Rabu, Disember 22, 2010

Isu APCO : terbukti Anwar memperbodohkan rakyat!!!

KUALA LUMPUR 22 Dis. — APCO Worldwide hari ini berkata, satu afidavit yang baharu sahaja dikeluarkan membuktikan apa yang dikatakannya sebelum ini bahawa ia tidak terlibat dengan program “One Israel” adalah benar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz hari ini mendedahkan kepada umum satu afidavit daripada perunding politik yang terlibat dengan “One Israel” yang menyatakan bahawa dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap APCO adalah palsu.

"Sebarang kenyataan mendakwa APCO terlibat dengan ‘One Israel’ adalah palsu. Juga tidak benar ialah APCO terlibat dengan kewujudan 1Malaysia,” kata APCO, firma perhubungan awam antarabangsa yang dilantik oleh kerajaan Malaysia, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh ibu pejabatnya di Washington.

Syarikat itu berkata, ia pertama kali mendapat tahu mengenai inisiatif 1Malaysia pada awal 2009, beberapa bulan selepas ianya diumumkan dalam satu ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

APCO juga berkata ia telah bekerjasama dengan jawatankuasa hak dan keistimewaan Dewan Rakyat dan telah memberikan maklumat yang lengkap dan benar bersama bukti berhubung dakwaan palsu terhadap syarikat itu. -

***
Kata Aspirasi: rakyat dah tahu Anwar ni memang kaki penipu!!!

Utusan Malaysia

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tapi jgn lupa,

kalau dah kaki menipu, tetap akan terus menipu..

mereka boleh kata, kerajaan 'beli' surat dari APCO..

bersedialah dengan kenyataan ini..

mereka kan kaki menipu!

Tanpa Nama berkata...

ye kata semua orang boleh kata

Malaysia Maternity Wear,Maternity Wear Malaysia,Maternity Wear,Maternity Clothing,Maternity Dress,Online Maternity,Online Baby Products,One Stop Maternity

Kongsi Link Anda