PAS sudah ditemui menabur rasuah dan membuat ugutan terhadap pengundi-pengundi dari kaum Cina di DUN Galas, Gua Musang.
Blog Ohpolitik! telah menjumpai barangan 'goodies' tersangkut di rumah kaum-kaum Cina. Dalamnya berisi, teh Boh 50g, keropok Sira Berlada 80g, Lee Cream Crackers 420g, Munchy's Yosss 105g, dan gula pasir PRAI 1kg.
Bukan setakat itu saja.
Pembahagian hadiah ini adalah sebahagian dari gelombang pertama kempen PAS yang melibatkan kempen rumah ke rumah oleh Muslimah PAS.
Blog Yang Gambi di sini melaporkan isteri Tok Guru Dato Nik Aziz Nik Mat, Datin Salbiah turut sama dengan Muslimah PAS memberi 'rasuah' pilihanraya. Dalam gambar di atas, Datin memberi hadiah kepada pengundi Cina.
Walaupun kerajaan PAS masih tidak menunaikan janji lebih 10 tahun untuk memberi peneroka Cina geran, kesan kempen Muslimah PAS ada kesannya.
Tinjauan dengan pengundi-pengundi Cina di Kg Pulai mendapati mereka terus terang berkata akan tetap memberi undi kepada PAS. Difahamkan kempen yang dimainkan oleh Muslimah PAS berbunyi satu ugutan. Kalau tidak undi PAS, mereka tidak akan mendapat bantuan dari kerajaan negeri.
Selain itu, penoreh-penoreh getah Cina faham maksud tersirat dalam ceramah pemimpin PAS kepada mereka yang mana mereka berjanji ‘tidak akan menggangu atau tidak akan diambil tindakan atau diusir dari tanah-tanah yang diceroboh’ selagi PAS memerintah Kelantan. Penoreh getah kaum Cina sentiasa dalam kerisauan kerana tanah yang mereka teroka tidak mempunyai geran dan tanah mereka boleh dirampas.
Pengundi Cina melihat bagaimana ganas dan penuh tipudaya kerajaan PAS negeri merampas tanah-tanah yang diduduki orang Melayu dan tanah-tanah terlindung bawah Akta Orang Asli 1954 yang diduduki orang Asli dirampas untuk diberi kepada tauke-tauke Cina urus sebagai Ladang Rakyat atau ladang sayur.
Ini tentu membuat mereka berfikir, terutama dengan harga getah sekarang sudah setinggi sekitar RM6.40 sekilo.
Kalau kempen dan ugutan tidak berkesan, khabarnya PAS sudah mendapatkan bantuan taukeh-taukeh balak Ladang Rakyat seperti Kenneth Tan dan Ah Min serta taukeh sayur dan balak dari Singapura, Bernard Loo.
Mereka akan memberikan wang 'saguhati' antara RM800 - RM1,000 seorang kepada sebahagian besar dari 2,000 pengundi Cina. Jika pujuk rayu, 'hadiah' dan wang masih tidak mengekalkan undi mereka kepada PAS, tidak hairan tauke-tauke ini menggunakan samseng untuk mengugut pengundi-pengundi Cina.
Orang dan penyokong PAS nampaknya sudah begitu kaya hingga sedia memberi rasuah dan bersekongkol dengan kemungkaran. Selama ini, mereka menuduh UMNO dengan pelbagai fitnah dan menambah-menambah cerita, rupanya mereka sebenarnya "cakap tidak serupa bikin."
di petik dari Blog : Galas untuk BN
3 ulasan:
Kalau macam tu PAS kata bukan rasuah kot...sebab tak nampak tangan yang menghulur...tiba-tiba je tersangkut kat pagar...pelik-pelik..!
Aku pun tak tahu nak cakap apa lagi. Di negeri di mana melayu memerintah bangsa cina ini telah di belai dengan mesra walaupun dari luarannya nampak di tindas atau di ugut. Tetapi di negeri di mana cina yg memerintah, mereka pulak mahu menghalau melayu dari negeri tersebut. Anda tahu kan negeri-negeri yg aku maksudkan ini.Apakah ini semua sandiwara sahaja.
Mungkin ajis dan Lim Guan Enjing telah ada satu muslihat. Ajis kena pastikan bangsa cina yg ada kat sana tak di ganggu malah wajib di berikan sesuatu sebagai penghormatan kpd mereka. Mungkin juga tanah, sapa tahu. Kalau tidak macamana terlampu banyak jutawan cina yg dtg membantu ajis ini bila ada PRK atau PRU. Oleh itu buat org kelate maka hendaknya kalian banyak berjaga jaga jgn sampai tertidur. Jgn pulak nanti kalian terima nasib mcm org melayu kat p.pinang.
Memang tidak di nafikan nasib org melayu kat penang ni berlaku adalah kerana kelalaian pemimpin UMNO yg terdahulu, yg mana mereka asyik fikir utk masuk sahaja dan lupa bahawa gerakan juga adalah di bawah pimpinan cina.Dari masa gerakan lagi perkara ini telah berlaku tetapi sapa pun tak nampak. Kerana apa ? Kononya depa dlm BN. Hakikat nya depa pun memang mempunyai cita cita yg sama dgn DAP. Aku ingat org penang,hangpa pun tahu kan ?. Jadi buat rakyat kelate , jgn terjadi semacam rakyat penang.
Jadi mu fikir fikir kan lah .........
tak percaya la
Catat Ulasan