Selasa, Disember 07, 2010

Syabas SPRM, beza Khir Toyo dan ANwar Aljuburi

Sebelum hendak menceritakan tentang penahanan DS Khir Toyo mengenai dakwaan rasuah.. Saya hendak mengucapkan syabas kepada SPRM yang sehingga kini menunjukkan kecekapan dan integriti yang tinggi dalam memerangi rasuah.. seterusnya ia membuktikan komitmen kerajaan BN yang berterusan untuk memerangi gejala rasuah..

Sebagai rakyat yang inginkan warga negara ini bebas rasuah dan mempunyai integriti yang tinggi, usaha SPRM selama ini patut diberikan sokongan oleh segenap lapis masyarakat.

Percayalah bahawa SPRM yang ditubuhkan beberapa tahun yang lalu merupakan badan yang sangat bebas samada dari parti politik mahupun kerajaan.. apatah lagi dari perseorangan atau individu.

Jika dahulu Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketua pengarah hanya bertanggungjawab kepada menteri berkaitan.. tapi kali ini berbeza.. SPRM kini liablitinya adalah kepada RAKYAT.. Parlimen boleh panggil SPRM tanpa melalui menteri, rakyat boleh panggil SPRM juga tanpa melalui menteri.. kerana apa.. kerana SPRM sangat bebas..

Bukan setakat itu.. SPRM juga perlu berhadapan dengan 5 panel yang bertanggungjawab terus kepada SPRM daripada yang atas sehingga yang paling bawah... 5 panel ini ialah pemantau kepada SPRM dan kecekapan operasinya.

Di bawah struktur organisasi baru SPRM, terdapat lima panel atau jawatankuasa yang dibentuk yang terdiri daripada 42 orang tokoh-tokoh yang disegani dan berintegriti tinggi mewakili RAKYAT untuk memantau dan memastikan SPRM melaksanakan tugas serta tanggungjawab secara bebas, telus dan profesional.

· Ahli-ahli panel ini terdiri daripada bekas Ketua Hakim Negara, bekas Hakim, bekas Ketua Audit Negara, tokoh-tokoh korporat dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), peguam dan ahli-ahli akademik.

· Kelima-lima panel / jawatankuasa diwujudkan mempunyai terma-terma rujukan dan bidang kuasa yang khusus seperti berikut:

1) Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) yang diwujudkan melalui Seksyen 13 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 berperanan untuk menasihati SPRM dalam menentukan dasar dan strategi SPRM yang digunakan untuk menangani rasuah di negara ini.

2) Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) berperanan untuk menasihati Perdana Menteri mengenai apa-apa masalah rasuah di Malaysia selain dari memeriksa laporan tahunan Suruhanjaya dan ulasan LPPR ke atas perjalanan SPRM

3) Jawatankuasa Aduan yang diwujudkan mengikut Seksyen 15 akta yang sama berperanan untuk memantau pengendalian aduan salah laku yang tidak bersifat jenayah oleh pegawai-pegawai Suruhanjaya di samping mengenal pasti apa-apa kelemahan yang mungkin menimbulkan aduan serta membuat apa-apa syor tentang tatacara kerja Suruhanjaya yang difikirkan patut.

SPRM tidak boleh memilih untuk menyiasat apa dan siapa.. kerana SPRM pelu menyiasat semua aduan... setiap aduan akan dibentangkan kepada panel Aduan untuk mengetahui perkembangannya.

Setiap siasatan yang dibuka oleh SPRM mestilah disiapkan dalam tempuh 2 minggu hingga 6 bulan sepertimana ditetapkan KPI oleh Pengurusan Tertinggi SPRM.

4) Panel Penilaian Operasi (PPO) yang diwujudkan bertujuan untuk menjamin ketelusan dan pertanggungjawaban yang jelas terhadap siasatan-siasatan yang dijalankan oleh SPRM

Seperti kes yang melibihi 12 bulan ( 1 tahun ), SPRM perlu membentangkan kepada Panel Penilaian Operasi (PPO) yang dianggotai seramai 7 orang ahli panel dengan di Pengerusikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Datuk Dr. Hadenan bin Abdul Jalil. SPRM perlu menjelaskan kepada ahli panel, kenapa kegagalan menyiapkan siasatan tersebut dalam tempuh yang telah ditetapkan. Ini adalah salah satu mekanisme pemantauan yang dilaksanakan di SPRM.

5) Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) akan dapat menggalakkan penglibatan khusus masyarakat dalam aktiviti dan program pencegahan jenayah rasuah dengan terancang dan berfokus.

SPRM dah cuba sebaik mungkin untuk menjadikan diri mereka bebas, cekap dan profesional dalam menjalankan tugas.. cuma persepsi yang membawa masalah kepada SPRM.. kerana masih tidak mempercayai 'kebebasan'... dengan segala panel yang ada diatas, SPRM kini lebih telus dan integriti tidak boleh dipertikaikan..

Namun dalam masa yang sama SPRM juga mengamalkan pengasingan kuasa.. SPRM sangat berkuasa dalam penyiasatan.. sehingga Ketua Pengarahnya boleh memanggil Menteri, Menteri Besar dan bahkan Perdana Menteri untuk membuat siasatan..

Tapi SPRM tiada kuasa dalam pendakwaan apatah lagi dalam Mahkamah yang membuat keputusan..

Ini semuanya bagi menjamin kebebasan hak asasi manusia yang diamalkan oleh kerajaan BN.. dan setiap tuduhan.. yang didakwa boleh mempertahankan diri..

Khir Toyo Vs Anwar Aljuburi

Penahanan Khir Toyo yang atas dakwaan Rasuah juga manifestasi kebebasan SPRM dalam menjalankan siasatan. Kes ini pastinya sangat besar kerana ianya melibatkan tokoh ternama apatah lagi ianya dari BN.. jika SPRM tangkap tokoh pembangkang, pastinya mereka akan bercakap SPRM barua BN.. walaupun kes Khir Toyo ini boleh dilihat konspirasi dan fitnah Pakatan Rakyat untuk jatuhkan Khir Toyo..

Namun.. khir Toyo patut ditabik.. kerana berani dalam menangani kes beliau.. biarkan mahkamah yang tentukan.. dan inilah masanya untuk beliau membersihkan diri beliau...

Namun sikap ini kita lihat berbeza dengan Aljuburi penakut dan bacul.. yang bukan sahaja menyusahkan mahkamah dan proses keadilan kerana memperlambatkan proses perbicaraan... bahkan Anwar sendiri tidak pernah mahu untuk membersihkan dirinya..
orang kata berani kerana benar takut kerana salah..

Usaha ANwar melambat-lambatkan kes beliau menunjukkan beliau umpama mahu menyembunyikan sesuatu dan hanya melepaskan diri atas alasan teknikal.. jika beliau tidak bersalah beliau patut membenarkan mahkamah menjalankan peranannya dengan adil sebagaimana kes Khir Toyo.

Bukti lawan bukti... bukannya mahu lari...

BUkan tu sahaja.. Khir Toyo memilih meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang DUN Selangor.. itupun barulah dakwaan semata-mata belumpun keputusan [klik sini]..

Tapi cuba bezakan dengan tindakan Aljuburi.. dahlah kes liwar beliau dan bertahun-tahun.. tapi masih gilakan jawatan... masih jadi lagi ketua pembangkang.. bukan setakat tu sahaja, siap pergi keluar negara dengan kerap dan mereka-reka cerita diluar negara yang beliau di zalimi... ppiiiirahhh!!!

Inilah pemimpin haprak.. Sikap yang ditunjukkan Anwar menunjukkan beliau seorang pengecut... dan beliaulah sebenarnya yang merosakkan institusi keadilan di negara ini..

2 ulasan:

http://mulutmelayu-realiti.blogspot.com/ berkata...

1. Salam perjuangan dari pengendali blog "mulutmelayu-REALITI" (PULAU PINANG) dalam menyampaikan maklumat-maklumat yang benar dan tepat kepada pembaca-pembaca blog.

2. Blog tuan telahpun di'link'kan di ruangan RAKAN MM-R : TIMUR blog mulutmelayu-realiti.blogspot.com untuk sebaran dan bacaan kepada pelawat-pelawat blog.

3. Diharap tuan sudi bertukar 'link' dengan blog mulutmelayu-realiti dengan menyenaraikannya di blog tuan.

orangkampungjer berkata...

hekeleh....kalau orang atas tak bagi green light kat AG tuk dakwa Khir toyo...tak der la timbul kes nih..semau nih politik laa..Noh Omar kat blakang....citt..kalau bebetul telus..apa crita Rafidah Ajiz nyer kes rasuah dulu?....banyak lagi jerung2 yang SPRM wat bodo jer..citt...

Kongsi Link Anda