Selasa, Mac 09, 2010

ANAK 'Ngo haram' upahan Pakatan Rakyat


Selepas Felda ditubuhkan lebih 50 tahun yang lalu inilah terdengar kali pertama Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang kononnya berjuang untuk peneroka felda.

ANAK ini hakikatnya ialah NGO haram yang belum berdaftarpun dengan Pendaftaran Pertubuhan tetapi gerakan mereka macam gerakan yang halal...

Siapa yang mengerakkan Anak [rujuk sini]:

PRESIDEN
Sdr Mazlan Bin Aliman
AJK Pas pusat merangkap ketua penerangan Pas Johor

TIMBALAN PRESIDEN
Sdr Menhad Bin Awab
AJK PAS kawasan Tenggara merangkap bekas calon PAS Pasir Raja

SETIAUSAHA
Sdr Zabidie Abas
Ketua AMK Johor

Rasanya dengan 3 orang nama dari pakatan ini memberikan gambaran yang cukup siapa di belakang pertubuhan haram ini. Tujuannya mudah.. untuk menimbulkan rasa tidak puas hati peneroka terhadap kerajaan [rujuk sini]..

Anak ini merupakan Ngo upahan Pakatan Rakyat yang mahu mengugat kehidupan peneroka Felda. Inilah generasi peneroka yang tidak tahu bersyukur.. sudahlah peneroka menerima 10 ekar tanah setiap seorang.. tapi masih tak mengenal untung..

Masakan tidak.. Peserta rancangan Felda digelar Peneroka felda yang dipilih daripada kalangan orang Melayu termiskin di luar bandar dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang tidak bertanah untuk berladang. Peneroka juga diberikan tanah sebanyak 10 ekar (40,000 m²) di petempatan yang tertentu untuk mengerjakan ladang pokok getah atau kelapa sawit khususnya.

Ramai anak Felda yang telah berjaya kerana dasar kerajaan yang membantu orang Melayu.. dari tidak bertanah kini mempunyai tanah.. dari tidak mempunyai pelajaran dan kini mempunyai pelajaran, anak peneroka Felda kini ramainya telah berjaya dan menjawat jawatan profesional dari dalam negara hinggalah ke luar negara..

Jadi sedarlah diri sikit... ramai orang lagi yang tak de tanah!!!

Jika berlaku perpecahan dalam Felda inilah dalangnya.. ANAK 'haram' ialah generasi kedua Felda yang tidak bersyukur, orang sebegini patut ditendang sahaja keluar dari Felda.... Hidup menyusahkan orang lain..

Kepada Felda... janganlah lembik sangat... sesiapa yang tidak perform tu tendang je... jangan disebabkan individu yang buat salah felda yang tanggung masalah... felda perlu buat sesuatu kepada peneroka yang menderhaka dan sedar diri ini (ANAK haram)...

Jadi ANAK 'haram' ini patut diharamkan sahaja... buat macam hindraf!!!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Anak haram ni memang menyusahkan Felda dengan memecahbelahkan masyarakat peneroka dgn idealogi politik yang sebusuk kumbahan kilang sawit. Tambahan lak disokong oleh peneroka jenis anjing tersepit yang sentiasa melagukan 'Felda tipu peneroka' tapi masih duduk dalam Felda. Bukankah hipokrit/munafik namanya.Sanggup ditipu Felda seumur hidup? Memang bengap..tapi bab sumbangan Felda dia org le dulu yang kedepan, sibuk tanya bila nak bayar sedangkan DSN baru umum semalam (ni satu contoh yg nyata) Penyakit tak nak tanam semula dgn Felda pun majoritinya puak dia org ni le. Tapi Felda memang baik hati,(yg ni aku puji) beri sumbangan raya, bantuan kematian, insentif hasil,lupus hutang PNF dll lagi sampai yang setia dgn Felda pun dah jadi mcm anak tiri. Nak harap dia orang ni u-turn sokong UMNO/BN jangan harap le..sampai kucing bertanduk le jawabnya krn hati dah berlumut hijau. Tak percaya? Tak apa, tapi hakikatnya ada peti undi dalam rancangan Felda ni yang dimenangi pembangkang. Bab bendera pingpong pulak sepanjang tahun berkibaran di simpang masuk rancangan. Dah tu pasang atas rezab jalan JKR, tiang elektrik, telefon (dia org tak letak atas pokok dah takut kena gelar beruk) Ketua UMNO pulak (kebanyakannya To'4 /Timb. Pengerusi) langsung tak ada telur nak bertindak. Harap jawatan dan elaun saja

UTK MAKLUMAN PENYAKIT PERLANTIKAN AJK MASJID KAT PERAK DULU DAH BERJANGKIT KAT RANCANGAN FELDA DALAM NEGERI PAHANG. DATO' NAN KENA LE JENGUK-JENGUK SIKIT

Kongsi Link Anda