Popular Today

Isnin, Mac 15, 2010

EGM haram PKR Kuala Selangor dipulaukan

EGM yang dibuat Khalid Gagap, nampaknya langsung tidak menyelesaikan masalah, bahkan menjadikan masalah semakin rumit.

Kira-kira 50 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang naik angin, memulaukan mesyuarat agung tahunan (AGM) PKR bahagian Kuala Selangor kerana tidak berpuas hati dengan cara mesyuarat itu dikendalikan. [rujuk sini]

AGM itu adalah "tidak sah" dan tidak dikendalikan sejajar dengan perlembagaan parti memandangkan tiada notis yang sewajarnya diberikan sebelum mesyuarat diadakan dalam tempoh 14 hari.

Ini sebenarnya merupakan taktik biasa bila seseorang itu hendak mencantas kumpulan yang lain. Nampaknya trend ini juga berlaku dalam PKR untuk bunuh politik seseorang. Namun taktik yang digunakan Khalid Gagap ni terlalu jelas dan nampak kebodohannya.

AGM dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor dan Pengerusi PKR Kuala Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hanya dihadiri oleh 241 anggota daripada sejumlah lebih 4,000 anggota dalam bahagian itu.

Bukan setakat itu, ahli PKR juga tidak diberi peluang pada AGM berkenaan untuk membahaskan isu yang menjejaskan parti sejak akhir-akhir ini.

Tuduhan mereka terhadap UMNO kini kembali kepada mereka. PKR bukan lagi demokratik, bahkan parti yang amalkan dasar tertutup, sesiapa yang memberi ancaman akan dibunuh.

Ini ialah dasar pemimpin penakut dan pengecut... hanya menggunakan cara kotor untuk kekalkan kuasa politik.

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda