Isnin, Disember 06, 2010

Selamat bersara Samy Vellu.. selamat datang G Palanivel

Akhirnya DS S Samy Vellu, Presiden MIC yang telah menyandang jawatan tersebut hampir 31 tahun te;ah meletakkan jawatan sebagai Presiden dan menyerahkan kepada Datuk G.Palanivel selaku timbalan beliau dalam MIC.

Naib Presiden MIC yang juga Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam pula diumumkan sebagai Timbalan Presiden parti.

Pengumuman ini dibuat selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti buat kali terakhir di ibu pejabat MIC di sini hari ini.

Siapa yang tidak kenal dengan Samy Vellu selaku pemimpin lama ini yang banyak mewarnai politik negara...

Samy Vellu, 74, pada mulanya akan terus memegang jawatan presiden sehingga bulan Mac 2012.

Bagaimanapun, terdapat gesaan supaya beliau berundur lebih awal dan menyerahkan jawatan itu kepada Palanivel untuk membuat persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang sehingga timbullah NGO GAS.. gerakan anti Samy yang menuntut beliau supaya letak jawatan..

Ramai yanag akan mengingatinya.. kerana banyak cerita mengenai beliau [klik sini].. dan cerita-cerita ini sangat popular di kalangan rakyat negara ini..

1. Samy Velu quoted on Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai".. ketika itu Tun Mahathir masih menjadi PM.. Samy Vellu cakap kepada PM.. YAB PM.. ini pos tersangat laju.. kerana hari ini pos, semalam sampai... yang dimaksudkan beliau ialah satu malam..

2. On one TV news when he tried to say he felt very ashamed:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy said in one of his “ceramah”:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Then one pakcik asked, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" And Samy gloriously replied, "Kalao takde sungai, kita bina sungai"

4. Samy's most favourite quote on the news for the decade is this:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. During water crisis:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. On social society's problem:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade (dadah)"

7. During blood donation's program at Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare (darah)"

8. His welcome speech in most of his functions:
"Selamat datang saudara-mara semua" (It should have been “saudara-saudari”)

9. During the height of the Al-Arqam's saga, he said in a press conference:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. At an opening ceremony for a new building:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

Banyak lagi cerita-cerita lain tentang beliau..

Sekarang sudah selesai masa untuk politiking.. sekarang masa untuk membuat kerja.. dan berusaha mengembalikan sokongan yang hilang pada PRU ke-12 yang lalu..

2 ulasan:

Wake UP! berkata...

Dipersilakan Samy Vellu untuk mengundurkan diri.

Lagi lama di atas lagi ramai orang benci.

Tanpa Nama berkata...

Dia dah blah .. so suma bole move on, anyway ari ni aku sakit perut tgelak baca quotes samy vellu ni..

Kongsi Link Anda