Selasa, Februari 09, 2010

Doa Rakyat : Zambry MB Perak yang sah

Gambar: Malaysian Insider


Doa Rakyat Malaysia di kabulkan, hari ini Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan bahawa Datuk Seri Zambry Abd Kadir dari BN adalah menteri besar Perak yang sah.[rujuk sini]

Presiden Mahkmah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, mengetuai panel lima orang hakim yang mendengar kes tersebut.

Yang lainnya ialah Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria dan Hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong dari Mahkamah Persekutuan.

Istana Keadilan di Putrajaya, menjadi tumpuan sejak jam 7 pagi tadi apabila orang ramai beratur untuk mendapatkan pas masuk ke dewan mahkamah. Begitu juga penyokong BN dan Pakatan.

Pada 5 November lalu, Mahkamah Persekutuan telah mendengar rayuan Nizar dan hujah para peguamnya selama enam jam, tetapi telah menangguhkan keputusannya.

Sebelum itu, mahkamah telah menolak permohonan Nizar supaya panel penuh 11 orang hakim atau tambahan bilangan panel hakim, untuk mendengar kesnya itu.

BN mengambil alih pentadbiran negeri Perak apabila tiga ADUN Pakatan rakyat keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong BN.

Keputusan sebulat suara dari hakim ini menunjukkan keputusan tidak berbelah bahagi dari hakim.. memberi isyarat penting iaitu Sultan Perak mengambil tindakan yang betul demi menyelamatkan perak hancur jika ditadbir oleh pakatan yang ditunjangi oleh DAP...

Hari ini hak rakyat Perak dikembalikan kepada yang berhak, Institusi di raja Perak disanjung kerana membuat keputusan yang betul dan tepat. Pengkhianat hari ini tertolak dengan sendirinya. Sebagaimana kata Zulkifli Nordin kejatuhan kerajaan Pakatan Perak adalah berpunca dari DAP yang anti Melayu dan Anti Islam. Sebab itu mereka kecewa dan keluar dari Pakatan...

1 ulasan:

hanizam berkata...

begitulah selayaknya harga yangterpaksa dibayar oleh PAKATAN di Perak...dulu diberikan peluang memerintah, lain jadinya...MB yang ada sebagai keldai suruhan DAP...

sekarang ni, kena terima keputusan mahkamah dengan hati terbuka...lepas jangan ada yang cabar supaya bubar DUN...bukan takut, tapi buang masa & tenaga & RM...

kalau nak tunjuk bagus sangat, PRU 13 nanti ye...

tahniah orang YEOP..MB sekarang ni, jangan malas kerja...jangan dok leka dengan ape yang dimiliki...kerja tak betul, tuhan tarik balik nikmat tu...

tengok-tengok skit YB BN kat sana...exco juga jangan lupa perhatikan juga...maner tahu, ada yang tak buat kerja ke, makan rasuah ke...dok songlap sana...songlap sisi....

jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga....jangan ulang balik ape yang PAKATAN dah buat dulu....

ikhlas...dari anak perak yang dah lama menetap kat selangor....

Kongsi Link Anda