Today

Isnin, Januari 18, 2010

Kes Ketua Penerangan Pemuda Pas negeri Kelantan ganjil?

gambar dari utusan

Ganjil, itulah pandangan peguam Mohd. Zaki Zainal Abidin bagi Md Nor terhadap keputusan tersebut di mahkamah yang sama ini. Beliau berkata "Saya menerima keputusan dan menghormatinya tetapi menganggapnya ganjil kerana kes lama dibatalkan dan kes baru pula timbul dan diberi perhatian dan telah mengemukakan rayuan.

Bekas Ketua Penerangan Pemuda Pas negeri, Dr. Rosli Allani Abdul Kader berjaya mengetepikan perintah mufarakah atau tinggal berasingan dengan isteri keduanya, Ilyani Mohd. Noor oleh mahkamah pada 9 November lalu, sekali gus membatalkan perbicaraan kes induk. Hakim Syariah, Mohd. Yusoff Awang membuat keputusan tersebut di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini, selepas berpuas hati dengan dokumen dan afidavit sokongan oleh Rosli Allani, 35, melalui peguamnya Mustafa Kamal Mat Hassan.

Peguam Plaintif, Md Zaki mempersoalkan, "Defendan pertama dan kedua mengaku pernikahan pertama tidak sah dan batal dan pengakuan tersebut menjawab tuntutan plaintif dan dianggap selesai,".

"Hujah peguam plaintif, defendan satu dan dua membuat permohonan bantahan awal tersebut bagi mengelak daripada hukuman mahkamah kerana melanggar perintah mufarakah tidak diterima kerana ia perkara berasingan dalam tuntutan awal plaintif," katanya iaitu atas alasan teknikal.

Sementara itu, Mohd. Zaki bagi pihak Mohd. Nor telah memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut di mahkamah yang sama hari ini dan menganggapnya sesuatu yang ganjil.

"Saya menerima keputusan dan menghormatinya tetapi menganggapnya ganjil kerana kes lama dibatalkan dan kes baru pula timbul dan diberi perhatian dan telah mengemukakan rayuan.
"Isunya di sini rukun nikah iaitu kuasa wali yang masih berhak untuk tidak setuju dengan pernikahan tersebut dan saya berpegang kepada turutan kes yang sepatutnya diselesaikan satu persatu," ujarnya.

Seperti anak guamnya, beliau juga mahukan keputusan mahkamah sama ada pernikahan pertama di Selangor sah atau sebaliknya, namun keputusan hari ini memihak kepada rayuan defendan membatalkan mufarakah dan perkahwinan terdahulu. "Apa yang berlaku hari ini tidak dinafikan akan turut dilakukan oleh pasangan lain, apatah lagi dilakukan oleh seseorang yang pernah bergelar pemimpin," katanya. (baca seterusnya di sini)

kata AB: Keputusan sebenarnya telah dijangka, maklumlah Dr. Rosli Allani Abdul Kader, Bekas Ketua Penerangan Pemuda Pas negeri. Apatah lagi perbicaraan di Kota Bahru, Ibu pejabat Kerajaan PAS Kelantan. Semua yang dilantik oleh kerajaan negeri, seperti kakitangan awama, guru, termasuk hakim mestilah pro kepada PAS, Takkanlah ini susah di faham.

Sedangkan kes mat Sabu berkhalwat pun boleh lepas, ini setakat kes mufaraqah, Tapi inilah yang dikatakan paku dulang paku serpih, PAS mempersoalkan ketelusan Institusi mahkamah pesekutuan tetapi dalam kes ini PAS juga mempengaruhi keputusan mahkamah. Hakikatya kalau sesuatu keputusan jika bersesuain dengan kroni mereka bagi mereka ini adalah keadilan tetapi jika tidak bersesuaian dengan kroni mereka menreka menuduh sebagai zalaim dan tidal adil. Akhirnya asas mereka ialah kroni bukalah sangat sesuatu institusi itu.

2 ulasan:

Arif Omar berkata...

Hakim PAS biasalah.Bab dia halal,kalau orang lain haram.Islam PAS katakan

mohammad azren fooldog PH yg bahalol berkata...

Cuba bandingkan jika kes sebegini berlaku pada pemimpin UMNO, habis satu dunia dihebohkan oleh pencacai hamPAS bahawa orang UMNO 'buta' ajaran Islam. Kahwin pun kelam-kabut.....

Tapi bila kena pada batang hidung sendiri, Nasrudin Tan-tanTaik pun puji sikap Rosli (layak ke nama panggil Dr. ???).

Kongsi Link Anda