Isnin, Januari 18, 2010

Isu Kalimah Allah : bertoleransilah

Isu penggunaan kalimah Allah untuk agama kristian sangat memberi kesan kepada orang Islam di negara ini. Perlu difahami, bahawa penggunaan kalimah Allah bagi orang kristian untuk merujuk Tuhan Yang Esa bagi umat Islam tidaklah menjadi persoalan sebagaimana lagu negeri Johor.

Persoalannya ialah kalimah Allah digunakan merujuk kepada tuhan Kristian.. yang membawa maksud trinity. Perkataan ini boleh mengelirukan dan menyesatkan akidah umat Islam

Bagi Kristiannya ianya hanya terminologi tetapi bagi umat Islam ianya adalah akidah bermaksud persembahan kepada tuhan yang Esa, Allah yang maha Suci.

Terdapat memang ada pro dan kontra dalam penggunaan Kalimah Allah untuk agama kristian.

pro- seperti Mudah-mudahan dengan menyebut nama Allah, ia menjadi asas Taufiq dan Hidayah kepada orang bukan Islam untuk mencari siapa Tuhannya yang sebenar.

Kontra - silap-silap anak cucu kita jadi kristian..

Mencegah atau mengubat lebih baik.?

Kita memahami hujah yang mereka gunakan sebab mereka gunakan kalimah Allah dari bible Indonesia telah berkurun lamanya.

Jadi kenapa tidak kekalkan sedemikian? Selama ini pun tiada yang menghalang mereka menggunakan bible Indonesia.

Namun bila terdapat usaha pihak tertentu, khasnya majalah Herald yang berpengkalan di Kuala Lumpur mohon untuk menggunakan kalimah Allah iaitu terjemahan God kepada Allah.

Hakikatnya apa keperluan kalimah God diterjemah kepada bahasa Melayu iaitu Allah SWT.

Sedangkan bangsa Melayu adalah beragama Islam dan mengamalkan adat istiadat Melayu sebagaimana Perlembagaan kerajaan Persekutuan, jadi terjemahlah dalam bahasa Cina, Tamil dan sebagainya. Tiada siapa yang larang, kenapa perlu diterjemah dalam bahasa Melayu?

Berapa ramaikah Melayu yang kristian? Orang Melayu dalam pentafsiran perlembagaan Islam beragama Islam dan mengamalkan adat Istiadat melayu...

Hakikatnya jika Melayu itu menganut kristian mereka tidak dikira sebagai Melayu dan tidak berhak menikmati hak keistimewaan orang Melayu kerana bertentangann dengan takrif tersebut.

Kita tidak pernah dalam sejarah yang mendengar Melayu Kristian di negara ini walaupun ada individu yang mencuba untuk murtad seperti Lina Joy..

Jadi kita minta kepada penganut kristian, kami menghormati agama anda, berilah sedikit tolak ansur kepada agama Islam untuk menggunakan Kalimah Allah khasnya dalam bahasa Melayu.

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda