Selasa, Oktober 26, 2010

Panas!!! Bagaimana seorang Settlement Officer (SO) boleh hidup begitu mewah?




Gambar diatas ini adalah banglo mewah milik Zakaria Mustapha, bekas Settlement Officer (SO) Gua Musang yang telah ditukarkan ke Kota Bahru tidak lama dahulu. Selepas beliau bertugas di Kota Bahru beliau ditukarkan ke Kuala Krai pula.

Beliau juga memiliki beberapa buah kereta mewah, antara kereta mewah koleksi beliau adalah Mercedez Benz, Peugot Sport dan Harrier (Lihat di dalam pagar rumah gambar-gambar  di atas)

Berapa gaji seorang SO yang hanya berkelulusan SPM? Bagaimana boleh beliau memiliki rumah mewah dan kereta-kereta mewah ini?


Menurut orang-orang Gua Musang, beliau adalah seorang yang korup.

Beliau merupakan salah seorang broker perantara kepada cina-cina Cameron Highland yang kini memiliki tanah di Lojing (sila rujuk video di bawah). Ramai tauke-tauke cina yang mendapat tanah dari Zakaria semasa dia menjadi SO di Gua Musang.


Sedikit latar belakang mengenai Zakaria.

Beliau adalah ahli PAS seumur hidup tetapi pernah bertanding untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Kuala Krai menentang Tuan Aziz. Walaupun beliau menabur duit untuk membeli undi, beliau masih tewas di tangan penyandang jawatan tersebut sekarang iaitu Tuan Aziz.

Tujuan Zakaria bertanding jawatan Ketua Pemuda Kuala Krai hanyalah untuk menjadi 'trojan horse' sahaja. Beliau fikir dengan cara itu beliau dapat mengusai Pemuda UMNO Kuala Krai sekaligus memusnahkan seteru utama belaiu iaitu Tuan Aziz.

Minggu lepas, beberapa 'tauke cina' datang berjumpa beliau dan meminta Zakaria agar segala perjanjian mereka (yang telah dibuat sebelum ini) tidak diketahui oleh sesiapa pun.

Zakaria dikatakan berulang-alik ke Cameron Highlands setiap minggu. Mengapa dia suka ke Cameron Highlands? Setiap minggu pula tu?

Zakaria memiliki banyak tanah di Gua Musang, tetapi beliau tidak letakkan atas nama beliau. Zakaria menggunakan nama saudara-maranya. Khabarnya, beliau memiliki 6 ke 7 lot tanah.

Ada banyak lagi cerita mengenai Zakaria tetapi cukup setakat ini dahulu. Terjawabkah misteri bagaimana seorang yang berekerja sebagai SO boleh memiliki harta sebegini banyak?

SPRM wajar menyiasat Zakaria.

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda