Popular Today

Sabtu, Oktober 02, 2010

Gempar : DAP Perak bergolak..

Terkini...

Nyata tindakan Kula untuk menceritakan masalah dalaman DAP telah membuat DAP kecut perut.. akhirnya Kula dipaksa oleh kepimpinan DAP untuk membatalkan sidang akhbar beliau [rujuk sini]..

Namun itu tidak mungkin mampu untuk menyembunyikan masalah dalaman yang berlaku dalam DAP.. ianya bukan bermakna masalah dah selesai..

Dakwaan DAP PErak kini menumpukan perhatian kepada kroni mereka semata-mata...
Ianya dikatakan berpunca usaha puak 'Ngeh-Nga' untuk melemahkan pemimpin yang tidak sehaluan dengan mereka.

Puak 'Ngeh-Nga' - panggilan yang diberikan kerana pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Khoo Ham (paling kiri di foto bawah) dan setiausahanya, Nga Kor Ming (tengah) adalah sepupu - terlibat dalam konflik dengan ramai pemimpin DAP di negeri itu sejak beberapa tahun lalu kerana tidak selesa dengan gaya kepimpinan autoritarian kedua-duanya.

Usaha untuk menyelesaikan konflik tersebut berlangsung dalam mesyuarat pimpinan tertinggi DAP di Ipoh malam tadi, yang turut dihadiri penasihat parti, Lim Kit Siang.
Ini menunjukkan DAP bukannya telus sebagaimana didakwa.. jika DAP telus dan mengamalkan kebebasan media, pastinya mereka akan membenarkan Kulasegaran untuk membuat sidang media untuk menjelaskan perkara sebenar.

Pembatalan ini adalah usaha pihak tertentu untuk menyelamatkan kroni mereka daripada rakyat mengetahui tembelang mereka... inilah politik ala-komunis yang diamalkan DAP..
****************************
DAP PERAK BERGOLAK - PART 1

Apa dah jadi dengan Pakatan Perak... Esok Kulasegaran akan membuat sidang media khas rujuk sini}..

Pergeseran dalam barisan kepimpinan DAP Perak telah mencetuskan khabar angin yang timbalan pengerusinya, M Kulasegaran akan meletak jawatannya di negeri itu.

Dalam Twitternya, ahli parlimen Ipoh Barat dan timbalan pengerusi DAP kebangsan itu, menegaskan bahawa beliau akan mengumumkan "apa yang kurang" dalam kepimpinan Perak hari ini...

Ini cukup membuktikan DAP Perak kini bergolak... pastinya timbul rasa tidak puas hati kepada kepimpinan DAP Perak sudah sampai ke puncak.. masakan tidak.. kalau seorang timbalan pun sudah tidak mampu untuk menahan sabarnya... ini pasti sesuatu yang besar..

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda