Rabu, Mac 31, 2010

MEB hadiah kerajaan BN kepada rakyat!!


Model Ekonomi Baru atau MEB telah dilancarkan oleh DS Najib pada pagi ini. Langkah ini tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan mengangkat ke satu peringkat lebih tinggi.

Sebagai seorang berkelulusan dalam bidang ekonomi dari Universiti Nottingham, England pada tahun 1974 setentunya beliau amat faham selok belok ekonomi suasana negara dan dunia sekarang ini. Jadi DS Najib bukanlah seorang yang buta ekonomi iaitu hanya mendengar 'punahsihat' semata-mata tetapi beliau juga berkeupayaan untuk menganalisis suasana ekonomi semasa sebagai perbandingan jelas dengan Aljuburi yang hanya berkelulusan sastera.

Sebab itu dalam merangka MEB, DS Najib memberikan fokusnya amat jelas iaitu:
-Pemulihan yang mapan dan kukuh dalam jangka masa pendek dan sederhana;
-Meningkatkan daya saing Malaysia;
-Merancakkan pelaburan dan pertumbuhan swasta;
-Meletakkan negara ke arah mencapai tahap berpendapatan tinggi;
-Membina ekonomi yang inovatif; dan
-Transformasi nekad dan perubahan ekonomi untuk memodenkan model ekonomi demi masa hadapan.

Manakala Prinsip MEB pula yang jelas terhasil daripada laporan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC - merupakan satu badan bebas yang ditugaskan untuk mengkaji ekonomi negara secara terperinci) - pertama, berpendapatan tinggi, kedua, kemapanan dan ketiga, keterangkuman (inclusive). Ketiga-tiga prinsip ini akan memacu kemajuan ekonomi untuk menjadi sebuah negara yang membangun sepenuhnya; meletakkan kedudukan negara yang berdaya saing secara strategik di dalam ekonomi serantau dan global, persekitaran yang mapan dan kualiti kehidupan secara menyeluruh.

Antara tujuan MEB yang untuk mengubah ekonomi menjadi ekonomi berpendapatan tinggi yang mampan dan inklusif serta menempatkan negara pada landasan betul untuk mencapai status negara maju menjelang 2020 iaitu sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh rakyat!!

Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan tinggi iaitu meningkatkan pendapatan perkapita rakyat kepada AS$15,000 menjelang akhir dekad, daripada AS$7,000 sekarang ini.

Malaysia tiada pilihan kecuali membuat anjakan baru dalam model ekonomi negara.. ianya bukan sesuatu yang mudah sebagaimana yang disebut oleh DS Najib namun ianya perlu dilakukan bagi mengelakkan ekonomi negara terus ketinggalan daripada negara jiran yang kini semakin membangun dan mengejar Malaysia seperti Vietnam dan Indonesia.

Namun dalam menuju ke arah MEB, kelemahan-kelemahan Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional harus dijadikan rujukan supaya pelaksanan Model Baru Ekonomi dapat mencapai matlamatnya.

Jika Malaysia menggunakan model ekonomi sedia ada, maka perkembangan ekonomi negara akan statik dan beku!!.. Malaysia kini tidak boleh lagi bersaing dalam bidang industri semata-mata kerana negara jiran kini mempunyai tawaran sistem ekonomi yang lebih baik dan upah tenaga kerja yang lebih murah yang mana Malaysia tidak boleh sediakannya lagi..

Berikut adalah antara intipati MEB:

* Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dibenar melabur lebih bahyak lagi di dalam aset di seberang laut.

* Lembaga Kemajuan Industri Malaysia (MIDA) akan dikorporatkan dan akan dinamakan semula sebagai Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk membolehkannya lebih efektif sebagai satu agensi promosi pelaburan.

* Kerajaan dan KWSP akan membentuk satu usaha sama bagi menggalakkan pembangunan tanah seluas 1,200 hektar (3,000 ekar) di Sungai Buloh untuk menjadi satu hab baharu bagi Lembah Klang.

* Beberapa bidang tanah di Jalan Stonor, Jalan Ampang dan Jalan Lidcol di Kuala Lumpur akan ditender dan dimajukan oleh sektor swasta, yang jika gagal akan merupakan satu pembaziran kerana kerajaan membelanjakan kos penyelenggaraannya.

* Pembangunan tanah di Sungai Buloh dan pembangunan beberapa bidang tanah di bandar raya ini dijangka menjana pelaburan baharu bernilai lebih RM5 bilion

* Syarikat di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan seperti Percetakan Nasional Malaysia, CTRM Aero Composites Sdn. Bhd., Nine Bio Sdn. Bhd. dan Innobio kemungkinan diswastakan.

* Petronas telah mengenal pasti dua subsidiari yang agak besar dengan rekod prestasi yang baik untuk disenaraikan pada tahun ini di Bursa Malaysia, yang akan mengurangkan kehadiran kerajaan di dalam perniagaan dan meningkatkan peranan sektor swasta.

* Khazanah Nasional Bhd. akan melupuskan kawalan kepentingan 32 peratusnya di dalam Pos Malaysia Bhd melalui proses pelupusan strategik dua peringkat.

Namun adakah MEB realiti atau fantasi.. Jika dilihat kesungguhan DS Najib, Insyallah MEB akan tercapai matlamat.. Rakyat Malaysia boleh merasai kejujuran Ds Najib.. sebab itu tidak pelik apabila John Major bekas PM British juga memuji DS Najib.

"Malaysia sesungguhnya berada di bawah kepimpinan yang baik, berdasarkan kepada apa yang Perdana Menteri Malaysia sampaikan kepada pengurus dana asing di persidangan Credit Suisse Asian Investment di sini pada Selasa, dan komitmen beliau untuk menukarkan Malaysia menjadi sebuah ekonomi maju,"
Inilah nama pemimpin yang bertanggungjawab yang sentiasa membawa masalah rakyat di peringkat antarabangsa. Bukan seperti Aljuburi yang sentiasa membawa kes Aljuburi beliau untuk dijual diperingkat antarabangsa..

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda