Khamis, Oktober 14, 2010

Panas : Bukti penyelewengan dalam pencalonan PKR!!!

 Oleh : Mim Team [klik sini]

Satu laporan berita melaporkan Nurul Izzah sudah cukup pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden PKR dan pencalonannya dari cabang Sempoerna, Sabah. Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR yang mengumumkan selepas mesyuarat Biro Politik parti PKR semalam.

Tetapi ketua Cabang PKR Sampoerna melaporkan kepada portal berita yang sama bahawa cabang tersebut tidak mencalonkan Nurul Izzah untuk jawatan timbalan Presiden PKR.

Md Abdul Wahab Abdullah, ketua cabang tersebut mengakui cabang PKR beliau terlewat menghantar pencalonan :-
"Kita tahu tarikh (akhir serah senarai calon pada 10 Oktober), tapi pengawas JPP kata dia akan bawa sendiri cadangan (pencalonan) ke ibupejabat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kegagalan cabang tersebut menyerahkan senarai pencalonan jawatan tinggi parti kepada ibupejabat.

Semporna juga menjadi tumpuan ekoran tersebarnya laporan yang mengatakan cabang itu mencalonkan ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar untuk jawatan timbalan presiden.
Bagaimanapun, Md Abdul Wahab mengatakan bahawa cabang PKR Sempoerna telah mencalonkan Azmin Ali untuk jawatan Timbalan Presiden dan bukannya anak perempuan Anwar Ibrahim.

Alahai......dimanakah benarnya berita yang mengatakan bahawa Nurul Izzah Anwar Ibrahim telah layak bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden?


Kenapa wujud pembohongan di dalam pencalonan PKR? Apakah hak kepimpinan PKR untuk menolak hak ahli-ahli akar umbi PKR?

Rujuk video di bawah :-



Jika kita ikuti pencalonan PKR, kita akan lihat parti itu sedang menunggu masa untuk runtuh dan hancur. Presiden Wan Azizah tidak mampu sebagai Presiden. Anwar Ibrahim semakin kelam kabut dengan kes liwat Saiful Bukhari yang semakin menunjukkan kebenaran kes tersebut.

Nama sahaja 'Keadilan' tetapi sebenarnya tiada keadilan di dalam parti itu sendiri. Inilah bahananya jika suatu parti itu bermula dengan nawaitu yang tidak tepat dan sekadar untuk memenuhi nafsu Anwar Ibrahim.

MIM cadangkan kepada ahli-ahli PKR supaya keluar beramai-ramai daripada parti politik yang sudah tak adil, autokratik dan hanya mementingkan keluarga dan kroni masing-masing.

1 ulasan:

Suara Rakyat Selangor berkata...

Pendaftar Pengundi Baru: BN Losing Ground

sila baca di: www.suararakyatselangor.blogspot.com

Kongsi Link Anda