Sabtu, November 27, 2010

Kebebasan bersuara ke..Ptuih!!!..

Inilah parti bapak penipu.... PKR.. Parti Kelentong Rakyat... Juara Penipu!!!

kata demokrasi.. demokrasi kepala bapak Aljuburi!!!

Kata amal kebebasan bersuara.. tapi orang lain nak bercakap dilarang...

Kata amalkan demo sebagai demokrasi.. tapi orang berdemo PKR halang pula.. Ptuih!!!

Lihat laporan agendadaily dibawah:



Kira-kira 100 orang yang tidak puashati dengan proses pemilihan PKR yang cacamarba terus tunjuk aksi protes di kawasan Dewan Sivik di Petaling Jaya dimana hari kedua Kongres PKR sedang berlangsung.

Antaranya mereka membawa kain pemidang yang kata-kata yang mengecam Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.




Juga ada risalah yang dicetak menyerupai akhbar Suara Keadilan diedarkan oleh pihak tertentu yang menghentam proses pemilihan.

ia bermula secara aman dan senyap pada jam 9.15 pagi.

Demo itu diketuai oleh bekas Bendahari PKR Selangor KS Kottapan.

Kumpulan yang berdemonstrasi itu turut mengibarkan beberapa kain rentang yang bertulis "Kami tuntut pemilihan PKR dibuat semula, hentikan korupsi", "No Hindraf No Tsunami", dan "anak India anak tiri Anwar, Anak Melayu anak saya, anak Cina anak saya, anak India anak saya, anak Iban anak saya".



Keadaan menjadi tegang sekitar jam 9.30 pagi bila sebilangan ahli PKR yang dipercayai dari bahagian keselamatan telah bertengkar dengan mereka yang berdemo.

Mereka merampas sesetengah kain pemidang dan meminta peserta demo yang pakai t-shirt PKR supaya menanggalkannya.

Mereka juga cuba menyekat media dari mengambil gambar demo berkenaan.

Dalam kelam kabut itu seorang dari mereka cuba rentap pas wartawan Agendadaily,Helme Hanafi sambil sergah dan marah-marah.



Kejadian yang berlaku tidak lama lepas Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail tiba untuk merasmikan kongres itu - disaksikan oleh sebilangan wartawan dan jurugambar lain di situ.

Turut hadir ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR.- 27/11/2010

Kongsi Link Anda