Popular Today

Jumaat, Oktober 08, 2010

Terkini : Dr Mahathir berlepas pulang tengah hari ini

MELBOURNE 8 Okt. — Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual pulang ke Kuala Lumpur tengah hari ini dengan menaiki sebuah pesawat khas.

Pesawat berkenaan dijangka berlepas dari Lapangan Terbang Tullamarine di sini kira-kira 3 petang (1 tengah hari waktu Malaysia).

Dr Mahathir dimasukkan ke Hospital Epworth di sini Sabtu lepas kerana jangkitan di dada.

Beliau dibenarkan keluar dari hospital pada Selasa dan kemudiannya berehat di sebuah hotel di sini.

Bekas Perdana Menteri, yang diiringi isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, dijadual berucap kepada pelajar Malaysia dalam sebuah bengkel di sini pada Sabtu namun dibatalkan selepas beliau sakit.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed menggantikan Dr Mahathir pada seminar itu.

Seorang pembantu kepada Dr Mahathir, ketika dihubungi mengesahkan bahawa beliau akan pulang ke tanah air lewat hari ini. — Bernama

3 ulasan:

santauangin berkata...

Semoga ALLAH lanjutkan usia TDMM. Dan semoga ALLAH berikan lah kesihatan kepada beliau untuk memberikan pendapat dan pandangan yang berguna kepada pemimpin ISLAM yang ada kat Malaysia ini.

AMIN

Aspirasi berkata...

Aminn.. semoga Allah berikan beliau kesihatan yang berpanjangan..

Tanpa Nama berkata...

semoga panjang umur


Malaysia Maternity Wear,Maternity Wear Malaysia,Maternity Wear,Maternity Clothing,Maternity Dress,Online Maternity,Online Baby Products,One Stop Maternity

Kongsi Link Anda