Popular Today

Selasa, November 02, 2010

Kerana desakan BN, kerajaan PAS terpaksa bagi geran

Macam mana 20 tahun tak boleh selesai.. tetapi sebab Pilihan raya Kecil sehari boleh selesai.. ini pun sebab di bangkitkan oleh media UMNO..


Tahniah kepada semua media UMNO termasuk media massa dan blogger serta FaceBooker.. kerana desakan anda kerajaan PAS terpaksa beri tanah kepada orang asli [klik sini ]..



Semua ini berlaku kerana kerajaan PAS telah gagal masalah tanah orang Asli sejak 20 tahun yang lalu.. walaupun telah berjanji berkali-kali kepada orang Asli.. walaupun sijil telah diberi.. namun selepas pilihanraya, Kerajaan PAS Kelantan Senyap sahaja [klik sini]..


Dalam laporan itu, seramai 300 penduduk Gua Musang menjadi mangsa penipuan Pas apabila mereka diberikan sehelai kertas yang dikatakan sijil kononnya sebagai watikah penerimaan lot tanah yang akan diberi kerajaan negeri jika terus memerintah Kelantan bagi membantu penduduk miskin.



Mangsa penipuan, Rozali Rodin, 38, berkata sijil itu disampaikan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat kepada penduduk terbabit dalam satu majlis yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi pada tahun 2007 lalu dan ditanda tangani oleh Timbalannya Datuk Ahmad Yaacob.


Kali ini Nik Aziz cakap..
“Kita akan beri geran tanah, tidak timbul isu tidak mahu beri (geran tanah).


“Kita tidak suka cakap kosong,” katanya
Tak tahulah berapa kali MB Kelantan ni nak bohong lagi... janji banyak kali dah, tapi satu pun masih belum dilaksanakan..


Ini maknanya DUN Kelantan perlu kepada pembangkang yang kuat supaya boleh menegur kerajaan negeri PAS Kelantan yang selama ini tidor dan tidak buat kerja untuk rakyat..


Undilah calon BN.. 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang tahu ke N Ajis ni ada penyakit alzhimer,.. Masa pilihan raya ingat le, lepas menang lupa...

Tak kesian ke..

Kongsi Link Anda